21/05/2026
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Dewasa Muda pada 20 Mei 2026 yang melibatkan seramai 147 orang pelajar IKTBN Bukit Mertajam.
Program yang berlangsung di Dewan Perdana IKTBN Bukit Mertajam ini bertujuan memberi pendedahan serta kesedaran kepada para pelajar mengenai cabaran dan persediaan dalam melangkah ke alam dewasa, di samping membentuk sahsiah diri, nilai kepimpinan serta jati diri yang lebih baik.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah mengikuti pelbagai pengisian dan perkongsian yang bermanfaat dalam membantu mereka menjadi individu yang lebih matang, bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam menghadapi dunia luar.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta menjadi panduan untuk masa depan yang lebih cemerlang.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.