Polis Balai ICQS Bukit Kayu Hitam

  • Home
  • Polis Balai ICQS Bukit Kayu Hitam

Polis Balai ICQS Bukit Kayu Hitam POLIS BALAI ICQS, BUKIT KAYU HITAM POLIS BALAI ICQS BUKIT KAYU HITAM

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA KETUA POLIS NEGARASeluruh warga Balai Polis ICQS Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam merakamka...
01/06/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA KETUA POLIS NEGARA

Seluruh warga Balai Polis ICQS Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran “Tan Sri”.

Pengurniaan tersebut mencerminkan pengiktirafan tertinggi negara terhadap jasa, kepimpinan dan sumbangan beliau dalam menerajui Polis Diraja Malaysia ke arah kecemerlangan, profesionalisme serta keselamatan negara yang berterusan.

Semoga YDH Tan Sri terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan kecemerlangan dalam memimpin pasukan Polis Diraja Malaysia demi agama, bangsa dan negara.

Sekalung tahniah dan syabas.






KPN DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.)

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara (KPN), YDH Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran “Tan Sri”.

Pengurniaan tersebut telah disempurnakan dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini.





#01062026

DAULAT TUANKU 🇲🇾Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Keb...
01/06/2026

DAULAT TUANKU 🇲🇾

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan Allah SWT dalam memayungi negara dan rakyat.

Dirgahayu Tuanku.




31/05/2026

BALAI ICQS | 30 MEI 2026 | SABTU

BERITA KEMATIAN

Laporan Kematian Bapa Mertua Anggota Balai Polis ICQS Kubang Pasu meninggal dunia

Butir-butir dan ahli keluarga seperti berikut :-

➡️Pang/No/ Nama : L/Kpl 219166 Muhammad Lutfi Bin Anuar

➡️ Tempat Tugas : Balai Polis ICQS Bukit Kayu Hitam

➡ Nama (Allahyarham) : ROSLAN BIN OTHMAN

➡ Umur : 59 Tahun

➡️ Tempat Meninggal: 584, Jalan 1, Taman Bidara Palma, 78300 Masjid Tanah, Melaka.

➡ Tarikh/Masa kematian : 30/05/2026 @ 2115hrs

➡ Sebab Kematian : Serangan Jantung

➡️ Alamat Rumah : 584, Jalan 1, Taman Bidara Palma, 78300 Masjid Tanah, Melaka.

➡️ Tarikh / Masa Kebumi : 31/05/2026 @ 1050hrs

➡️Alamat Tempat Kebumi : Tanah Perkuburan Islam (Baru) Pengkalan Balak

➡ No. Tel. Waris : 0169262373

Didoakan semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan orang beriman dan di permudahkan segala urusan .


🌾 SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI DAN PESTA KAAMATAN 2026 🌾Warga Balai Polis ICQS Bukit Kayu Hitam mengucapkan Selamat Meny...
30/05/2026

🌾 SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI DAN PESTA KAAMATAN 2026 🌾

Warga Balai Polis ICQS Bukit Kayu Hitam mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai dan Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat Dayak, Kadazandusun serta semua yang meraikannya.

Semoga perayaan yang penuh dengan kesyukuran ini membawa kebahagiaan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua. Marilah kita bersama-sama menghayati nilai perpaduan, saling menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi asas keharmonian negara.

Semoga semangat muhibah yang terjalin melalui sambutan perayaan ini terus memperkukuhkan perpaduan rakyat Malaysia serta memelihara keamanan dan kemakmuran negara yang kita cintai.

“Gayu Guru Gerai Nyamai”
(Panjang Umur, Kesihatan yang Baik dan Kemakmuran)

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”
(Selamat Menyambut Pesta Kaamatan)

Ikhlas daripada,

Ketua Polis Balai ICQS Bukit Kayu Hitam
serta seluruh warga
Balai Polis ICQS Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam


🪔 SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026 🪔Warga Balai Polis ICQS Bukit Kayu Hitam mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak ke...
30/05/2026

🪔 SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026 🪔

Warga Balai Polis ICQS Bukit Kayu Hitam mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa sinar kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua. Marilah kita bersama-sama menghayati nilai kasih sayang, toleransi, hormat-menghormati serta semangat perpaduan yang menjadi tunjang keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Semoga keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan terus berkekalan demi Malaysia yang aman dan harmoni.

“Perpaduan Diperkukuh, Keharmonian Dipelihara”

Ikhlas daripada,

Ketua Polis Balai ICQS Bukit Kayu Hitam
serta seluruh warga
Balai Polis ICQS Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam


BALAI ICQS | 27 MEI 2026 | RABUGOTONG-ROYONG IBADAH KORBAN 1447H / 2026MSemangat kebersamaan dan ukhuwah jelas terpancar...
27/05/2026

BALAI ICQS | 27 MEI 2026 | RABU

GOTONG-ROYONG IBADAH KORBAN 1447H / 2026M

Semangat kebersamaan dan ukhuwah jelas terpancar apabila seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu berganding bahu menjayakan program gotong-royong ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Program yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan semangat kekeluargaan ini telah melibatkan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis, pegawai awam serta seluruh warga IPD termasuk anggota daripada Balai Polis ICQS Bukit Kayu Hitam yang turut bersama-sama turun padang menjayakan setiap urusan korban.

Aktiviti gotong-royong ini bukan sahaja mencerminkan penghayatan sebenar terhadap pengorbanan dan keikhlasan dalam Islam, malah menjadi medium terbaik dalam mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga pasukan tanpa mengira pangkat dan penugasan.

Kerjasama yang ditunjukkan sepanjang program membuktikan bahawa semangat sepasukan, toleransi serta nilai kebersamaan sentiasa menjadi tunjang kekuatan dalam organisasi. Dari proses penyembelihan, melapah, membungkus sehinggalah pengagihan daging korban, semuanya dilaksanakan dengan penuh komitmen, disiplin dan rasa tanggungjawab.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan pada tahun ini diterima Allah SWT serta membawa keberkatan, kesejahteraan dan memperkukuhkan lagi hubungan ukhwah dalam kalangan warga PDRM khususnya di daerah Kubang Pasu.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” ❤️🤝


🌙✨ SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M ✨🌙Sempena Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, seluruh warga Balai Polis Komp...
26/05/2026

🌙✨ SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M ✨🌙

Sempena Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, seluruh warga Balai Polis Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang dizahirkan melalui Aidiladha terus menyatukan hati kita dalam menjalankan amanah, berkhidmat dengan penuh integriti serta memperkukuhkan ukhuwah sesama masyarakat.

Semoga setiap ibadah dan pengorbanan kita diterima serta dirahmati Allah SWT. 🤲🏻

“Pengorbanan adalah kekuatan, amanah adalah tanggungjawab, perpaduan adalah kejayaan.”

Ikhlas daripada,
Insp Sufian bin Mad Alli
Ketua Polis Balai ICQS Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam
serta seluruh warga Balai Polis Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.


BALAI ICQS | 26 MEI 2026 | SELASALAWATAN KEBAJIKAN KEATAS ANAK ANGGOTA BALAI ICQS BKHKehadiran1. Insp Sufian Bin Mad All...
26/05/2026

BALAI ICQS | 26 MEI 2026 | SELASA

LAWATAN KEBAJIKAN KEATAS ANAK ANGGOTA BALAI ICQS BKH

Kehadiran
1. Insp Sufian Bin Mad Alli - KPB ICQS
2. SI 127224 Ahmad Asri bin Hamzah - T/KPB ICQS
3. Sjn Che Nor Baini binti Che Othman
4. L/KPL Mohamad Faizal bin Mokhtar

Lawatan Pertama

Pada 26/05/26 jam lebih kurang 1230, Pentadbiran Balai Polis ICQS yang diketuai oleh Insp Sufian bin Mad Alli telah membuat lawatan kebajikan keatas anak anggota Balai ICQS, Kpl 184027 Adzlie Ruzaimie Bin Bidin di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Butir-butir seperti berikut:-
➡️ Nama : Nur Ariana Binti Adzlie Ruzaimie
➡️ Umur : 7 Bulan
➡️ Tarikh masuk wad : 24/05/2026 @ 1145 HRS
➡️ No. Katil/Wad/Hospital : Wad Melor 5A Katil 4 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
➡️ Sakit : Oxygen Drop / Demam
➡️ *Waris : Kpl 184027 Adzlie Ruzaimie Bin Bidin
➡️ No. Tel Waris : 013-4212765

Lawatan Kedua

Pada 26/05/26 jam lebih kurang 1400, Pentadbiran Balai Polis ICQS yang diketuai oleh Insp Sufian bin Mad Alli telah membuat lawatan kebajikan keatas anak anggota Balai ICQS, L/KPL 226062 Mohd Nur Syazwan Bin Mat Saad di Batu 2 Kampung Jarak Jalan Raja Syed Saffi Bintong Kangar, Perlis

Butir-butir seperti berikut:-
➡️ Nama : Muhammad Sayf Ayden Bin Mohd Nur Syazwan
➡️ Umur : 4 Tahun
➡️ Tarikh kejadian : 25/05/2026
➡️ No. Katil/Wad/Hospital : Unit Pesakit Luar, Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis.
➡️ Sakit : Patah Tangan Kiri
➡️ *Waris : L/KPL 226062 Mohd Nur Syazwan Bin Mat Saad
➡️ No. Tel Waris : 014-7864671

Didoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan buat adik Nur Ariana Binti Adzlie Ruzaimie dan Muhammad Sayf Ayden Bin Mohd Nur Syazwan.

Lawatan kebajikan yang dilakukan adalah bagi memberi sokongan moral kepada anggota Balai ICQS dan keluarga yang ditimpa musibah.


26/05/2026

BALAI ICQS | 26 MEI 2026 | SELASA

BERITA_KEBAJIKAN

DIMAKLUMKAN ANAK ANGGOTA KPL 194559 AHMAD SAFFUAN BIN AMIRUDDIN BALAI POLIS ICQS, IPD K/PASU TELAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL.

Butir-butir seperti berikut :-

➡Nama : Ahmad Aali A***n Bin Ahmad Saffuan

➡Umur : 6 Tahun

➡Tarikh Masuk Wad : 26/05/2026 @ 0900 HRS

➡️Sakit : Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru

➡Wad/HOSPITAL : Katil C3 Wad Bunga Melur, Hospital Taiping.

➡No tel. waris : 017-5909140 (BAPA)

Didoakan semoga di permudahkan segala urusan.


25/05/2026

BALAI ICQS | 25 MEI 2026 | ISNIN

BERITA_KEBAJIKAN

DIMAKLUMKAN ANAK ANGGOTA L/KPL 226062 MOHD NUR SYAZWAN BIN MAT SAAD BALAI POLIS ICQS, IPD K/PASU MENGALAMI KECEDERAAN.

Butir-butir seperti berikut :-

➡Nama :MUHAMMAD SAYF AYDEN BIN MOHD NUR SYAZWAN

➡Umur : 4 TAHUN

➡Tarikh Masuk Wad : PESAKIT LUAR

➡️Sakit : PATAH TANGAN KIRI

➡Alamat Rumah :BATU 2 KAMPUNG JARAK JALAN RAJA SYED SAFFI BINTONG KANGAR PERLIS(JATUH KATIL DALAM BILIK)

➡No tel. waris : 014-7864671(BAPA)

Didoakan semoga di permudahkan segala urusan.


Address


Telephone

+6049221722

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Balai ICQS Bukit Kayu Hitam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share