18/05/2026
πΊππππππππ π©ππ
π, π²ππππππ π±πππ.
Kami ingin βmerakamkan setinggi-tinggi apresiasi kepada YBhg. Datuk Abu Bakar Gapar, Mantan Ketua Bahagian PGRS N.58 Lamag atas khidmat cemerlang sebagai Ketua Bahagian PGRS N.58 Lamag.
Walaupun tempoh jawatan berakhir susulan langkah penstrukturan semula perlembagaan parti demi mengukuhkan saf perjuangan, kami percaya legasi kepimpinan, visi, dan jasa Datuk KB akan sentiasa menjadi inspirasi buat seluruh ahli.
βPemindaan perlembagaan mungkin mengubah struktur, namun ia sedikit pun tidak memadamkan perimeter jasa dan pengorbanan yang telah Datuk KB jaringkan buat ahli-ahli di peringkat akar umbi Lamag.
βTerima kasih kerana menjadi nakhoda yang mantap sepanjang badai dan tenang. Jasa Datuk tetap terpahat dalam sejarah PGRS sebagai seorang perintis yang gigih dan cemerlang.
Semoga YBhg. Datuk terus maju jaya dalam apa jua lapangan dan terus bersama-sama mendukung agenda perjuangan parti. Terima kasih, Datuk Abu Bakar Gapar.