Pejabat Pertanian Daerah Kinabatangan

Pejabat Pertanian Daerah Kinabatangan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Pertanian Daerah Kinabatangan, Bukit Garam.

LAWATAN TEKNIKAL & BIMBINGAN KHIDMAT NASIHAT PROJEK PEMBANGUNAN INDUSTRI TANAMAN 202603 September 2026 | KhamisπŸ“ Kg. Ber...
04/09/2026

LAWATAN TEKNIKAL & BIMBINGAN KHIDMAT NASIHAT PROJEK PEMBANGUNAN INDUSTRI TANAMAN 2026

03 September 2026 | Khamis
πŸ“ Kg. Berjaya 2, Kinabatangan

Pegawai Pertanian Daerah Kinabatangan bersama Penolong Pegawai Pertanian telah melaksanakan lawatan bimbingan teknikal dan khidmat nasihat di kebun milik En. Arip Hj. Amrin di Kg. Berjaya 2, yang merupakan salah seorang peserta Projek Pembangunan Tanaman Kelapa Tacunan 2026.

Lawatan ini memberi fokus kepada pelaksanaan kerja-kerja lining (penandaan garisan) serta penetapan jarak tanaman yang betul mengikut spesifikasi dan amalan syor agronomi. Langkah ini amat penting bagi memastikan tata rajah kebun teratur serta mewujudkan laluan kerja yang lebih sistematik.

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ31 Ogos 2026Semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa ki...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Ogos 2026

Semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa kita semua. Marilah kita bersama-sama menghargai pengorbanan para pejuang terdahulu, memelihara perpaduan dan bersama-sama membina Malaysia yang aman, maju dan sejahtera.

Selamat Hari Kemerdekaan ke-69!
πŸ‡²πŸ‡Ύ Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada
Pejabat Pertanian Kinabatangan πŸŒΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸŒ™ Selamat Menyambut Maulidur Rasul ο·Ί πŸŒ™Marilah kita memperbanyakkan selawat dan menghayati akhlak mulia serta perjuangan ...
25/08/2026

πŸŒ™ Selamat Menyambut Maulidur Rasul ο·Ί πŸŒ™

Marilah kita memperbanyakkan selawat dan menghayati akhlak mulia serta perjuangan Rasulullah ο·Ί.

Semoga kita semua sentiasa mendapat syafaat Baginda dan menjadi umat yang mengikuti sunnahnya. 🀍

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΩˆΨ³Ω„Ω… ΨΉΩ„Ω‰ Ω†Ψ¨ΩŠΩ†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ο·Ί

Salam Maulidur Rasul 1448H 🌹

Ikhlas Daripada Pejabat Pertanian Kinabatangan

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„π‹π€ππ“πˆπŠπ€π 𝐓𝐔𝐀𝐍 π‰π€π‚πŠπ’πŽπ 𝐑. π‰π€πˆπŒπˆ π’π„ππ€π†π€πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π‘π“π€ππˆπ€π 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇Ikhlas daripada Pe...
31/07/2026

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„π‹π€ππ“πˆπŠπ€π
𝐓𝐔𝐀𝐍 π‰π€π‚πŠπ’πŽπ 𝐑. π‰π€πˆπŒπˆ π’π„ππ€π†π€πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π‘π“π€ππˆπ€π 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Ikhlas daripada Pejabat Pertanian Kinabatangan dan Warga Jabatan Pertanian Sabah.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ€π‰π” π‰π€π˜π€ 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† πƒπ€π‹π€πŒ πŒπ„ππ‰π€π‹π€ππŠπ€π π€πŒπ€ππ€π‡

𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 πŒπ€π‰π” π‰π€π˜π€

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„π‹π€ππ“πˆπŠπ€π π˜π€ππ† ππ„π‘ππ€π‡π€π†πˆπ€ πƒπ€π“π”πŠ 𝐓𝐬. 𝐇𝐉. π‰πˆπ…π‘πˆπ 𝐇𝐉. πŒπŽπ‡π€πŒπ€πƒ π’π„ππ€π†π€πˆ π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 πŠπ„πŒπ„ππ“...
29/07/2026

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„π‹π€ππ“πˆπŠπ€π π˜π€ππ† ππ„π‘ππ€π‡π€π†πˆπ€ πƒπ€π“π”πŠ 𝐓𝐬. 𝐇𝐉. π‰πˆπ…π‘πˆπ 𝐇𝐉. πŒπŽπ‡π€πŒπ€πƒ π’π„ππ€π†π€πˆ π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π ππ„π‘π“π€ππˆπ€π, ππ„π‘πˆπŠπ€ππ€π 𝐃𝐀𝐍 πˆππƒπ”π’π“π‘πˆ πŒπ€πŠπ€ππ€π (πŒπ€π…π…πˆ) 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Ikhlas daripada Pejabat Pertanian Kinabatangan dan Warga Jabatan Pertanian Sabah.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ€π‰π” π‰π€π˜π€ 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† πƒπ€π‹π€πŒ πŒπ„ππ‰π€π‹π€ππŠπ€π π€πŒπ€ππ€π‡

𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 πŒπ€π‰π” π‰π€π˜π€

πŸŒ™βœ¨ SALAM MAAL HIJRAH 1448H / 2026M βœ¨πŸŒ™Selamat Menyambut Tahun Baharu Islam 1448 HijrahSemoga kedatangan tahun baharu ini ...
17/06/2026

πŸŒ™βœ¨ SALAM MAAL HIJRAH 1448H / 2026M βœ¨πŸŒ™

Selamat Menyambut Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah

Semoga kedatangan tahun baharu ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, memperkukuhkan keimanan serta meningkatkan amal ibadah dalam kehidupan seharian.

Marilah kita menghayati semangat hijrah dengan terus berusaha menjadi insan yang lebih baik, berakhlak mulia dan sentiasa menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat serta kemajuan negara.

🀲 "Hijrah Membawa Perubahan, Iman Menjadi Panduan."

Salam Maal Hijrah 1448H πŸŒ™πŸ•Œβœ¨

09/06/2026

Perkongsian tayangan montaj Success Story pengusaha tanaman kelapa Ladang Kwantas dan pengusaha produk hiliran kelapa Alida Foods

Pejabat Pertanian Kinabatangan mengucapkan tahniah atas pencapaian dan semoga terus berjaya dalam bidang pertanian seterusnya menjadi sumber inspirasi kepada pengusaha tanaman makanan khususnya golongan belia daerah Kinabatangan.





πŸ“… Tarikh: 08 Jun 2026 (Isnin)πŸ•‘ Masa: 2.00 petang – 5.00 petangπŸ“ Tempat: Dewan Utama Datu Paduka Mat Salleh, Pejabat Pend...
09/06/2026

πŸ“… Tarikh: 08 Jun 2026 (Isnin)
πŸ•‘ Masa: 2.00 petang – 5.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Utama Datu Paduka Mat Salleh, Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan

🌴 π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—£π—˜π—₯π—”π—¦π— π—œπ—”π—‘ π—£π—˜π—‘π—¨π—§π—¨π—£π—”π—‘ π—žπ—¨π—₯𝗦𝗨𝗦 𝗧π—₯𝗔𝗑𝗦𝗙𝗒π—₯π— π—”π—¦π—œ π—§π—˜π—žπ—‘π—’π—Ÿπ—’π—šπ—œ 𝗧𝗔𝗑𝗔𝗠𝗔𝗑 π—žπ—˜π—Ÿπ—”π—£π—”

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Transformasi Teknologi Tanaman Kelapa telah disempurnakan oleh Puan Faridah Binti Saidin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.58 Lamag, mewakili YB Mohd Ismail Hj. Ayub, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.58 Lamag.

Turut hadir bersama, Tuan Hj. Abdul Samad Bin Hj Injau, Penolong Pengarah Pertanian Pejabat Pertanian Tawau, Encik Mohd Syah Marzuki Bin Agar, Pegawai Pertanian Kanan Pejabat Daerah Kinabatangan, Encik Dahlan Bin Barun mewakili Pegawai Daerah Kinabatangan, Dr Dalmansa Bin Hj Tahir, Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan dan Encik Datu Abd Sifat Bin Datu Hj Ariffin mewakili Pejabat Peladang Kinabatangan.

Kursus ini telah berjaya menghimpunkan seramai 109 orang peserta, membuktikan komitmen dan kesungguhan para pengusaha serta bakal pengusaha kelapa dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam industri tanaman kelapa.

✨ Semoga penganjuran kursus ini menjadi sumber inspirasi dan penyuntik semangat kepada semua pengusaha tanaman kelapa, seterusnya menjadikan Kinabatangan sebagai salah sebuah daerah penyumbang utama hasil kelapa di Sabah pada masa hadapan.

🌴 β€œMemperkasa Teknologi, Memajukan Industri Kelapa.” 🌴


🌴πŸ₯₯ π—žπ—¨π—₯𝗦𝗨𝗦 𝗧π—₯𝗔𝗑𝗦𝗙𝗒π—₯π— π—”π—¦π—œ π—§π—˜π—žπ—‘π—’π—Ÿπ—’π—šπ—œ 𝗧𝗔𝗑𝗔𝗠𝗔𝗑 π—žπ—˜π—Ÿπ—”π—£π—” πŸ₯₯πŸŒ΄πŸ“… Tarikh: 08 Jun 2026πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hariπŸ“ Tempat: De...
09/06/2026

🌴πŸ₯₯ π—žπ—¨π—₯𝗦𝗨𝗦 𝗧π—₯𝗔𝗑𝗦𝗙𝗒π—₯π— π—”π—¦π—œ π—§π—˜π—žπ—‘π—’π—Ÿπ—’π—šπ—œ 𝗧𝗔𝗑𝗔𝗠𝗔𝗑 π—žπ—˜π—Ÿπ—”π—£π—” πŸ₯₯🌴

πŸ“… Tarikh: 08 Jun 2026
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Dewan Utama Datu Paduka Mat Salleh, Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan

Pejabat Pertanian Daerah Kinabatangan telah menganjurkan Kursus Transformasi Teknologi Tanaman Kelapa yang bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesedaran peserta mengenai amalan serta teknologi terkini dalam industri tanaman kelapa.

πŸ“š Antara pengisian kursus yang disampaikan adalah:

βœ… Pengurusan agronomi tanaman kelapa
βœ… Teknik penanaman tanaman kelapa yang betul dan berkesan
βœ… Pengurusan perosak dan penyakit tanaman kelapa
βœ… Pengenalan kepada pensijilan myGAP dan myOrganic

🌱 Diharapkan kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta serta menggalakkan pengamalan Amalan Pertanian Baik (APB) dalam pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti, selamat dimakan dan berdaya saing. Pendedahan kepada teknologi dan amalan terbaik dalam tanaman kelapa diharap dapat membantu meningkatkan produktiviti, menjana pendapatan yang lebih baik serta memperkukuh pembangunan sektor pertanian di daerah Kinabatangan.


🌾 π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 πŠπ€π€πŒπ€π“π€π πŸπŸŽπŸπŸ” 🌾Pejabat Pertanian Daerah Kinabatangan  mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaam...
31/05/2026

🌾 π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 πŠπ€π€πŒπ€π“π€π πŸπŸŽπŸπŸ” 🌾

Pejabat Pertanian Daerah Kinabatangan mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada semua masyarakat sabah yang meraikannya.

Dalam kepelbagaian budaya yang diraikan, terpupuklah semangat saling menghormati, memahami dan menghargai antara satu sama lain, selaras dengan aspirasi membina negara bangsa yang bersatu padu, inklusif dan harmoni. Semoga sambutan pada tahun ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan keberkatan kepada semua.

Ikhlas Daripada Pejabat Pertanian Kinabatangan

Address

Bukit Garam
90200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089561139

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Daerah Kinabatangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pertanian Daerah Kinabatangan:

Shortcuts

Share