05/06/2026
Makluman bagi Tinjauan Zakat Emas Perhiasan Negeri Melaka
Assalamualaikum w.b.t,
Tuan/Puan yang dihormati,
Adakah anda memiliki emas perhiasan seperti rantai, gelang atau cincin? Tahukah anda bahawa emas perhiasan juga tertakluk kepada zakat sekiranya melebihi kadar uruf (adat pemakaian setempat)?
Sehubungan itu, satu kajian (tinjauan) sedang dijalankan bagi mendapatkan maklumat dan pandangan masyarakat berkaitan pemilikan serta pemakaian emas perhiasan.
⏱️ Masa yang diperlukan hanya sekitar 2–3 minit sahaja
Maklumat yang diberikan adalah sulit dan akan digunakan bagi tujuan kajian serta penambahbaikan pengurusan zakat emas perhiasan.
Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat kami hargai.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kepada kefahaman dan kesedaran berzakat dalam kalangan masyarakat.
Sekian, terima kasih.