Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah

Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah Terletak Aras 2, Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah

12/05/2026
12/05/2026
SKIM PENSIJILAN AMALAN PERTANIAN BAIK MALAYSIA
06/05/2026

SKIM PENSIJILAN AMALAN PERTANIAN BAIK MALAYSIA

๐ŸŒฑ myGAP: Hasil Pertanian Selamat dan Berkualiti ๐ŸŒฑ

Skim Pensijilan myGAP diwujudkan bagi memastikan hasil pertanian yang dihasilkan mematuhi Amalan Pertanian Baik (APB) dengan penekanan kepada:

โœ… Keselamatan makanan
โœ… Kualiti hasil
โœ… Kebajikan pekerja
โœ… Kelestarian alam sekitar

myGAP turut selaras dengan piawaian ASEANGAP, sekali gus memperkukuh daya saing hasil pertanian tempatan di peringkat serantau dan antarabangsa. ๐ŸŒ

๐Ÿ“Œ Jom Pilih Produk myGAP

Notis Tawaran Sebut HargaNombor Kontrak : PP. PT 2/2026Membekal, menghantar dan memasang mesin, kelengkapan bengkel dan ...
06/05/2026

Notis Tawaran Sebut Harga

Nombor Kontrak : PP. PT 2/2026

Membekal, menghantar dan memasang mesin, kelengkapan bengkel dan mesin pengeluaran Industri Asas Tani untuk Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah Tahun 2026.

๐Ÿ“ŒDokumen tawaran boleh didapati di Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah bermula 08 Mei 2026.

๐Ÿ“Œ KELEBIHAN MENGGUNAKAN BAJA ORGANIK
05/05/2026

๐Ÿ“Œ KELEBIHAN MENGGUNAKAN BAJA ORGANIK

Tahukah anda kelebihan menggunakan baja organik bukan sahaja membantu tanaman tumbuh subur, malah memberi manfaat kepada petani dan alam sekitar?
Baja organik dihasilkan melalui proses fermentasi semula jadi menggunakan bahan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sisa tanaman bersama gula merah.
Selain itu, ia juga boleh dibuat daripada bahan alternatif seperti tulang, kulit telur dan cuka asli, menjadikannya pilihan yang mudah disediakan menggunakan sumber tempatan.
Penggunaan baja organik menawarkan pelbagai kegunaan kerana sesuai untuk semua jenis tanaman dan selamat digunakan dalam sistem pertanian yang mesra alam.
Dari sudut ekonomi, penggunaan baja organim dapat menjimatkan kos operasi harian dengan memanfaatkan bahan yang tersedia di sekitar ladang sekali gus meningkatkan keuntungan.
Pada masa yang sama, baja organik membantu memulihkan kesuburan tanah dengan meningkatkan struktur tanah serta menyokong aktiviti mikroorganisma yang penting untuk kesihatan tanah.
Penggunaan baja organik juga menyumbang kepada penghasilan tanaman yang lebih selamat dimakan kerana mengurangkan kebergantungan kepada bahan kimia sintetik.
Amalan ini menyokong kelestarian alam sekitar dan keselamatan makanan untuk jangka panjang.
Rujuk infografik untuk memahami ciri-ciri dan manfaat utama penggunaan baja organik.

30 April 2026 | Khamis | BotaLatihan Hands On dan Pengurusan Tanaman Betik telah dijalankan di Surau An Naqilah, Desa Se...
05/05/2026

30 April 2026 | Khamis | Bota

Latihan Hands On dan Pengurusan Tanaman Betik telah dijalankan di Surau An Naqilah, Desa Seri Bayu, Bota. Seramai 50 orang peserta terlibat dalam program tersebut.
Tujuan kursus adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik penanaman betik dan pengurusan tanaman betik dengan kaedah yang betul serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti pertanian.
Terima kasih kepada peserta - peserta yang hadir serta memberi kerjasama sepanjang kursus diadakan. Untuk maklumat lanjut dan khidmat nasihat boleh berhubung dengan Pejabat Pertanian Daerah dan Pejabat Pertanian Kawasan berdekatan untuk sebarang permasalahan.

๐Ÿ“Œ KENALI JENIS-JENIS PISANG DI MALAYSIA
03/05/2026

๐Ÿ“Œ KENALI JENIS-JENIS PISANG DI MALAYSIA

Tahukah anda, Malaysia mempunyai pelbagai jenis pisang dengan kegunaan berbeza mengikut keperluan harian?
Daripada pisang Cavendish yang terkenal sebagai varieti eksport, hingga pisang Mas yang sangat manis dimakan segar, setiap jenis pisang mempunyai keunikan tersendiri.
Varieti seperti pisang Berangan dan pisang Rastali p**a menjadi pilihan pop**ar rakyat Malaysia kerana rasa manis serta tekstur yang digemari.
Bagi kegunaan masakan, varieti seperti pisang Lang yang bersaiz panjang, pisang Nipah yang bertekstur halus serta pisang Nangka yang tahan simpan sering menjadi pilihan untuk digoreng atau dijadikan hidangan tradisional.
Selain itu, pisang Awak dan pisang Raja dikenali sebagai varieti dwi-kegunaan kerana boleh dimakan segar atau dimasak mengikut kesesuaian hidangan.
Tanaman pisang yang mudah ditanam di kawasan rumah atau kebun kecil boleh membantu meningkatkan bekalan makanan domestik dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar.

27 April 2026 | Isnin | T**i GantongUnit Pembangunan Industri Asas Tani Daerah Perak Tengah telah mengadakan Taklimat Pe...
01/05/2026

27 April 2026 | Isnin | T**i Gantong

Unit Pembangunan Industri Asas Tani Daerah Perak Tengah telah mengadakan Taklimat Pengurusan Program Pembangunan Industri Asas Tani kepada usahawan-usahawan IAT Daerah Perak Tengah. Seramai 40 orang usahawan IAT yang terlibat dalam sesi taklimat tersebut.
Taklimat telah di sampaikan oleh Puan Siti Mariam binti Syed Jamaluddin, Agen Pengembangan Industri Asas Tani (APIAT) Daerah.
๐Ÿ“Œ Objektif taklimat :

๐Ÿง‘โ€๐Ÿณ Memberi penerangan mengenai objektif dan
pelaksanaan program Industri Asas Tani.
๐Ÿง‘โ€๐Ÿณ Menyelaras peranan serta tanggungjawab
pegawai dan peserta program.
๐Ÿง‘โ€๐Ÿณ Meningkatkan kefahaman tentang prosedur,
syarat dan kaedah pengurusan projek.
๐Ÿง‘โ€๐Ÿณ Memastikan pelaksanaan program berjalan
secara sistematik, cekap dan berkesan.
๐Ÿง‘โ€๐Ÿณ Memantau kemajuan serta meningkatkan
produktiviti usahawan Industri Asas Tani.
Selain itu, APIAT menerangkan kepentingan pemberian data pengeluaran hasil yang tepat serta penekanan berkaitan permohonan persijilan MesTI, Halal, dan Homebased. Di akhir kursus perbincangan berkaitan permasalahan dan juga cadangan yang dihadapi oleh usahawan-usahawan.
Terima kasih kepada peserta - peserta yang hadir serta memberi kerjasama sepanjang taklimat diadakan. Untuk maklumat lanjut dan khidmat nasihat boleh berhubung dengan Pejabat Pertanian Daerah dan Pejabat Pertanian Kawasan berdekatan untuk sebarang permasalahan.




๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐€๐’๐€๐’ ๐“๐€๐๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐’๐„๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€ ๐’๐„๐Š๐€๐‘๐€๐๐† โšช๏ธ๐ŸŸกโšซ๏ธ๐‘ป๐‘จ๐‘ฒ๐‘พ๐‘ฐ๐‘ด ๐‘ป๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘น๐‘บ๐‘ผ๐‘บ ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ต๐‘ฐ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ณ ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ซ๐‘ผ๐‘บ๐‘ป๐‘น๐‘ฐ ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘บ ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ฐ (๐‘ฐ...
30/04/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐€๐’๐€๐’ ๐“๐€๐๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐’๐„๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€ ๐’๐„๐Š๐€๐‘๐€๐๐† โšช๏ธ๐ŸŸกโšซ๏ธ

๐‘ป๐‘จ๐‘ฒ๐‘พ๐‘ฐ๐‘ด ๐‘ป๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘น๐‘บ๐‘ผ๐‘บ ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ต๐‘ฐ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ณ ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ซ๐‘ผ๐‘บ๐‘ป๐‘น๐‘ฐ ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘บ ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ฐ (๐‘ฐ๐‘จ๐‘ป) 2026 ๐‘จ๐‘ต๐‘ฑ๐‘ผ๐‘น๐‘จ๐‘ต ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฒ

Syarat dan Panduan Permohonan:

๐ŸŒฑ Permohonan kursus adalah secara atas talian melalui pautan di setiap kursus yang disenaraikan.

๐ŸŒฑ Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.

๐ŸŒฑ Terbuka kepada warganegara Malaysia.

๐ŸŒฑ Keutamaan diberikan kepada usahawan IAT bimbingan Jabatan Pertanian.

๐ŸŒฑ Kursus adalah percuma. Tiada caj dan kos tersembunyi.

๐ŸŒฑ Peserta yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh urusetia. Pemohon yang tidak menerima sebarang panggilan sehingga tarikh kursus dianggap tidak berjaya.

๐ŸŒฑ Maklumat lanjut, hubungi 05-7432781/019-9021616 (Puan Siti Noor Asiah, Penyelaras Kursus).

๐’๐ž๐ง๐š๐ซ๐š๐ข ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐š๐ง ๐๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง

1. Kursus Pemprosesan Makanan Hasilan Tanaman Cili (Sambal Cili Merah Kacang Gajus & Sos Cili Halia)
Borang: https://shorturl.at/3aKMx

2. Kursus Pemprosesan Makanan Hasilan Tanaman Durian (Seri Kaya Durian & Sos Tempoyak)
Borang: https://shorturl.at/H3ZRC

3. Kursus Pemprosesan Makanan Hasilan Tanaman Kelapa (Sambal Kelapa & Bepang Kelapa)
Borang: https://shorturl.at/T1h7M

4. Kursus Pemprosesan Makanan Hasilan Tanaman Jagung (Kordial Jagung & Serunding Putik Jagung)
Borang: https://shorturl.at/OV0qo

5. Kursus Pemprosesan Makanan Hasilan Tanaman Labu (Kerepek Labu Manis & Seri Kaya Labu)
Borang: https://shorturl.at/4HkzA

6. Kursus Pengendalian Makanan Produk Industri Asas Tani
Borang: https://tinyurl.com/uep3ncjb

7. Kursus Keselamatan dan Kualiti Makanan Produk Industri Asas Tani
Borang: https://tinyurl.com/2upenzua

8. Kursus Pembungkusan dan Pelabelan Bagi Produk Industri Asas Tani
Borang: https://tinyurl.com/mrycyd7r

9. Kursus Pensijilan Home-Based Produk Industri Asas Tani
Borang: https://tinyurl.com/45yc3m6z

10. Kursus Pensijilan Halal Bagi Produk Industri Asas Tani
Borang: https://tinyurl.com/4uu7h96j

Ikuti Laman Media Sosial Jabatan Pertanian Negeri Perak
https://linktr.ee/pertanianperak

23/04/2026

Address

Aras 2, Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah
Bota
32610

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah:

Share