Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu

Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu, Government Organization, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu, Bintulu.

01/09/2026
27/08/2026
27/08/2026
27/08/2026

KARNIVAL WELLBEST SARAWAK 2026

Jika anda mencari produk makanan dan kraftangan tempatan, perkhidmatan urutan & kecantikan, aktiviti menarik serta pengalaman yang berbeza, semuanya tersedia dalam sebuah ruang yang inklusif, kondusif dan mesra keluarga. ๐Ÿ’™๐Ÿงก

๐Ÿ“… 1 โ€“ 4 Oktober 2026
๐Ÿ“ MetroCity Event Centre (MCEC), Kuching
๐Ÿ”— https://www.canvaqr.com/RGPCjqq4N_

๐ŸŒŸ APA YANG MENANTI ANDA?

๐Ÿ›๏ธ 100 Usahawan Mikro Kebajikan
Dari seluruh Sarawak, menampilkan pelbagai produk makanan, kraftangan, urutan, kecantikan & perkhidmatan dengan tawaran harga menarik.

๐ŸŽฏ 20 Aktiviti Keluarga & Inklusif
Aktiviti untuk kanak-kanak, orang kurang upaya & warga emas, cabaran kecergasan, forum, bual bicara serta pelbagai pengisian untuk seisi keluarga.

๐ŸŽค Wellbest Concert & Showtime
Nikmati persembahan dan hiburan untuk melengkapkan pengalaman karnival.

๐Ÿ† Majlis Anugerah Usahawan Mikro Kebajikan 2026
Meraikan pencapaian serta memberi penghargaan kepada UMK yang telah menunjukkan kecemerlangan.

โ„๏ธ Ruang Makan & Pameran Berpenghawa Dingin
Nikmati juadah, terokai produk dan kunjungi ruang pameran dalam suasana yang selesa dan kondusif.

โœจ SATU KARNIVAL. 100 USAHAWAN. 20 AKTIVITI. 4 HARI. โœจ

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Bawa keluarga.
๐Ÿ‘ซ Ajak sahabat.
๐Ÿ“… Rancang kunjungan anda.
๐Ÿ’™ Sokong usahawan lokal Sarawak.

Luangkan masa bersama sepanjang 4 hari dan rasai sendiri pengalaman yang ditawarkan, daripada membeli produk tempatan, mencuba perkhidmatan, menyertai aktiviti, menikmati hiburan hinggalah menemukan peluang dan inspirasi baharu.

๐ŸŽŸ๏ธ MASUK PERCUMA โ€” TERBUKA KEPADA SEMUA!

Jadikan Karnival Wellbest Sarawak 2026 sebagai antara destinasi anda pada Oktober ini.

๐ŸŒท SELAMAT DATANG ๐ŸŒทPuan Suhaini Binti Sabran ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu.Seluruh warga kerja Pejabat...
27/08/2026

๐ŸŒท SELAMAT DATANG ๐ŸŒท

Puan Suhaini Binti Sabran ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu.

Seluruh warga kerja Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu dengan sukacitanya mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran Puan Suhaini Binti Sabran.

Semoga kehadiran Puan membawa semangat baharu, menceriakan suasana kerja serta mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas!
Semoga terus maju jaya serta dipermudahkan dalam setiap amanah yang dipikul. ๐Ÿค๐ŸŒธ

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak

26/08/2026

๐Ÿ–๐ŸŽ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‰๐Š๐Œ | ๐Œ๐„๐๐„๐‹๐”๐’๐”๐‘๐ˆ ๐ƒ๐„๐๐˜๐”๐“ ๐๐€๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“

Selama lapan dekad, JKM terus memainkan peranan penting dalam melindungi, membantu dan memperkasa kesejahteraan rakyat. Daripada memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan hinggalah kepada usaha pemulihan serta pembangunan sosial, peranan JKM sentiasa berkembang mengikut keperluan dan cabaran semasa. 80 tahun JKM bersama rakyat, menyantuni keperluan masyarakat dan terus memperkukuh perkhidmatan kebajikan seiring perubahan zaman.

Bagaimana JKM berkembang sepanjang lapan dekad? Apakah peranan JKM dalam mendepani perubahan keperluan masyarakat dan memastikan perkhidmatan kebajikan terus dekat di hati rakyat?

๐Ÿ“ป Jangan lupa tonton!

๐Ÿ—“๏ธ 26 Ogos 2026 (Rabu)
โฐ 9.15 pagi
๐Ÿ“ TV AlHijrah

๐Ÿ–๐ŸŽ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐‰๐Š๐Œ โ€” ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข, ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐๐ข ๐ƒ๐ž๐ง๐ฒ๐ฎ๐ญ ๐๐š๐๐ข ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ.

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying ๆž—ๆ…ง่‹ฑ
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia









26/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H ๐ŸŒ™

Dalam kesibukan mengejar urusan dunia, jangan kita lupa untuk sentiasa kembali kepada ajaran Rasulullah SAW โ€” menjaga tutur kata, memelihara hubungan sesama insan, membantu mereka yang memerlukan dan sentiasa berbuat baik walaupun dalam perkara yang kecil.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW bukan sekadar pada ucapan dan selawat, tetapi diterjemahkan melalui akhlak dan amalan dalam kehidupan seharian.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Salam Maulidur Rasul.
โ€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkatiโ€

Address

Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu
Bintulu
97000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00

Telephone

+6086332341

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share