Gunung Bah Gading, Bidor, Perak, Malaysia

Gunung Bah Gading, Bidor, Perak, Malaysia Gunung Bah Gading yang cantik. Call 013-9979314 01123256637

Operasi mencari warga emas hilang dalam kebun sawit diperluas2 Jun 2026, 4:26 pmJEMPOL: Operasi mencari dan menyelamat (...
02/06/2026

Operasi mencari warga emas hilang dalam kebun sawit diperluas

2 Jun 2026, 4:26 pm

JEMPOL: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas, Abdullah Alias, 78, yang dilaporkan hilang selepas memasuki kebun sawit miliknya di Felda Palong 3 di sini Ahad lalu, diperluaskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, kawasan pencarian hari ini diperluaskan sehingga radius tiga kilometer dari lokasi motosikal mangsa ditemukan.

Menurutnya, warga emas itu mempunyai masalah pelupa berkemungkinan bergerak lebih jauh dari lokasi terakhir keberadaannya.

“Operasi SAR hari ini turut menggunakan dua Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM, iaitu Rabel dan Tyson bagi membantu mengesan mangsa.

“Mangsa difahamkan mempunyai masalah pelupa dan ada kemungkinan bergerak ke kawasan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhisham berkata, mangsa yang berkulit cerah dan berketinggian kira-kira 160 sentimeter dilaporkan memakai baju-T berwarna kelabu serta bertopi merah ketika kali terakhir dilihat.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan operasi pencarian turut dibantu dengan penggunaan dron yang dikendalikan Unit Dron JBPM.

Semalam, media melaporkan mangsa keluar dari rumah kira-kira pukul 5 petang sebelum disedari tidak pulang oleh ahli keluarganya sekitar pukul 6 petang Ahad lalu sebelum motosikal milik mangsa kemudian ditemukan di kawasan kebun sawit berkenaan. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasional/2026/06/operasi-mencari-warga-emas-hilang-dalam-kebun-sawit-diperluas/

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas, Abdullah Alias, 78, yang dilaporkan hilang selepas memasuki kebun sawit miliknya di Felda Palong 3 di sini Ahad lalu, diperluaskan hari ini.

Orang Asli cari Jaslinda di Kem Sukaneka, Gunung Rayu2 Jun 2026, 5:05 pmTAPAH – Sukarelawan Orang Asli yang menyertai mi...
02/06/2026

Orang Asli cari Jaslinda di Kem Sukaneka, Gunung Rayu

2 Jun 2026, 5:05 pm

TAPAH – Sukarelawan Orang Asli yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki gunung, Jaslinda Saludin, 49, yang sesat di Gunung Batu Putih di sini akan mencari mangsa secara berkelompok di Kem Sukaneka dan Gunung Rayu.

Tok Batin Kampung Ampang Woh, Bah Lilit, 52, berkata, mereka akan mula mencari mangsa setelah 22 sukarelawan Orang Asli berkenaan tiba di Kem Sukaneka pada Khamis ini.

“Mereka akan memulakan pendakian ke lokasi tersebut bermula di laluan Ampang Woh di kampung ini pada pukul 7 pagi esok setelah cuaca cerah.

“Perjalanan ke sana dijangka memakan masa sehari setengah. Mereka akan berehat terlebih dahulu sebelum memulakan misi pencarian mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dia berkata, antara kaedah yang akan digunakan adalah melakukan pencarian mangsa secara berkelompok di kedua-dua lokasi dikenal pasti berkenaan.

“Sukarelawan Orang Asli akan mencari mangsa di trek masing-masing di sana namun pada masa sama masih mampu melihat antara satu sama lain,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, mereka terpanggil menyertai misi mencari Jaslinda kerana mempunyai rasa tanggungjawab dan mahu membantu pihak berkuasa mencari mangsa.

“Saya juga mahu berpesan, bagi sesiapa sahaja terutamanya golongan pendaki agar memaklumkan kepada penduduk kampung terutamanya Tok Batin bahawa mereka akan memasuki kawasan pergunungan.

“Jika boleh, bawalah sekali Orang Asli bersama kumpulan pendaki kerana mereka ini berkemahiran serta berpengalaman di kawasan pergunungan ini, selain dapat memberikan bantuan sekiranya berlaku apa-apa,” katanya.

Sementara itu, seorang sukarelawan Orang Asli, Bah Fazil, 56, berkata, dia akan memainkan peranan sebagai penunjuk arah bagi kumpulan berkenaan.

“Saya merupakan antara empat orang penunjuk arah dalam kumpulan 22 orang sukarelawan yang berusia 20 hingga 60 orang ini.

“Pengalaman dimiliki saya akan digunakan untuk membantu golongan muda dalam golongan sukarelawan ini selain membantu kerja-kerja mencari mangsa,” katanya.

Katanya, mereka melakukan persiapan rapi sebelum memulakan pendakian, antaranya memastikan bekalan makanan dan ubat-ubatan mencukupi, selain khemah berada dalam keadaan terbaik. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/06/02/orang-asli-cari-jaslinda-di-kem-sukaneka-gunung-rayu/

Sukarelawan Orang Asli yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki gunung, Jaslinda Saludin, 49, yang sesat di Gunung Batu Putih di sini akan mencari mangsa secara berkelompok di Kem Sukaneka dan Gunung Rayu.

Ramai yang "terkandas" bab solat + toilet ni terus takut nak masuk hutan. Briskwalk di taman pun ibadah jugak, tapi rugi...
02/06/2026

Ramai yang "terkandas" bab solat + toilet ni terus takut nak masuk hutan. Briskwalk di taman pun ibadah jugak, tapi rugi la kalau tak rasa nikmat sujud atas batu & kayu.

Jangan risau tuan puan. Agama Islam kita mudah. Allah tak bagi susah. "Darat" pun boleh solat, inikan hutan.

1. BAB SOLAT: BERPELUH, MELEKIT, BERLUMPUR

Pakaian & Badan:

☐ Tak wajib mandi - Berpeluh je tak batal wuduk. Lumpur kering pun tak batal. Yang batal: keluar angin, kencing, berak, tidur lena.

☐ Wuduk guna air botol - 500ml pun cukup. Sapu muka, tangan, kepala, kaki. Tak perlu basah kuyup. Kalau air sejuk sangat, boleh tayamum.

☐ Baju berlumpur - Selagi lumpur tu suci "tanah", selagi tu boleh bawa solat. Nabi & sahabat pernah solat berlumpur masa Perang Khandaq. Janji takde najis. Kalau terkena najis, basuh/kelar buang je tempat tu.

Tempat Solat:

☐ Sapu daun/kain - Hampar raincover, flysheet, atau daun besar kering. Kiblat guna kompas apps, atau agak ikut matahari terbenam = Barat.

☐ Solat duduk/gerak - Kalau trek curam sangat, tak jumpa tempat rata, solat atas lutut pun sah. Isyarat rukuk sujud je.

☐ Jamak & Qasar - Ni lah nikmat bermusafir tuan puan. Zohor + Asar, Maghrib + Isyak boleh jamak. 4 rakaat jadi 2 rakaat je. Ringan gila.

Tips pro: Pakai baju "quick dry" & seluar hiking. Sampai kem, lap badan guna tisu basah + air sikit, terus tukar baju solat kering. Baju kotor simpan plastik.

2. BAB TOILET: KENC### (buang air kecil) & BE### (buang air besar) DALAM HUTAN

Ni yang ramai malu nak tanya. Tapi sahabat dulu pun be*** dalam hutan juga 😅

Bab Kenc***:

☐ Jauh 70 langkah dari laluan air/kem/laluan orang

☐ Gali lubang sikit, kencing situ, kambus balik. Batu/tongkat jadi "sandaran"

☐ Bawa botol spray + tisu basah. Spray basuh, lap. Takde air? Tayamum je.

*Be*** "Poo with a view" versi syarie:

1. Cari tempat - Jauh 70 langkah dari air, kem, laluan. Belakang pokok besar. Gali lubang 15-20cm "cat hole".

2. Bersihkan diri - Batu licin, daun besar yang lembut, tisu basah biodegradable. Air botol spray lagi bersih.

3. Kambus & tanda - Kambus rapat-rapat, letak batu atas. Bagi haiwan tak korek.

4. Tayamum - Kalau betul-betul takde air langsung, tayamum guna tanah/debu. Sah untuk bersuci.

Rule Emas Hutan:

"Pack it in, pack it out". Tisu basah, pampers, bungkus plastik zip lock, bawa turun. Jangan tinggal. Tu amanah.

Kesimpulan...

Agama kita tak suruh kita jadi malaikat. Sampai bila pun kita tidak akan jadi malaikat. Manusia adalah manusia. Berpeluh, lumpur, kenc*** ber** tu fitrah manusia. Solat je ikut kemampuan. Allah tengok usaha kita, bukan tengok baju kita bersih ke tak.

Nabi sabda: "Bumi ni semua masjid untuk aku". Batu, kayu, tanah - semua boleh jadi sejadah.

Jadi lepas ni jangan briskwalk taman je 😄

Cuba la naik Bukit Broga dulu. Saya ajar step by step bab solat & toilet. InsyaAllah lepas tu kalian akan ketagih nak solat Subuh tengok matahari naik atas gunung.

Nak saya buatkan checklist "Set Solat Hiking" barang apa wajib bawa tak?

Senang tick sebelum masuk hutan. Mahu?

Macam-macam teori yang keluar. Terpulanglah mengikut pengalaman dan penilaian masing-masing..Apa yang penting, semua pas...
02/06/2026

Macam-macam teori yang keluar. Terpulanglah mengikut pengalaman dan penilaian masing-masing..

Apa yang penting, semua pasukan SAR dan juga Jaslinda Saludin berada dalam keadaan baik. Dapat keluar dari hutan dan pulang dengan selamat. InsyaAllah

3 Jun 2026 (12:30 am)

02/06/2026

Gunung Bah Gading, Bidor, Perak, Malaysia

Credit kepada Nabila Feiza pemilik video ✍️

UPDATE 3 Jun 2026 : Masih belum ditemui setakat 00: 21.Semoga pendaki Jaslinda Saludin berjaya di temui akhirnya. Mari k...
02/06/2026

UPDATE 3 Jun 2026 : Masih belum ditemui setakat 00: 21.

Semoga pendaki Jaslinda Saludin berjaya di temui akhirnya. Mari kita doakan kejayaan pasukan SAR dan keselamatan beliau..

Kita mengharapkan beliau berjaya pulang semula ke pangkuan keluarga dengan selamat..

Address

Jalan Bidor
Bidor

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gunung Bah Gading, Bidor, Perak, Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share