Perpustakaan Desa Kampung Chang, Bidor Perak

Perpustakaan Desa Kampung Chang, Bidor Perak Perkhidmatan Yang Disediakan :

Peminjaman Dan Pemulangan Buku

14/05/2026
KHAMIS | 14 MEI 2026AKTIVITI DALAM TALIAN: KUIZ RAIKAN PERBEZAAN, HORMATI SEMUA🤗Jom uji pengetahuan anda. Kongsikan jawa...
14/05/2026

KHAMIS | 14 MEI 2026

AKTIVITI DALAM TALIAN: KUIZ RAIKAN PERBEZAAN, HORMATI SEMUA🤗

Jom uji pengetahuan anda.
Kongsikan jawapan anda di ruangan komen😘







Ada orang bila drive malam, jalan raya nampak macam adegan filem.Lampu kereta dari arah depan jadi pecah. Lampu jalan na...
14/05/2026

Ada orang bila drive malam, jalan raya nampak macam adegan filem.

Lampu kereta dari arah depan jadi pecah. Lampu jalan nampak macam berbintang. Tulisan papan tanda jadi kabur. Mata p**a mula pedih, kepala berat, dan tanpa sedar tangan makin kuat genggam stereng.

Bukan semua ini sebab “mata penat”.

Kadang-kadang, itu tanda astigmatism. Orang selalu panggil rabun silau.

Astigmatism berlaku bila permukaan mata tidak melengkung dengan sekata. Cahaya yang masuk tidak fokus dengan cantik pada retina. Sebab itu bila malam, cahaya lampu boleh nampak bersepah, berbayang, memanjang atau macam ada halo di sekelilingnya.

Siang mungkin masih boleh tahan.

Tapi bila malam, hujan, jalan gelap, lampu kereta bertentangan, cermin basah, kabus atau silau jalan raya, mata yang ada astigmatism boleh bekerja berkali ganda lebih keras.

Ini bukan isu kecil.

Sebab pemanduan malam perlukan fokus, jarak penglihatan dan reaksi yang cepat. Bila lampu nampak pecah dan objek nampak kurang jelas, risiko tersalah anggar jarak juga boleh meningkat.

Antara tanda yang ramai tak sedar:

Mata cepat letih bila memandu malam.

Selalu mengecilkan mata untuk tengok papan tanda.

Lampu nampak bercabang atau berbintang.

Penglihatan kabur walaupun jarak tak terlalu jauh.

Kerap sakit kepala selepas memandu atau bekerja depan skrin.

Kalau anda rasa “malam je mata jadi macam ni”, jangan biasakan diri. Buat pemeriksaan mata. Kadang-kadang hanya perlu cermin mata dengan power silinder yang sesuai, tapi kesannya boleh sangat besar pada keselesaan dan keselamatan.

Mata bukan sekadar untuk melihat.

Mata membantu kita p**ang dengan selamat kepada orang yang sedang menunggu di rumah.

Jangan tunggu sampai satu malam, silau kecil itu menjadi detik yang mengubah hidup.

Kredit: Public Health Malaysia

14/05/2026

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Tengah 2026 dan Majlis Penutupan Bermalam di Muzium Bersama Belia akan disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara pada 16 Mei 2026 bertempat di Muzium Negara.

Sambutan pada kali ini juga mencerminkan realiti masyarakat Malaysia yang majmuk dengan penerapan nilai Faham, Hormat, Terima dan Meraikan menuju keharmonian nasional.

Sambutan ini menjadi platform interaksi dan tapak integrasi untuk menyemarakkan semangat perpaduan serta memperluas pengetahuan terhadap kepelbagaian adat, budaya dan tradisi masyarakat Malaysia.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Malaysia MADANI
Jabatan Muzium Malaysia
Muzium Negara RASMI
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Perpaduan Negara Kuala Lumpur
Jabatan Penerangan Malaysia





📚✨ MENELUSURI WARISAN ADAT PERPATIH ✨📚“Dari susur galur Minangkabau ke bumi Negeri Sembilan — terokai himpunan rujukan A...
14/05/2026

📚✨ MENELUSURI WARISAN ADAT PERPATIH ✨📚

“Dari susur galur Minangkabau ke bumi Negeri Sembilan — terokai himpunan rujukan Adat Perpatih yang sarat nilai dan tradisi.”

Perpustakaan Negara Malaysia membawakan Pakejan Maklumat: Bibliografi Adat Perpatih yang menghimpunkan pelbagai bahan rujukan berkaitan sejarah, struktur sosial, sistem matrilineal, kepimpinan adat serta amalan budaya masyarakat Adat Perpatih.

📖 Sesuai dijadikan rujukan oleh:
✔️ Penyelidik & akademik
✔️ Pelajar institusi pengajian
✔️ Pencinta warisan & budaya
✔️ Masyarakat umum yang ingin mengenali Adat Perpatih dengan lebih mendalam

📍 Rujuk bahan ini di:
Aras 8, Menara PNM

📌 No. Panggilan:
306.8309595115 BIB f MPM

Ayuh bersama memelihara warisan budaya bangsa agar terus dikenali generasi akan datang. 🇲🇾






AdatPerpatih
Perpustakaan Negara Malaysia

KHAMIS | 14 MEI 2026Assalamualaikum. Selamat Pagi😊Perpustakaan Desa Kampung Chang, Bidor Perak
14/05/2026

KHAMIS | 14 MEI 2026

Assalamualaikum. Selamat Pagi😊

Perpustakaan Desa Kampung Chang, Bidor Perak





RABU | 13 MEI 2026AKTIVITI DALAM TALIAN: KUIZ HARI GURU💕Apakah tema Hari Guru 2026?Jom kongsikan jawapan anda di ruangan...
13/05/2026

RABU | 13 MEI 2026

AKTIVITI DALAM TALIAN: KUIZ HARI GURU💕

Apakah tema Hari Guru 2026?
Jom kongsikan jawapan anda di ruangan komen😘







13/05/2026
Peribahasa Minggu Ini🧐Perpustakaan Desa Kampung Chang, Bidor Perak
13/05/2026

Peribahasa Minggu Ini🧐

Perpustakaan Desa Kampung Chang, Bidor Perak






Address

Bidor
35500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kampung Chang, Bidor Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share