Sekolah Kebangsaan Spaoh

Sekolah Kebangsaan Spaoh Jenis : Sekolah Kebangsaan
Kod : YBA 2407
Tel : 083473362
Faks : 083473362
E-mel : [email protected]
Alamat :
SK Spaoh
Jalan Masjid Lama
95600 Spaoh
Betong

Tahniah adik Fakhrun NisaAdik ini telah terpilih mewakili Negeri Sarawak utk Peringkat Kebangsaan dalam acara Catur kate...
19/08/2026

Tahniah adik Fakhrun Nisa

Adik ini telah terpilih mewakili Negeri Sarawak utk Peringkat Kebangsaan dalam acara Catur kategori P12 Tahun Karnival KoKurikulum Sukan dan Kesenian Pendidikan Khas.

Anda telah membanggakan nama SK Spaoh di Peringkat tertinggi.

Tahniah berjuta tahniah diucapkan.

Tahniah kpd guru2 yg telah bertungkus lumus dalam melatih anak ini.
Tahniah team PPKI SK Spaoh

Anda semua sangat hebat.

Memacu Perubahan
Menjulang Kecemerlangan
Menjadi Teladan

Hari ini SK Spaoh telah berjaya melaksanakan Program Ceramah Motivasi dan Keibubapaan yg telah di sampaikan oleh pencera...
18/08/2026

Hari ini SK Spaoh telah berjaya melaksanakan Program Ceramah Motivasi dan Keibubapaan yg telah di sampaikan oleh penceramah jemputan khas iaitu Tn Ismadi bin Johari.

Perkongsian yg sarat dengan pengalaman, penuh makna, berjaya mengetuk dan menjentik pintu hati kita selaku murid, ibubapa mahupun guru.

Segala contoh yg diberikan begitu dekat dengan jiwa kita. Ramai ibubapa dan guru tak ketinggalan juga anak2 tanpa sedari mengalirkan airmata jantan masing2. Begitu menusuk qalbu.

Mudahan dengan perkongsian tersebut terus merubah hati kita ke arah yg lebih baik selepas ini.

Terima kasih Tn Ismadi bin Johari
Terima kasih atas segalanya
Terima kasih kerana berjaya membangkitkan kita dari terlena...

Wakil SK Spaoh ke Karnival PPKI Peringkat Negeri yang diadakan di Sri Aman bermula isnin hingga Rabu.Antara acara yg dii...
17/08/2026

Wakil SK Spaoh ke Karnival PPKI Peringkat Negeri yang diadakan di Sri Aman bermula isnin hingga Rabu.

Antara acara yg diikuti ialah pertandingan tarian, larian, badminton dan sebagainya.

Semoga pulang anak2 PPKI ini kelak membawa kejayaan dan terus mengharumkan nama SK Spaoh di Peringkat Negeri.

Gambar pengurusan sekolah bersama ibubapa dan guru PPKI

Memacu Perubahan
Menjulang Kecemerlangan
Menjadi Teladan

Suasana yg ceria tanpa kita sedari dapat membangkitkan semangat kerja yg segar dalam kalangan staf, guru dan para pelaja...
07/08/2026

Suasana yg ceria tanpa kita sedari dapat membangkitkan semangat kerja yg segar dalam kalangan staf, guru dan para pelajarnya.

Atas sebab itu SK Spaoh telah mengambil inisiatif utk menambah keceriĂ n di sekitar pintu masuk SK Spaoh.

We đź©· SK Spaoh

Slogan SK Spaoh
"Memacu Perubahan, Menjulang Kecemerlangan, Menjadi Teladan".

Berhenti Pemeriksaan

Nanti bolehlah siapa saja warga nak merakamkan kenangan, bolehlah bergambar di mercu baru SK Spaoh tersebut...

Semoga kita semua sentiasa ceria berada di SK Spaoh.

Bilik guru juga disediakan papan tanda

Bilik Guru SK Spaoh
Memacu Perubahan, Menjulang Kecemerlangan, Menjadi Teladan

Perasmian Program Bulan Kebangsaan Peringkat SK Spaoh Terima kasih kepada penyelaras Kelab Sejarah iaitu Pn Hjh Hazziyah...
04/08/2026

Perasmian Program Bulan Kebangsaan Peringkat SK Spaoh

Terima kasih kepada penyelaras Kelab Sejarah iaitu Pn Hjh Hazziyah bt Angu dengan kerjasama Unit KoKurikulum kerana telah merealisasikan program ini menjadi kenyataan.

Anak2 SK Spaoh begitu semangat mengibarkan bendera Malaysia tanda cinta pada negera yg dizahirkan dengan laungan 'merdeka' sebanyak 7 kali yg di ketuai oleh PKKK SK SPAOH.

Program turut diserikan dengan persembahan sajak oleh guru2 sehingga berjaya meruntun jiwa pendengar. Semoga program ini memberi 1001 manfaat kepada semua warga SK Spaoh terutama anak2 murid SK Spaoh

Tahniah diucapkan

Memacu Perubahan
Menjulang Kecemerlangan
Menjadi Teladan

Petang tadi berlangsung sesi penyerahan tapak utk Pendawaian Semula Bangunan 4 tingkat antara JKR Betong kepada Kontrakt...
27/07/2026

Petang tadi berlangsung sesi penyerahan tapak utk Pendawaian Semula Bangunan 4 tingkat antara JKR Betong kepada Kontraktor yg terbabit dengan di saksikan oleh Guru Besar SK Spaoh En Edie Rahmat Hj Salleh.

Projek ini ialah sumbangan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak.

Tarikh dijangka selesai ialah pada 10/5/2027 iaitu selama 10 bulan

Antara kerja buat ialah Pendawaian Semula kesemua empat tingkat Bangunan, penggantian semua kipas dan semua lampu, penukaran semua atap dan siling, serta pemasangan suis Utama.

Terima kasih Datuk Amar atas sumbangan yg begitu besar ini. Bagi pihak sekolah, kita sangat berasa bangga dengan pemimpin seperti Datuk Amar Douglas Uggah yg sentiasa mengambil berat keperluan sekolah kita.

SK Spaoh:
Memacu Perubahan
Menjulang Kecemerlangan
Menjadi Teladan

Dua lagi pencapaian gemilang anak2 SK Spaoh 1. Adik Wong Kai Lin merupakan anak PPKI SK Spaoh yg mewakili Bahagian Beton...
27/07/2026

Dua lagi pencapaian gemilang anak2 SK Spaoh

1. Adik Wong Kai Lin merupakan anak PPKI SK Spaoh yg mewakili Bahagian Betong ke Peringkat Negeri di Miri dalam acara 200 meter PPKI

2. Adik Mohd Taufiq Azman mewakili SK Spaoh ke Peringkat Negeri di Samarahan dalam acara 200 meter lelaki perdana.

Anda berdua telah menyerlahkan nama SK Spaoh di Peringkat Negeri.

Tahniah diucapkan kepada jurulatih Utama anak2 ini iaitu Cg Widiya dan Cg Diana atas komitmen yg sungguh jitu. Semoga kejayaan akan mengiringi anak2 ini kelak

SK Spaoh menuju kegemilangan

Memacu Perubahan
Menjulang Kecemerlangan
Menjadi Teladan

Tahniah adik Ammar akan mewakili SK Spaoh ke Peringkat Negeri dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu di Padawan kela...
27/07/2026

Tahniah adik Ammar akan mewakili SK Spaoh ke Peringkat Negeri dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu di Padawan kelak pada 5-8 Ogos 2026.

Anda membanggakan nama sekolah

Teruskan berjuang
Pantang mengalah
Anda boleh

Kami semua berada di belakang anda.

Memacu Perubahan
Menjulang Kecemerlangan
Menjadi Teladan

Agihan Geran Tahunan Khas (GTK) untuk pelajar Prasekolah di SK Spaoh.Geran ini diberikan sejak tahun lepas dan digunakan...
27/07/2026

Agihan Geran Tahunan Khas (GTK) untuk pelajar Prasekolah di SK Spaoh.

Geran ini diberikan sejak tahun lepas dan digunakan utk pelbagai tujuan dan aktiviti Prasekolah seperti yg dirancang bersama.

Diharap Geran RM100 seorang pelajar ini digunakan dan membantu utk aktiviti2 yg akan dilaksanakan kelak.

Tahniah pengurusan Prasekolah kerana telah menjayakan program agihan ini. Sekurang-kurangnya dpt digunakan sebagai wadah utk pihak pengurusan berjumpa dengan ibubapa pelajar Prasekolah SK Spaoh utk membincangkan beberapa isu tertentu.

Memacu Perubahan
Menjulang Kecemerlangan
Menjadi Teladan

Pada 21 Julai 2026 yg lalu, SK Spaoh telah di amanahkan menjadi tuan rumah utk Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peri...
24/07/2026

Pada 21 Julai 2026 yg lalu, SK Spaoh telah di amanahkan menjadi tuan rumah utk Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Betong.

Penyertaan terdiri daripada 2 kategori iaitu
1. Sjkc CH (5 buah sekolah)
2. 10 buah sekolah SK yang berjaya melepasi saringan awal secara atas talian

Tahniah kepada para pemenang
1. SJKC CH BETONG (Juara kategori SJKC)
2. SK Kalok ( Juara Kategori SK)

Wakil dari SK Spaoh mendapat tempat ke2.
Bak kata pepatah,
" Kalau rezeki, tak kemana"

Oleh kerana juara kategori SK iaitu SK Kalok terlibat dengan pertandingan lain, Maka Betong akan diwakili oleh pemenang tempat kedua iaitu SK Spaoh yg akan berbanding di Daerah Padawan nanti pada 5-8 Ogos

Tahniah diucapkan kpd adik Ammar

Perbezaaan markah pun sebenarnya sangat nipis.

Teruskan
Memacu Perubahan
Menjulang Kecemerlangan
Menjadi Teladan

Address

Jalan Masjid Lama
Betong
95600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6083473362

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Spaoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sekolah Kebangsaan Spaoh:

Shortcuts

Share