21/08/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Sesi Temuduga Program Sejahtera MADANI Skop Peningkatan Pendapatan Tahun 2026 telah dilaksanakan secara berperingkat pada 17, 18 dan 20 Ogos 2026, melibatkan seramai 27 orang calon dari Daerah Lingga, Sri Aman, Lubok Antu, Pantu, Pusa dan Meradong.
Sesi ini bertujuan menilai keperluan, potensi serta hala tuju calon bagi memastikan aktiviti peningkatan pendapatan yang dirancang adalah bersesuaian dan mampu memberi manfaat berterusan. Calon yang berjaya akan menerima sebuah motosikal sebagai aset sokongan bagi menjana pendapatan harian.
Sesi temuduga turut melibatkan Pegawai Pembangunan Zon, Puan Radiah Muhamad, serta wakil PIBU Bahagian Sri Aman, wakil PIBU Bahagian Betong, wakil Pegawai Daerah Lingga, Pegawai Daerah Pantu, Pegawai Daerah Sri Aman, Pegawai Daerah Meradong dan wakil Pegawai Daerah Pusa.
Penglibatan pelbagai pihak ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan bantuan disalurkan secara bersasar, telus dan berimpak, kepada golongan yang benar-benar layak dan memerlukan.
Inisiatif ini diharap dapat membantu penerima meningkatkan pendapatan, memperkukuh taraf sosioekonomi serta membina kehidupan yang lebih sejahtera, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.