Betong - Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian

Betong - Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Selamat Datang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Betong

28/07/2026
SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH!Seluruh warga Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Betong ingin merakamkan ucapan...
28/07/2026

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH!

Seluruh warga Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Betong ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Siti Awa binti Joni (Pembantu Pembangunan Masyarakat) PKMB Betong atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T).

Anugerah ini telah dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat dan inspirasi kepada semua untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang demi kesejahteraan masyarakat

Naziran Bencana PKMB Betong ke PKMB SarikeiπŸ“… Tarikh: 25 Julai 2026πŸ“ Tempat: PKMB SarikeiUnit Bencana Pejabat Kebajikan M...
24/07/2026

Naziran Bencana PKMB Betong ke PKMB Sarikei

πŸ“… Tarikh: 25 Julai 2026
πŸ“ Tempat: PKMB Sarikei

Unit Bencana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong (PKMB Betong) telah mengadakan Naziran Unit Bencana di Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei (PKMB Sarikei).

Naziran ini bertujuan untuk menyemak tahap kesiapsiagaan pengurusan bencana, memperkukuh penyelarasan pelaksanaan tugas serta memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

21/07/2026
PERHATIAN KEPADA WARGA DAERAH KABONG  πŸ“’Sila tuntut Kad OKU anda di Pejabat Daerah Kabong.Untuk makluman perkhdimatan kau...
20/07/2026

PERHATIAN KEPADA WARGA DAERAH KABONG πŸ“’

Sila tuntut Kad OKU anda di Pejabat Daerah Kabong.

Untuk makluman perkhdimatan kaunter Pejabat Kebajikan ini menyediakan pelbagai perkhidmatan JKM.Anda Boleh hadir ke kaunter tersebut bagi mendapatkan perkhidmatan JKM.

Terima Kasih

πŸ“’ HEBAHAN PERINGATAN TERAKHIR (LAST CALL) πŸ“’Dimaklumkan kepada semua pemohon Kenyalang Gold Card (KGC) yang masih belum m...
17/07/2026

πŸ“’ HEBAHAN PERINGATAN TERAKHIR (LAST CALL) πŸ“’

Dimaklumkan kepada semua pemohon Kenyalang Gold Card (KGC) yang masih belum mengambil kad masing-masing agar berbuat demikian dengan kadar segera.

πŸ“… Tarikh Akhir Pengambilan: 31 Julai 2026
πŸ“ Tempat: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Saratok

Sehubungan itu, semua pemohon yang berkenaan dimohon untuk hadir sebelum atau pada tarikh yang dinyatakan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Kerjasama dan perhatian daripada semua amatlah dihargai.

Terima kasih.

NAZIRAN CAWANGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, IBU PEJABAT JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SARAWAKπŸ“… Tarikh: 14 Julai 2026πŸ“ Tem...
14/07/2026

NAZIRAN CAWANGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, IBU PEJABAT JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SARAWAK

πŸ“… Tarikh: 14 Julai 2026
πŸ“ Tempat: Bilik Mesyuarat, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Betong

PKMB Betong telah menerima kunjungan Naziran Cawangan Pengurusan Sumber Manusia dari Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Objektif utama naziran ini adalah untuk mengaudit, menilai serta memperkukuh tahap pematuhan agensi terhadap arahan, dasar dan tatacara Pengurusan Sumber Manusia yang sedang berkuat kuasa.

Kumpulan naziran yang hadir :

β€’ Puan Samsidar Binti Mohamad Nahrawi – Penolong Pegawai Tadbir, N5
β€’ Puan Muliana Binti Buang – Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), N2
β€’ Encik Mohammad Afizul Bin Hazemi – Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N2

NAZIRAN ICT (PERSEKUTUAN) DI PKMB BETONGTarikh: 10 Julai 2026Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Betong telah m...
10/07/2026

NAZIRAN ICT (PERSEKUTUAN) DI PKMB BETONG

Tarikh: 10 Julai 2026

Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Betong telah menerima lawatan Naziran ICT (Persekutuan) daripada Cawangan Teknologi dan Informatik (T&I), Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Naziran ini bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap dasar, prosedur dan pengurusan ICT di PKMB Betong, di samping memastikan pelaksanaan tadbir urus ICT adalah selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan.

πŸ“Œ JAWATAN KOSONG πŸ“ŒπŸ“ƒ Penyelia Pusat Aktiviti Kanak-KanakKampung Baru Spaoh, Betong( Kekosongan - 1 )Dimaklumkan bahawa te...
09/07/2026

πŸ“Œ JAWATAN KOSONG πŸ“Œ

πŸ“ƒ Penyelia Pusat Aktiviti Kanak-Kanak
Kampung Baru Spaoh, Betong
( Kekosongan - 1 )

Dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan sebagai Penyelia di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Kampung Baru Spaoh. Calon yang berminat boleh mengemukakan resume ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong sebelum atau pada 23 Julai 2026.

CARA PERMOHONAN :

Sila kemukakan :
πŸ“„ Resume Pemohon
πŸ“„ Gambar berukuran passport
πŸ“„ Salinan Ic
πŸ“„ Sijil akademik ke alamat berikut :

Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong,
Tingkat Bawah, Blok C, Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, Kawasan Bandar Baru Betong, Jalan Setia Raja, 95700 Betong.

Pemohon yang layak akan dipanggil temuduga pada 27 Julai 2026.

Terima Kasih.

NAZIRAN SILANG UNIT BENCANA PKMB BETONGTarikh: 8 Julai 2026Naziran Silang yang diselia oleh Unit Bencana PKMB Sibu. Nazi...
08/07/2026

NAZIRAN SILANG UNIT BENCANA PKMB BETONG

Tarikh: 8 Julai 2026

Naziran Silang yang diselia oleh Unit Bencana PKMB Sibu. Naziran ini bertujuan menyemak pengurusan fail, dokumentasi serta pelaksanaan tugasan bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur dan standard yang ditetapkan, di samping mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam pengurusan bencana.

Address

Betong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Betong - Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share