Pejabat MARA Daerah Betong

Pejabat MARA Daerah Betong page rasmi Pejabat MARA Daerah Betong

02/09/2026

๐Ÿ“ฆ KURSUS PENGURUSAN INVENTORI & LOGISTIK VDP ๐Ÿšš

Adakah anda ingin memantapkan lagi sistem pengurusan stok dan kelancaran pengedaran perniagaan anda? Sertai Kursus Pengurusan Inventori dan Logistik VDP yang dirancang khas untuk membantu usahawan mengoptimumkan operasi harian perniagaan!

Butiran kursus adalah seperti berikut:
๐Ÿ“… Tarikh: 6 hingga 8 Oktober 2026
๐Ÿ“ Tempat: Hotel Premier, Sibu
๐Ÿ’ฐ Yuran: RM200 sahaja (Kemudahan penginapan, makan, dan minum disediakan sepanjang program)
๐Ÿ”— Pendaftaran: https://forms.cloud.microsoft/r/ZEVvdrA3K2

Tempat adalah Terhad! Sila imbas kod QR pada poster untuk daftar atau hubungi kami jika mempunyai sebarang pertanyaan:
๐Ÿ“ž Pejabat MARA Daerah Kapit: 084 798 827
๐Ÿ“ž Encik Dunstan: 014 591 8110
๐Ÿ“ž Encik Muhammad Zaki: 012 878 2910

02/09/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—Ÿ๐—˜๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—š๐—œ๐—ก๐—š ๐—”๐—œ ๐—™๐—ข๐—ฅ ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—–๐—ง๐—™๐—จ๐—Ÿ ๐—•๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—ฃ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—™๐—ข๐—ฅ ๐—ฉ๐——๐—ฃ

Khas untuk usahawan, khususnya kontraktor, yang ingin mengembangkan perniagaan dan meningkatkan daya saing sebagai vendor!

MARA menjemput usahawan menyertai kursus yang memberi pendedahan tentang penggunaan AI dalam membina Business Plan yang lebih strategik, efektif dan berimpak, serta menyokong kesiapsiagaan menyertai Vendor Development Program (VDP).

๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐˜‚๐—ฟ๐˜€๐˜‚๐˜€:
๐Ÿง  Minda & Potensi Global
๐ŸŒ Technical Set-Up
๐Ÿ“ˆ SEO, Seni Menjual & Conversion
๐Ÿš€ Ex*****on & Growth

*VDP membantu usahawan meningkatkan keupayaan, kapasiti dan daya saing bagi merebut peluang perniagaan, kontrak dan projek yang lebih besar.*

๐Ÿ“… ๐Ÿต โ€“ ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿ“ ๐—›๐—ผ๐˜๐—ฒ๐—น ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—ป

๐Ÿ“ฒ DAFTAR SEKARANG: https://forms.gle/viRMWrud9Bqddr6o9?utm_source=chatgpt.com

๐Ÿ“ž Pertanyaan
Amir: 010-882 2554
Kamarul: 014-891 0410

๐—จ๐—ฝ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ ๐˜†๐—ผ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฏ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ฒ๐˜€๐˜€. ๐—Ÿ๐—ฒ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ด๐—ฒ ๐—”๐—œ. ๐—”๐—ฐ๐—ฐ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ ๐˜†๐—ผ๐˜‚๐—ฟ ๐—ด๐—ฟ๐—ผ๐˜„๐˜๐—ต.๐Ÿš€

HARI KEDUA PROGRAM GEMA @ KOTA SAMARAHAN 2026KOTA SAMARAHAN, 22 Ogos 2026 (Sabtu) โ€“ Hari kedua Program GEMA @ KKDW Kota ...
23/08/2026

HARI KEDUA PROGRAM GEMA @ KOTA SAMARAHAN 2026

KOTA SAMARAHAN, 22 Ogos 2026 (Sabtu) โ€“ Hari kedua Program GEMA @ KKDW Kota Samarahan 2026 yang berlangsung di Halaman Samarahan, Kota Samarahan, Sarawak diteruskan dengan pelbagai pengisian menarik merangkumi aspek pembangunan komuniti, keusahawanan, pendidikan, kesihatan, kebajikan, sukan, kebudayaan dan hiburan.

Kemuncak program pada hari kedua ialah Majlis Perasmian Program GEMA @ KKDW Sarawak 2026 yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Program telah bermula seawal 8.00 pagi di mana pelbagai aktiviti berlangsung secara serentak, antaranya Program CSR GIATMARA, TVETMARA Kuching & Bintulu, Business Matching, pemeriksaan gigi oleh UniDENTAL, pemeriksaan kesihatan oleh UniKLINIK, Auto Trade, Pertandingan Mewarna, Aktiviti Bulan Kemerdekaan, Jualan RAHMAH, serta Pameran Agensi, Usahawan, Pendidikan & Food Fest. Pengunjung turut berpeluang menikmati kemeriahan Mini Fun Fair yang disediakan sepanjang program.

Selepas majlis perasmian, acara diteruskan dengan Cabutan Bertuah, sekali gus menambahkan kemeriahan dan memberi peluang kepada para pengunjung membawa pulang hadiah yang telah disediakan.

Pada sebelah petang, program mengetengahkan aktiviti bercirikan tradisi dan kemahiran menerusi Pertandingan Nopeng dan Pertandingan Lastik (Slingshot).

Disamping itu juga berlangsung Perlawanan Persahabatan Bola Sepak KKDW menentang KMKK Samarahan & Asajaya sebagai salah satu pengisian riadah yang mengeratkan hubungan serta semangat kesukanan dalam kalangan peserta dan komuniti setempat.

Kemeriahan hari kedua diteruskan pada sebelah malam menerusi Konsert GEMA @ KKDW Sarawak dengan persembahan barisan artis seperti Amir Ukays, Azlan Typewriter dan Hijrah yang membawakan pelbagai genre muzik.

Program hari kedua kemudiannya diakhiri dengan Cabutan Bertuah sekali gus melengkapkan sehari penuh aktiviti yang meriah dan terbuka kepada masyarakat.

Penganjuran GEMA @ KKDW Kota Samarahan 2026 menjadi platform yang menghimpunkan pelbagai agensi, institusi pendidikan, usahawan dan komuniti dalam satu program yang bukan sahaja menyediakan akses kepada perkhidmatan serta peluang ekonomi, malah menggalakkan interaksi, jaringan kerjasama dan penglibatan masyarakat.

Dengan kepelbagaian pengisian yang disediakan, program ini diharap dapat mendekatkan perkhidmatan serta inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan agensi-agensinya kepada masyarakat, di samping mewujudkan suasana program yang inklusif, santai dan bermanfaat untuk seisi keluarga.








21/08/2026

๐Ÿ“ฃ WARGA KOTA SAMARAHAN, JUH TURUN BERAMI-RAMI! ๐ŸŽ‰

๐Ÿ”ฅ GERAKAN MASSA MASYARAKAT DESA (GEMA@KKDW) KOTA SAMARAHAN 2026 ๐Ÿ”ฅ
โœจ Mencetus Gelombang Positif di Peringkat Akar Umbi โœจ

๐Ÿ“… 21 โ€“ 23 Ogos 2026
๐Ÿ“ Halaman Samarahan, Kota Samarahan

Maok servis kenderaan sambil menikmati pelbagai kemudahan untuk masyarakat? ๐Ÿš—๐Ÿ๏ธโœ‚๏ธ Jangan lepaskan peluang menyertai Program Khidmat Masyarakat GEMA@KKDW yang berlangsung selama 3 hari!

Antara perkhidmatan yang menanti anda:

๐Ÿš— Mengilat Lampu Kereta โ€“ bagi lampu kereta kembali bersih dan menyerlah!
โ„๏ธ Pemeriksaan & Servis Asas Penghawa Dingin Kereta โ€“ pastikan perjalanan lebih selesa.
๐Ÿ๏ธ Servis Motosikal โ€“ pemeriksaan dan menukar minyak hitam.
๐Ÿ’ˆโœ‚๏ธ Gunting Rambut โ€“ tampil lebih kemas dan bergaya!

๐ŸŽŠ Bukan ya jak! GEMA@KKDW menghimpunkan pelbagai program, perkhidmatan dan aktiviti menarik untuk komuniti. Inilah peluang untuk mendapatkan manfaat daripada program yang dibawakan terus kepada masyarakat.

๐Ÿ“ข JANGAN LEPASKAN PELUANG!
Ajak keluarga ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ, saudara-mara, rakan-rakan dan jiran tetangga. Juh datang berami-rami ke GEMA@KKDW Kota Samarahan!

โค๏ธ GEMA@KKDW โ€” Dari Komuniti, Untuk Komuniti!








21/08/2026

๐Ÿค๐Ÿ”ฅ BUSINESS MATCHING GEMA@SARAWAK 2026 โ€“ JUH LA BUKAK PELUANG, LUASKAN JARINGAN PERNIAGAAN KITAK URANG!๐Ÿ”ฅ๐Ÿค

Sempena GEMA@SARAWAK 2026, jangan lepaskan peluang menyertai Business Matching Usahawan Desa & Auto Trade yang menghimpunkan usahawan dan pemain industri dalam satu platform untuk meneroka peluang kerjasama, padanan perniagaan dan potensi pasaran baharu.๐Ÿš€

๐Ÿ“… 22 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Halaman Samarahan, Kota Samarahan

Datang bukan sekadar untuk berniaga, tetapi untuk bina network, cari peluang dan kembangkan bisnes!๐Ÿ’ช๐Ÿ“ˆ

โœจ Jumpa rakan niaga.
โœจ Bina jaringan.
โœจ Cipta peluang baharu.

Usahawan Sarawak, juh la rami-rami kitak urang datang! Jangan lepaskan peluang tok di GEMA@SARAWAK 2026!๐Ÿ”ฅ๐Ÿค








18/08/2026
18/08/2026

Address

Tingkat 1, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Betong
Betong
95700

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat MARA Daerah Betong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat MARA Daerah Betong:

Shortcuts

Share