14/04/2026
πππππππ ππππππππ 11 ππππππ ππ πππππππ πππππππππππ ππππππ (πππ) 25 ππππ
GEMAS, 11 April 2026 - Kecekapan dan kredibiliti warga Sentiasa Sedia terus diperkasakan menerusi lawatan oleh Brigedier Jeneral Datoβ Pahlawan Safwan @ Asri bin Ismail, Panglima 11 Briged yang diiringi oleh Leftenan Kolonel Anwar bin Saaharatol Mat Kamal, Pegawai Memerintah 25 RAMD ke Latihan Peningkatan Tempur (LPT) 25 RAMD Tahun 2026.
Sepanjang latihan, pelbagai modul telah dilaksanakan merangkumi Latihan Tembak Tempur Individu (LTTI) dan Latihan Tembak Tempur Tim (LTTT). Antara senjata yang terlibat termasuklah Anti Kereta Kebal, Senjata Berat, Mortar 81mm dan Sniper. Latihan ini menekankan aspek ketepatan, kepantasan serta koordinasi dalam situasi medan sebenar. Selain itu, latihan turut menguji keupayaan anggota dalam membuat keputusan di bawah tekanan.
Atur cara lawatan Panglima 11 Bgd dimulakan dengan sesi pengenalan sasaran lapang sasar sebelum diteruskan dengan demonstrasi latihan secara langsung. Pelbagai aktiviti dipersembahkan termasuk pengenalan sasaran, latihan senjata serta sesi menembak sniper. Lawatan ini juga memberi peluang kepada Panglima 11 Bgd untuk menilai prestasi anggota secara dekat. Sesi diakhiri dengan ucapan serta jamuan makan tengah hari bersama semua yang terlibat.
Secara keseluruhannya, LPT 25 RAMD Tahun 2026 telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan jayanya. Latihan ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan tempur, malah memperkukuhkan disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan anggota. Sokongan logistik dan pentadbiran yang mantap turut menyumbang kepada kelancaran pelaksanaan. Diharapkan latihan seumpama ini akan terus diperkasakan demi memastikan kesiapsiagaan warga Sentiasa Sedia sentiasa berada pada tahap tertinggi.