Pejabat Daerah dan Tanah Bentong

Pejabat Daerah dan Tanah Bentong Laman Facebook Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Bentong, Pahang Darul Makmur.

Penafian: Pejabat Daerah dan Tanah Bentong adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat di dalam laman Facebook ini.

๐Œ๐„๐๐‰๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Š๐ƒ๐๐Œ ๐“๐„๐๐†๐Š๐” ๐Œ๐€๐‡๐Š๐Ž๐“๐€ ๐๐€๐‡๐€๐๐†๐๐ž๐ง๐ญ๐จ๐ง๐  | ๐Ÿ๐Ÿ— ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Pejabat Daerah dan Tanah Bentong merafak sembah menjunju...
29/05/2026

๐Œ๐„๐๐‰๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Š๐ƒ๐๐Œ ๐“๐„๐๐†๐Š๐” ๐Œ๐€๐‡๐Š๐Ž๐“๐€ ๐๐€๐‡๐€๐๐†

๐๐ž๐ง๐ญ๐จ๐ง๐  | ๐Ÿ๐Ÿ— ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pejabat Daerah dan Tanah Bentong merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan bercemar duli berangkat ke Restoran Udang Galah Lubuk Hantu, Bentong.

Keberangkatan Baginda merupakan satu penghormatan yang amat bermakna kepada seluruh warga Bentong. Sesungguhnya, keprihatinan dan kesudian Baginda untuk sentiasa mendekati rakyat amat dihargai serta menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat.

๐—ž๐——๐—ฃ๐—  ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—จ ๐— ๐—”๐—›๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—จ ๐—จ๐— ๐—”๐—ง ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—›๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง๐—œ ๐—ž๐—˜๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐— ๐—˜๐—ช๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—›๐—œ๐—๐—๐—”๐—›BENTONG, 29 Mei 2026 โ€“ Kebawah Duli Paduka...
29/05/2026

๐—ž๐——๐—ฃ๐—  ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—จ ๐— ๐—”๐—›๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—จ ๐—จ๐— ๐—”๐—ง ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—›๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง๐—œ ๐—ž๐—˜๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐— ๐—˜๐—ช๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—›๐—œ๐—๐—๐—”๐—›

BENTONG, 29 Mei 2026 โ€“ Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menyeru umat Islam agar menjadikan bulan Zulhijjah sebagai medan untuk meningkatkan keimanan, memperkukuhkan ukhuwah serta memperbanyakkan amalan yang membawa kebaikan.

Seruan tersebut dizahirkan ketika baginda berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Tunku Azizah Iskandar, Kampung Baru Bentong di sini hari ini.

Baginda turut menekankan kepentingan menjaga perpaduan dan keharmonian masyarakat dengan menghindari perkara yang boleh mencetuskan perpecahan serta melalaikan umat Islam daripada tanggungjawab sebagai insan dan anggota masyarakat.

Keberangkatan baginda disambut penuh hormat dan rasa syukur oleh para jemaah serta penduduk setempat yang hadir bagi menunaikan solat Jumaat dan berpeluang bertemu secara dekat dengan Tengku Mahkota Pahang.

Suasana di masjid berlangsung dalam keadaan aman dan tertib, sekali gus menggambarkan hubungan erat antara institusi diraja dan rakyat yang sentiasa dipelihara demi kesejahteraan Negeri Pahang.




๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐˜๐€๐ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐’๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐๐†Tempoh bayaran cukai tanah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2026
26/05/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€
๐˜๐€๐ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐’๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐๐†
Tempoh bayaran cukai tanah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2026


๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‡๐Ž๐‹ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐ ๐ƒ๐€๐‘๐”๐‹ ๐Œ๐€๐Š๐Œ๐”๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€๐€๐Œ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ• ๐‡๐ˆ๐‰๐‘๐€๐‡.Sempena memperingati kemangkatan Al-Marhum Sultan Ha...
21/05/2026

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‡๐Ž๐‹ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐ ๐ƒ๐€๐‘๐”๐‹ ๐Œ๐€๐Š๐Œ๐”๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€๐€๐Œ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ• ๐‡๐ˆ๐‰๐‘๐€๐‡.

Sempena memperingati kemangkatan Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riโ€™ayatuddin Al-Muโ€™adzam Shah.

โ€œ๐™”๐™– ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™ ๐™˜๐™ช๐™˜๐™ช๐™ง๐™ž๐™ก๐™–๐™ ๐™ง๐™–๐™๐™ข๐™–๐™ฉ ๐™ ๐™š ๐™–๐™ฉ๐™–๐™จ ๐™ง๐™ค๐™ ๐™—๐™–๐™œ๐™ž๐™ฃ๐™™๐™–โ€.


#๐ฉ๐๐ญ๐›๐ž๐ง๐ญ๐จ๐ง๐ 


๐ˆ๐ค๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ค๐จ๐ฌ๐จ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ง๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  (๐‰๐๐Š๐Š) #๐ฉ๐๐ญ๐›๐ž๐ง๐ญ๐จ๐ง๐  #๐Œ๐š๐ฃ๐ฎ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐๐š๐ก๐š๐ง๐  ...
21/05/2026

๐ˆ๐ค๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ค๐จ๐ฌ๐จ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ง๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  (๐‰๐๐Š๐Š)

#๐ฉ๐๐ญ๐›๐ž๐ง๐ญ๐จ๐ง๐ 
#๐Œ๐š๐ฃ๐ฎ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐๐š๐ก๐š๐ง๐ 
#๐๐š๐ก๐š๐ง๐ ๐Ÿ๐ฌ๐ญ

20/05/2026

๐Ÿ“… Rabu, 20 Mei 2026

Alhamdulillahโ€ฆ selesai sudah Program Kutipan Luar Cukai Tanah hari ini ๐Ÿ‘

Terima kasih kepada semua pemilik tanah yang hadir dan buat bayaran โ€” memang terbaik! ๐Ÿ™Œ

Penghargaan khas kepada Pengurusan Mempaga 3 kerana sudi jadi tuan rumah dan banyak membantu melancarkan program. Terima kasih juga kepada Pengurusan Mempaga 1 & 2 atas sokongan dan hebahan yang padu ๐Ÿ’ช

โš ๏ธ PERHATIAN โš ๏ธ
Yang masih belum bayar cukai tanahโ€ฆ masa makin suntuk!

โณ Tinggal 11 hari sahaja lagi sebelum dikenakan denda.

Jangan tunggu saat akhir โ€” elakkan denda, segerakan bayaran anda!

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ (๐Œ๐๐‰) ๐๐ˆ๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ—“๏ธ 20 Mei 2026๐Ÿ“ Pejabat Daerah dan Tanah Bentong๐Ÿ—‚๏ธ Sesi 2026โ€“2027T...
20/05/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ (๐Œ๐๐‰) ๐๐ˆ๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ—“๏ธ 20 Mei 2026
๐Ÿ“ Pejabat Daerah dan Tanah Bentong
๐Ÿ—‚๏ธ Sesi 2026โ€“2027

Telah berlangsung Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 1/2026 bagi sesi 2026โ€“2027 PDT Bentong yang menghimpunkan wakil pihak pengurusan dan pihak pekerja dalam usaha memperkukuh hubungan kerja serta kebajikan warga jabatan.

Turut diadakan sesi pelantikan bagi jawatan:
โœ… Pengerusi MBJ (Pihak Pekerja)
โœ… Setiausaha MBJ (Pihak Pekerja)

Semoga pelantikan ini dapat memperkasakan lagi peranan MBJ sebagai medium perbincangan yang efektif demi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keharmonian organisasi.


๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ๐š๐ง ๐†๐จ๐ฅ๐๐ž๐ง ๐„๐ฅ๐ž๐ฉ๐ก๐š๐ง๐ญ ๐–๐š๐ซ๐ซ๐ข๐จ๐ซ ๐‚๐š๐ฆ๐ฉ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ข๐š๐ง ๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐ก๐š๐ง๐  ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐€๐ญ๐ฅ๐ž๐ญ ๐Œ๐š...
20/05/2026

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ๐š๐ง ๐†๐จ๐ฅ๐๐ž๐ง ๐„๐ฅ๐ž๐ฉ๐ก๐š๐ง๐ญ ๐–๐š๐ซ๐ซ๐ข๐จ๐ซ ๐‚๐š๐ฆ๐ฉ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ข๐š๐ง ๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐ก๐š๐ง๐  ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐€๐ญ๐ฅ๐ž๐ญ ๐Œ๐š๐ค๐ฆ๐ฎ๐ซ)

Majlis Perasmian Penutupan Golden Elephant Warrior Camp 2026 dan Majlis Penyampaian Bantuan Negeri Pahang 2026 (Atlet Makmur) telah berlangsung pada 19 Mei 2026 di Resorts World Awana, Genting Highlands.

Majlis telah disempurnakan oleh YB. Tuan Fadzli bin Mohamad Kamal sebagai wakil rasmi Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Pahang dengan penyerahan mock cek Bantuan Kerajaan Negeri Pahang berjumlah RM450,000.00 kepada Majlis Sukan Pahang serta penyerahan bantuan kepada atlet negeri Pahang.

Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkasa pembangunan sukan serta kebajikan atlet negeri demi melahirkan lebih ramai โ€œElephant Warriorโ€ yang mampu mengharumkan nama Pahang di peringkat tertinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang atas sokongan berterusan kepada Majlis Sukan Pahang (MSP) dalam menjayakan program pembangunan sukan dan prestasi tinggi demi kecemerlangan atlet negeri.

#๐๐š๐ก๐š๐ง๐ ๐Ÿ๐ฌ๐ญ
#๐‘๐ž๐ฏ๐จ๐’๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ‘๐ŸŽ
#๐„๐ฅ๐ž๐ฉ๐ก๐š๐ง๐ญ๐–๐š๐ซ๐ซ๐ข๐จ๐ซ
#๐€๐ญ๐ฅ๐ž๐ญ๐Œ๐š๐ค๐ฆ๐ฎ๐ซ๐๐š๐ก๐š๐ง๐ 
#๐Œ๐š๐ฃ๐ฎ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐๐š๐ก๐š๐ง๐ 
#๐๐š๐ก๐š๐ง๐ ๐Ÿ๐ฌ๐ญ
#๐ฉ๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ๐๐š๐ž๐ซ๐š๐ก๐๐š๐ง๐ญ๐š๐ง๐š๐ก๐›๐ž๐ง๐ญ๐จ๐ง๐ 

19/05/2026

๐Ÿ“ข ๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐“๐€๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐Ÿ“ข

Kerajaan Negeri Pahang mempelawa usahawan Pahang yang berkelayakan untuk menyertai Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 19 โ€“ 21 Jun 2026
๐Ÿ“ Lokasi: Morten Walk, Melaka
_*Tarikh dan lokasi program tertakluk kepada perubahan semasa_

Program ini merupakan platform terbaik bagi usahawan tempatan untuk:
โœ… Mempromosikan produk dan perkhidmatan
โœ… Memperluaskan jaringan pemasaran
โœ… Meningkatkan potensi pasaran di peringkat kebangsaan
โœ… Memperkukuh jenama dan daya saing produk usahawan Pahang

๐Ÿ“Œ Syarat Penyertaan:
โ–ช๏ธ Berdaftar dengan Sistem Maklumat Usahawan (SMU) Pahang
โ–ช๏ธ Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah
โ–ช๏ธ Anak Negeri Pahang atau menjalankan perniagaan di Negeri Pahang
โ–ช๏ธ Produk/perkhidmatan adalah hasil keluaran sendiri
โ–ช๏ธ Produk mempunyai pembungkusan dan pelabelan yang sesuai untuk promosi dan pemasaran

๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR pada poster untuk membuat permohonan.

โณ Tarikh tutup penyertaan: 4 Jun 2026 (Khamis)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
โ˜Ž๏ธ 09-512 6707
๐Ÿ“ง [email protected]

19/05/2026

๐Ÿ“ข ๐๐„๐‘๐‡๐€๐“๐ˆ๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐๐†!

Kerajaan Negeri Pahang melalui Sistem Maklumat Usahawan (SMU) Pahang kini membuka peluang kepada semua usahawan untuk:

โœ… Mendaftar sebagai usahawan berdaftar Negeri Pahang
โœ… Mengemaskini maklumat perniagaan terkini anda

Pendaftaran ini amat penting bagi memastikan anda tidak terlepas peluang untuk menikmati pelbagai kemudahan dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.

๐Ÿ’ก KENAPA ANDA PERLU DAFTAR / KEMASKINI?

๐Ÿ”น Mendapat akses kepada geran, pembiayaan & bantuan keusahawanan
๐Ÿ”น Menyertai latihan, kursus & program pembangunan usahawan
๐Ÿ”น Menerima maklumat terkini berkaitan peluang perniagaan & inisiatif kerajaan
๐Ÿ”น Memudahkan penyelarasan data usahawan bagi tujuan bantuan dan sokongan yang lebih efektif

๐Ÿš€ JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!
Sama ada anda usahawan baharu, PKS, atau usahawan sedia adaโ€”pastikan maklumat anda direkod dan dikemaskini dalam sistem rasmi negeri.

๐Ÿ“ฒ DAFTAR / KEMASKINI SEKARANG:
๐Ÿ‘‰ Layari: smu.pahang.gov.my
๐Ÿ‘‰ Atau imbas kod QR yang disediakan

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan:

Hubungi: 09-512 6707
Emel: [email protected]

Address

Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong, Wisma Sri Bentong
Bentong
28700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:30

Telephone

+6092201513

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah dan Tanah Bentong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah dan Tanah Bentong:

Share