10/11/2024
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
I) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan) • Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) sehingga 2:00 pagi; Isnin, 11 November 2024.
II) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Sri Aman (Lubok Antu), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang (Limbang) • Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Kota Kinabalu dan Tuaran) • WP Labuan sehingga 1:00 pagi; Isnin, 11 November 2024.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 9:00 malam, 10 November 2024