Kompeni Alpha - Bentong - Batalion Ke 3 Rejimen 505 Askar Wataniah

Kompeni Alpha - Bentong - Batalion Ke 3 Rejimen 505 Askar Wataniah Laman ini merupakan Facebook Rasmi Batalion Ke-3 Rejimen 505 Askar Wataniah bagi lokasi Bentong (Kompeni A). Penyertaan anggota baru adalah amat dialu-alukan.

Hubungilah kami segera! Bentong merupakan sebuah daerah yang permai di Pahang. Bentong juga merupakan kawasan tanggungjawab Kompeni A, Batalion ke-3, Rejimen 505 Askar Wataniah. Pasukan Askar Wataniah merupakan pasukan simpanan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ahli-ahlinya merupakan sukarelawan berpatriotisme tinggi serta padu daripada kalangan rakyat pelbagai kaum dalam Malaysia. Rejimen 50

5 Askar Wataniah adalah di bawah naungan 4 Briged Mekanize. Terdapat 4 Batalion di dalam pasukan Rejimen ini, iaitu:
Batalion 1 = Kem Forever 1st, Kuantan
Batalion 2 = Kem Susur Tembeling, Jerantut
Batalion 3 = Kem Puncak Mas, Raub
Batalion 4 = Kem Force 136, Pekan

Di dalam pasukan Batalion Ke-3 p**a, terdapat 4 Kompeni, iaitu:
Kompeni A = Bentong
Kompeni B = Raub
Kompeni C = Kuala Lipis
Kompeni D = Cameron Highlands

Laman ini menjalankan promosi bagi menggalakkan penyertaan ahli baru, khususnya di Bentong, Pahang. Ayuh sertai Askar Wataniah! Tanah air kita, kita yang pertahankan!

Address

Bentong
Bentong

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kompeni Alpha - Bentong - Batalion Ke 3 Rejimen 505 Askar Wataniah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category