Trafik_bspt IPD Bentong

Trafik_bspt IPD Bentong POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

10/09/2026

BERBASIKAL DI JALAN RAYA: KENALI LALUAN, FAHAMI RISIKO

Tidak semua jalan raya sesuai untuk aktiviti berbasikal. Lebih-lebih lagi lebuh raya yang direka untuk pergerakan kenderaan pada kelajuan tinggi.

Penunggang basikal perlu mengetahui di mana boleh dan di mana tidak boleh berbasikal, serta memahami risiko yang bakal ditanggung sekiranya berlaku kemalangan.

⚠️ Perbezaan kelajuan antara basikal dan kenderaan bermotor amat tinggi.
⚠️ Kesilapan kecil boleh mengundang kemalangan serius.
⚠️ Kemalangan di lebuh raya boleh mengakibatkan kecederaan parah, malah meragut nyawa.

Jangan kerana mahu meneruskan kayuhan, nyawa sendiri dipertaruhkan.

Patuhi peraturan. Gunakan kelengkapan keselamatan yang sesuai dan sentiasa hormati pengguna jalan raya yang lain.

PDRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

10/01/2026
27/11/2025
06/11/2025

Address

Jalan Anuar
Bentong
28700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Trafik_bspt IPD Bentong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share