Balai Bomba Dan Penyelamat Bentong

Balai Bomba Dan Penyelamat Bentong BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BENTONG
JALAN KETARI 28700 BENTONG PAHANG DARUL MAKMUR
(09-2224444)

Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.Salam Malaysia MADANI.Tarikh: 14 Mei 20...
14/05/2026

Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
Salam Malaysia MADANI.

Tarikh: 14 Mei 2026
Jenis Insiden: Kebakaran Stor Penyimpanan Getah
Lokasi: Kampung Ketari, Bentong

Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah stor tunggal penyimpanan getah berkeluasan 20 x 20 kaki. Kebakaran melibatkan kemusnahan keseluruhan stor dengan anggaran kemusnahan sebanyak 100%.

Pasukan bomba telah menggunakan dua aliran salur bantu mula pam jentera bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya. Komander Operasi turut membuat pemeriksaan dan pemantauan di lokasi bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang. Operasi tamat dan jentera bersama anggota bertolak balik ke balai.



Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.Salam Malaysia MADANI.Tarikh: 14 Mei 20...
14/05/2026

Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
Salam Malaysia MADANI.

Tarikh: 14 Mei 2026
Jenis Insiden: Kebakaran Kenderaan
Lokasi: Bulatan Genting Sempah

Sebaik tiba di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah kenderaan sedan jenis BMW dengan anggaran kemusnahan 100%. Tiada mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian tersebut.
Pasukan Bomba Sukarela Janda Baik telah membuat pemadaman awal menggunakan satu aliran salur bantu mula air tangki pam jentera PBS sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya. Komander Operasi turut membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum operasi ditamatkan dan anggota bertolak balik ke balai.



‎بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُSALA...
14/05/2026

‎بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA
SALAM MALAYSIA MADANI

Aktiviti :Bengkel dan taklimat cabaran bandar rendah karbon 2030
Tarikh: 14/05/2026
Lokasi: Dewan jubli perak,Majlis Perbandaran Bentong.

Bengkel Bandar Rendah Karbon 2030 telah disertai oleh Ketua Balai BBP Bentong, PKPgB Syed Moshen bin T. Ismail bersama PB Arif Asyraf. Sebelum bengkel dimulakan, telah berlangsung sesi pemberian insentif kepada BBP Bentong oleh Majlis Perbandaran Bentong yang disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, YH Dato Rose Samsul bin Abdul Razak.

Pemberian insentif tersebut adalah sebagai penghargaan kepada BBP Bentong yang berjaya memperoleh pengiktirafan Diamond dalam Cabaran Bandar Rendah Karbon berdasarkan “baseline” tahun 2024.





‎بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُSALA...
14/05/2026

‎بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA
SALAM MALAYSIA MADANI

Aktiviti : Kawad Mahir First Respond Life Support
Tarikh: 14/05/2026
Lokasi: Balai Bomba dan penyelamat Bentong





13/05/2026
‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSALAM J...
11/05/2026

‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

SALAM MALAYSIA MADANI

Aktiviti: Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Pili Bomba
Tarikh : 11/05/2026
Lokasi : Medan Selera Kampung Baru Bentong





‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSALAM J...
09/05/2026

‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

SALAM MALAYSIA MADANI

Sekalung tahniah kepada PBS Janda Baik (Elektriksolar) atas kejayaan menduduki Tempat Ketiga dalam cabaran Fire Obstacle bagi program Fighter For A Day Challenge 2026.

Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan pasukan, malah membuktikan bahawa semangat kerjasama, ketabahan dan kesungguhan mampu menghasilkan kejayaan yang manis.

Balai Bomba dan Penyelamat Bentong merakamkan penghargaan atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi langkah permulaan untuk lebih banyak pencapaian gemilang pada masa akan datang.

Tahniah dan teruskan kecemerlangan!





‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSALAM J...
09/05/2026

‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

SALAM MALAYSIA MADANI

Jenis Aktiviti:
📌 Mesyuarat prisma BBP Bentong bil 1/2026
📅 09 Mei 2026
📍Balai Bomba dan Penyelamat Bentong





‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSALAM J...
08/05/2026

‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

SALAM MALAYSIA MADANI

Jenis Insiden : Khidmat Khas Kemalangan Jalan Raya
Tarikh : 8 Mei 2026
Tempat :KM 44 Lebuhraya KL-Karak (Menghala KL)

Balai Bomba dan Penyelamat Bentong telah hadir ke lokasi kejadian bagi khidmat khas kemalangan jalan raya yang berlaku di KM 44 Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak menghala ke Kuala Lumpur. Kemalangan tersebut melibatkan 1X lori towing yang telah melanggar bahagian belakang 1X lori yang membawa muatan balak.

Akibat kejadian tersebut, terdapat 1X mangsa lelaki dewasa dilaporkan tersepit di dalam kenderaan. Pihak bomba telah menjalankan operasi menyelamat dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa berjaya dikeluarkan dan didapati mengalami kecederaan ringan.

Seterusnya, anggota Emergency Medical Rescue Services (EMRS) telah memberikan rawatan awal di lokasi kejadian sebelum mangsa dibawa ke Hospital Bentong menggunakan jentera EMRS untuk tindakan lanjut.

Sekian, terima kasih.





‎بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُSALA...
08/05/2026

‎بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA
SALAM MALAYSIA MADANI

Aktiviti: Ceramah Keselamatan Kebakaran, Demonstrasi Pemadaman Kebakaran Dapur serta Demonstrasi Penggunaan Alat Pemadam Api kepada warga Klinik Kesihatan Lurah Bilut
Tarikh: 08 Mei 2026
Lokasi: Klinik Kesihatan Lurah Bilut

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran berkaitan aspek keselamatan kebakaran serta tindakan awal yang perlu diambil semasa berlakunya kecemasan kebakaran.





Address

Bentong
28700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Bentong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share