PAS Kawasan Bentong

PAS Kawasan Bentong Demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian sesama manusia,bagi menegakkan syiar Islam

SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA 2026Sempena sambutan Hari Jururawat yang disambut setiap 12 Mei, PAS Kawasan Bentong mera...
12/05/2026

SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA 2026

Sempena sambutan Hari Jururawat yang disambut setiap 12 Mei, PAS Kawasan Bentong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan doa kepada seluruh barisan jururawat di Hospital Bentong, klinik kesihatan, dan seluruh Pahang yang bertungkus lumus menjaga amanah nyawa rakyat tanpa mengira penat lelah, masa dan situasi.

Kalian adalah pejuang senyap yang menjadi nadi harapan pesakit, meneladani sifat rahmah dan khidmat yang diajar Islam, selari dengan prinsip “Agama, Bangsa, Negeri, Raja” yang kami junjung. Semoga Allah SWT membalas setiap titisan peluh dan pengorbanan kalian dengan kesihatan, keberkatan rezeki dan ganjaran pahala yang berterusan. Teruskanlah berkhidmat dengan ikhlas kerana di sebalik pakaian putih itu tersemat maruah dan masa depan masyarakat Bentong.

10/05/2026
09/05/2026
SELAMAT HARI BOMBA DAN PENYELAMAT SEDUNIA 2026."Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan keberanian tuan-tuan yang...
04/05/2026

SELAMAT HARI BOMBA DAN PENYELAMAT SEDUNIA 2026.

"Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan keberanian tuan-tuan yang sentiasa bersedia berkhidmat siang dan malam demi keselamatan rakyat. Kerja bomba bukan kerja mudah, masuk ke tempat orang lari keluar, hadap asap dan api, selamatkan mangsa banjir, kemalangan, ular masuk rumah pun bomba juga yang dipanggil.

Kami sangat hargai komitmen dan semangat "Sedia Menyelamat” yang tuan-tuan tunjukkan selama ini. Semoga Allah SWT terus lindungi, beri kesihatan yang baik dan kekuatan kepada semua warga bomba dalam menjalankan tugas mulia ini. Terima kasih wira merah, khusus buat pasukan Balai Bomba Dan Penyelamat Bentong jasa anda sentiasa dalam ingatan kami."

Tuan Haji Mohd Khairudin bin Abdullah
YDP PAS KAWASAN BENTONG

BENGKEL PEMERKASAAN & PENGUKUHAN PASUKAN MEDIA PAS NEGERI PAHANG. Lajnah Penerangan PAS Negeri Pahang akan menganjurkan ...
03/05/2026

BENGKEL PEMERKASAAN & PENGUKUHAN PASUKAN MEDIA PAS NEGERI PAHANG.

Lajnah Penerangan PAS Negeri Pahang akan menganjurkan Kursus Pemerkasaan Media Pusat Khidmat ADN/MP/Bakal Calon serta Pengukuhan Pasukan Media Negeri Pahang. Program ini dijadualkan berlangsung pada 3 Mei 2026 (Ahad), bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Tarbiah Ummah Raub Al-Amin (PUTRA), Balok. Kertas kerja akan dibentangkan oleh Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Pusat bagi memastikan pengisian kursus menepati keperluan semasa dan strategi penerangan parti di peringkat nasional.

Kursus ini mensasarkan penyertaan daripada Ketua Penerangan PAS Kawasan serta empat pegawai media bagi setiap Pusat Khidmat ADN/MP/Bakal Calon yang terdiri daripada Project Manager, Fotographer/Videographer, Admin Media Sosial dan Pegawai Ads (Kewangan). Langkah ini bertujuan memperkukuh kecekapan, penyelarasan gerak kerja dan profesionalisme pasukan media dalam mendepani cabaran komunikasi semasa. Sehubungan itu, semua pihak yang tersenarai diminta memberikan komitmen penuh dan membuat pendaftaran kehadiran melalui pautan dengan kadar segera. Kerjasama dan kesungguhan semua amatlah dihargai bagi menjayakan agenda pemerkasaan jentera penerangan PAS Negeri Pahang.

Tahniah kepada team media Pelangai dan team media Ketari yang hadir menyertai bengkel. insyaAllah sama samalah kita realisasikan semua gerak kerja yang telah kita pelajari.

SELAMAT HARI PEKERJA: Memartabat Etika Kerja Berteraskan Islam Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Seja...
30/04/2026

SELAMAT HARI PEKERJA: Memartabat Etika Kerja Berteraskan Islam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

PAS Kawasan Bentong merakamkan ucapan Selamat Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga pekerja di Bentong khususnya, dan seluruh Malaysia amnya, tanpa mengira latar sektor, bangsa mahupun agama.

Hari Pekerja bukan sekadar cuti tahunan, tetapi merupakan hari untuk kita menginsafi bahawa bekerja adalah ibadah dan amanah besar daripada Allah SWT. Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidaklah seseorang memakan makanan yang lebih baik daripada hasil usaha tangannya sendiri", HR Bukhari. Justeru, kami menyanjung tinggi segala keringat, kesungguhan dan pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan dalam membangunkan ekonomi keluarga, masyarakat dan negara.

PAS Kawasan Bentong komited memperjuangkan dasar pekerjaan yang adil, berkebajikan dan berteraskan Islam. Prinsip itqan, amanah, serta keadilan dalam pembayaran upah sebagaimana pesan Nabi ﷺ "Berikanlah upah pekerja sebelum kering peluh", wajib menjadi teras kepada hubungan majikan dan pekerja. Kami bertekad memastikan kebajikan pekerja, keselamatan di tempat kerja dan peluang pekerjaan yang saksama terus dibela, selari dengan konsep Negara Berkebajikan.

Akhir kalam, semoga segala usaha tuan-tuan dan puan-puan diberkati Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang halal lagi barakah, serta dipermudahkan segala urusan. Teruslah bekerja dengan ikhlas kerana setiap amanah yang ditunaikan adalah saham menuju keredaan-Nya.

Islam Menyatukan Ummah
Pekerja Amanah, Negara Sejahtera

PAS Kawasan Bentong
1 Mei 2026 / 13 Zulkaedah 1447H

USRAH PAS KAWASAN BENTONG : TAFSIR SURAH MUHAMMAD AYAT 24 - 38Usrah berfungsi sebagai madrasah kecil yang menghidupkan s...
29/04/2026

USRAH PAS KAWASAN BENTONG : TAFSIR SURAH MUHAMMAD AYAT 24 - 38

Usrah berfungsi sebagai madrasah kecil yang menghidupkan suasana ilmu dan tarbiah dalam kumpulan yang intim. Melalui perbincangan dua hala, ahli usrah dapat mendalami al-Quran dan hadis secara langsung dengan konteks kehidupan seharian – dari isu kerjaya, rumah tangga hingga cabaran media sosial. Suasana santai tetapi fokus ini menjadikan kefahaman agama lebih melekat berbanding kuliah sehala. Lebih penting, usrah menjadi ‘charger’ iman mingguan. Apabila seorang ahli lemah, ahli lain akan menarik dan saling mengingatkan, sekali gus memastikan setiap individu kekal istiqamah dalam ibadah dan akhlak.

Selain menguatkan rohani, usrah melatih kemahiran insaniah dan membentuk jaringan sokongan yang kukuh. Setiap ahli diberi giliran memimpin halaqah, sekali gus mengasah bakat kepimpinan, komunikasi dan pengurusan masa yang relevan di tempat kerja. Dari sudut sosial, ikatan ukhuwah yang terbina menjadikan ahli usrah sebagai keluarga kedua – hadir ketika sakit, membantu ketika susah, dan menjadi benteng daripada pengaruh negatif. Dengan adanya tempat rujukan tetap untuk menapis isu semasa, usrah berperanan besar mengekalkan prinsip Islam dalam diri individu sambil membina masyarakat yang saling menjaga.

HARI INI DALAM SEJARAH https://www.facebook.com/share/p/1DpKYBMBkv/
28/04/2026

HARI INI DALAM SEJARAH
https://www.facebook.com/share/p/1DpKYBMBkv/

Beberapa momen yang sempat dirakam oleh Kameraman kami.. Tahniah kepada semua Petugas dan Penyokong. Tempoh berkempen ini kami akan kempen habis habisan..

PENYERAHAN SIJIL AHLI BARU PAS BAGI DUN PELANGAI Alhamdulillah semakin hari semakin bertambah ahli PAS yang berada dalam...
26/04/2026

PENYERAHAN SIJIL AHLI BARU PAS BAGI DUN PELANGAI

Alhamdulillah semakin hari semakin bertambah ahli PAS yang berada dalam Dun Pelangai. Ini adalah tanda positive bahawa warga Dun Pelangai semakin menerima PAS di Dun Pelangai.

Address

Bentong
28700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Bentong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share