Perpustakaan Desa Kg. Tehel, Jasin, Melaka

Perpustakaan Desa Kg. Tehel, Jasin, Melaka Menyediakan perkhidmatan pinjaman dan rujukan bahan bacaan kepada semua golongan masyarakat setempat.

31/12/2025

Kini, tahun 2025 telah pun melabuhkan tirainya.

Sepanjang tahun ini, Kementerian Perpaduan Negara telah berusaha sedaya upaya mengangkat, mewujudkan dan melaksanakan pelbagai inisiatif berpaksikan satu prinsip yang sangat dekat di hati saya “untuk komuniti, untuk semua”.

Kita semua sedar, perpaduan bukan suatu kejayaan yang mudah diukur.

Ia tidak terpapar dalam graf atau statistik.

Sebaliknya, ia hidup melalui perubahan sikap, penerapan nilai, dan interaksi tulus antara manusia dengan manusia.

Cabaran sosial sememangnya wujud, apatah lagi apabila kita berdepan dengan 10 defisit sosial utama yang menjadi realiti negara kita hari ini.

Namun, seperti yang sering saya tekankan, perpaduan itu ibarat sama seperti agama.

Ia tidak boleh dipaksa.

Ia perlu dipupuk dengan kesedaran, disemai dengan empati, dan dikuatkan melalui intervensi yang berterusan.

Pendekatan inilah yang penting untuk melahirkan rakyat yang bersatu padu dan sebuah negara yang harmoni. Kerana perpaduan adalah usaha yang berterusan. Ia tidak mempunyai tempoh atau garis penamat.

Yang ada hanyalah usaha memupuk, memupuk dan memupuk tanpa henti.

Sepanjang tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah berusaha sedaya upaya untuk merapatkan jurang sosial dalam kalangan rakyat Malaysia, di samping meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan serta warisan yang menjadi kekuatan dan jati diri negara ini.

Kini, kita berdepan cabaran baharu fragmentasi sosial, polarisasi digital, serta hakisan identiti nasional dalam era globalisasi dan media tanpa sempadan.

Melangkah ke hadapan, tahun 2026 merupakan tahun yang amat penting buat Malaysia. Tanggungjawab besar menanti bagi Kementerian Perpaduan Negara.

Kita akan menggerakkan visi baharu selari dengan RMK-13, iaitu Membina Negara Bangsa.

Negara bangsa tidak lahir dalam sekelip mata. Ia dibina daripada rasa percaya, diperkukuh oleh kasih sayang, dan dipelihara melalui kesediaan rakyat untuk saling memahami walau berbeza warna kulit, bahasa dan kepercayaan.

Kuncinya, perkongsian identiti nasional.

Kita tidak akan kehilangan identiti apabila kita bersatu. Kita tidak akan menjadi kecil apabila kita bertolak ansur. Sebaliknya, di situlah terletaknya kekuatan sebenar sebuah Malaysia apabila kepelbagaian diraikan, dan kebersamaan dijadikan asas membina masa depan.

Namun saya percaya, selagi kita memilih untuk faham sebelum menilai, menghormati sebelum membezakan, dan bersatu sebelum berpecah, maka perpaduan akan terus menjadi nadi kekuatan Malaysia.

Aspirasi negara bangsa adalah janji kepada generasi akan datang. Janji bahawa mereka akan mewarisi sebuah negara yang aman, adil dan harmoni. Sebuah Malaysia yang bukan sekadar tempat untuk hidup, tetapi tempat untuk merasa dimiliki.

Dan inilah amanah yang akan terus kita pikul dengan hati yang jujur, langkah yang konsisten, dan harapan yang tidak pernah padam.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Kementerian Perpaduan Negara dan jabatan dibawahnya. Ada hari yang panjang. Ada keputusan yang sukar. Ada pengorbanan masa bersama keluarga. Namun saudara dan saudari tetap memilih untuk hadir, bekerja dengan penuh integriti, dan berkhidmat dengan hati yang tulus demi rakyat dan negara.

Terima Kasih 2025!

𝑷𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑰𝒏𝒊Perkongsian daripada  Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
30/12/2025

𝑷𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑰𝒏𝒊

Perkongsian daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia




🔍💡 Tahukah anda?Portal e-LMM merangkumi 7 modul utama Literasi Media dan Maklumat, bermula daripada mengenal pasti keper...
30/12/2025

🔍💡 Tahukah anda?
Portal e-LMM merangkumi 7 modul utama Literasi Media dan Maklumat, bermula daripada mengenal pasti keperluan maklumat sehinggalah penciptaan pengetahuan.

Modul disusun secara sistematik bagi membentuk masyarakat yang celik, kritis dan beretika dalam pengurusan maklumat.

📲 Akses modul e-LMM di: https://elmm.pnm.gov.my

30/12/2025

Dalam keluarga, kita semua diuji dengan cara yang berbeza. Sebab itu jangan sesekali bermusuh, merajuk lama-lama, atau menyimpan dendam.

Kadang-kadang kita tak tahu adik-beradik yang kita marah itu sebenarnya paling banyak luka.
Kadang-kadang yang kita salah faham itulah yang paling banyak memendam.
Kadang-kadang yang kita rasa tak berguna itulah yang paling banyak berdoa untuk keluarga.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu sertabertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

Air yang dicincang takkan putus…
Tapi kata-kata tajam dan hati keras boleh buat keluarga retak.
Sebab itu Allah suruh kita jaga hubungan sesama saudara.

Jangan pilih kasih.
Jangan tinggalkan yang lemah.
Jangan sakiti hati yang sudah banyak kali terluka.

Kerana bila ibu ayah tiada nanti,
yang tinggal hanyalah kita , adik-beradik.

-----------------------------------------------------------
🔴Ikuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : https://www.facebook.com/jheainsofficial
𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 : https://www.instagram.com/jheains.official
𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 : https://www.tiktok.com/
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 : https://www.youtube.com/
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 : https://jheains.ns.gov.my/





💻 Aktiviti Maya 💻Christmas Maze
27/12/2025

💻 Aktiviti Maya 💻

Christmas Maze



𝗞𝗔𝗣𝗦𝗨𝗟 𝗠𝗜𝗠𝗕𝗔𝗥 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗝𝗨𝗞 : "𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 : 𝗠𝗔𝗡𝗙𝗔𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔" 𝟮𝟲 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱𝗠 / 𝟱 𝗥𝗘𝗝𝗔𝗕 𝟭...
26/12/2025

𝗞𝗔𝗣𝗦𝗨𝗟 𝗠𝗜𝗠𝗕𝗔𝗥 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗝𝗨𝗞 : "𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 : 𝗠𝗔𝗡𝗙𝗔𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔"
𝟮𝟲 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱𝗠 / 𝟱 𝗥𝗘𝗝𝗔𝗕 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛

Sentiasa Istiqomah Dengan Amalan. Akhirat Destinasi Tujuan. Syurga Jadi Idaman.

"Membangun Ummah MADANI"

Diterbitkan Oleh:
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Melaka

Perkongsian daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)

Cakna Jawi Siri 12/2015Teruskan bersama kami memartabatkan tulisan Jawi dan memperkaya khazanah bahasa.                 ...
26/12/2025

Cakna Jawi Siri 12/2015

Teruskan bersama kami memartabatkan tulisan Jawi dan memperkaya khazanah bahasa.




Jumaat datang setiap minggu, tetapi belum tentu kita bertemu Jumaat yang seterusnya. Hidupkan Jumaat ini dengan amal, bu...
26/12/2025

Jumaat datang setiap minggu, tetapi belum tentu kita bertemu Jumaat yang seterusnya. Hidupkan Jumaat ini dengan amal, bukan alasan.

Jom amalkan 3S Hari Jumaat :
✨ Selawat kepada Nabi SAW
💰 Sedekah walau sedikit
📖 Surah al-Kahfi jangan dilupa

Jangan biarkan Jumaat kita kosong daripada amal, kerana hari inilah peluang keampunan dan keberkatan.

Pesanan Ikhlas:
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Melaka

Perkongsian daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)

💻 Aktiviti Maya 💻Kuiz Pelancongan
26/12/2025

💻 Aktiviti Maya 💻

Kuiz Pelancongan



Jangan remehkan sedekah. 🤲Ia bukan sekadar memberi,tetapi penebus dosa dan pelindung daripada azab.Sedekah membuka pintu...
26/12/2025

Jangan remehkan sedekah. 🤲
Ia bukan sekadar memberi,
tetapi penebus dosa dan pelindung daripada azab.
Sedekah membuka pintu rahmat,
menutup keaiban dan meringankan beban seorang hamba. 🌿
Mulakan walau sedikit,
kerana Allah melihat keikhlasan.


Salam Jumaat 🌙Orang yang benar-benar hebat ialah mereka yang tetap tabah menghadapi ujian, walaupun kelihatan tenang di ...
26/12/2025

Salam Jumaat 🌙

Orang yang benar-benar hebat ialah mereka yang tetap tabah menghadapi ujian, walaupun kelihatan tenang di mata orang lain. Semoga hari Jumaat ini menjadi ruang untuk kita memperkukuh iman, memperbanyak doa dan saling mendoakan kebaikan.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan hati sentiasa diberi ketenangan.





20/12/2025

Address

Bemban
77200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kg. Tehel, Jasin, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Desa Kg. Tehel, Jasin, Melaka:

Share

Category