Unit Pemakanan, Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran

Unit Pemakanan, Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran eat to stay healthy, and not forget to stay active everyday

Jagung bukan sayur.
11/09/2026

Jagung bukan sayur.

๐ŸŒฝ JAGUNG BUKAN SAYUR! ๐Ÿ‘€

Ramai yang ingat jagung dikira sayurโ€ฆ sebenarnya jagung tergolong dalam kumpulan nasi, bijirin lain, produk makanan berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian. ๐ŸŒฝ๐Ÿš

Jagung ialah sejenis bijirin penuh dan sumber karbohidrat. Malah, ia turut mengandungi serat, vitamin, mineral dan fitokimia. ๐Ÿ’›

๐Ÿ‘‰ Tahukah anda?
๐ŸŒฝ 1 tongkol jagung โ‰ˆ 2 senduk nasi

Jadi, kalau makan jagung sebagai sumber karbohidrat, ambil kira ia dalam hidangan utama dan seimbangkan dengan lauk berprotein serta sayur-sayuran. ๐Ÿฅ—๐ŸŸ

Jagung tetap boleh jadi pilihan yang sihat - yang penting, tahu ia dalam kumpulan makanan yang mana! ๐Ÿ˜‰

11/09/2026

Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia diperingati setiap tahun bagi memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pencegahan serta keperluan menyediakan sokongan yang berterusan kepada individu yang memerlukan.

Bertemakan โ€œUbah Tanggapan, Bina Harapanโ€, ia menekankan kepentingan mengubah persepsi terhadap isu kesihatan mental, menghapuskan stigma serta meningkatkan kefahaman masyarakat.

Marilah kita memainkan peranan dalam membina persekitaran yang kondusif, selamat dan menyokong agar setiap individu berasa dihargai serta mempunyai akses kepada bantuan yang bersesuaian.

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

11/09/2026

๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐„๐‘๐“๐€๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐•๐ˆ๐ƒ๐„๐Ž ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐… "๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐ˆ๐“๐€"

โœ… Anda s**a ambil video, edit dan kongsi di media sosial Tik Tok?
โœ… Anda s**a berjoging, menyertai larian Marathon, memasak, hiking, beriadah, membersihkan halaman rumah, berkebun dan lain-lain aktiviti sihat?

Anda adalah yang kami cari!

Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran menjemput orang ramai untuk menyertai Pertandingan Video Kreatif โ€œSihat Itu Kitaโ€ sempena Program Jelajah ANMS Sempena Sambutan BMSS Peringkat Daerah Beluran Tahun 2026.

๐Ÿ“Œ Syarat Penyertaan :

1. Hasilkan sebuah video kreatif apakah yang anda lakukan untuk membudayakan hidup sihat berdasarkan salah satu tema yang diberi.
2. Durasi video tidak boleh melebihi 3 minit dan tiada limit penyertaan.
3. Video akan dinilai berdasarkan kreativiti dan menyerlahkan mesej โ€œPembudayaan Hidup Sihatโ€.
4. Muatnaik video anda di akaun Tik Tok peribadi, tag & dan kongsikan pautan (link) video di dalam borang penyertaan.

๐Ÿ† Hadiah Pemenang :
๐Ÿฅ‡ Tempat Pertama โ€“ Hamper bernilai RM 100.00
๐Ÿฅˆ Tempat Kedua โ€“ Hamper bernilai RM 70.00
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ Hamper bernilai RM 50.00
๐Ÿ“… Tarikh tutup penyertaan : 21 September 2026

Borang Penyertaan :
https://forms.gle/HcQVFngM4LmE2GkPA

Jom serlahkan kreativiti anda! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ˜






11/09/2026

๐Ÿ“ธ ๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐„๐‘๐“๐€๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐†๐€๐Œ๐๐€๐‘ ๐ˆ๐๐’๐๐ˆ๐‘๐€๐’๐ˆ โ€œ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐ˆ๐“๐” ๐’๐€๐˜๐€โ€ ๐Ÿ“ธ

โœ… Anda selalu melakukan aktiviti yang sihat?
โœ… Anda selalu ambil gambar dan s**a berkongsi di media sosial?

Apa tunggu lagi, inilah peluang anda!

Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran menjemput orang ramai untuk menyertai Pertandingan Gambar Inspirasi โ€œSihat Itu Sayaโ€ sempena Program Jelajah ANMS Sempena Sambutan BMSS Peringkat Daerah Beluran Tahun 2026.

๐Ÿ“Œ Syarat Penyertaan :

- Hantar 5 gambar anda melakukan aktiviti membudayakan hidup sihat melalui Kod QR borang penyertaan google form.
- Sertakan slogan tidak lebih 20 patah perkataan โ€œSaya melakukan aktiviti ini kerana .....โ€
- Penganjur berhak untuk menyiarkan gambar anda di Facebook Rasmi Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran untuk tujuan undian.
- Keputusan adalah muktamad. Gambar dengan jumlah Likes Terbanyak akan diumumkan sebagai pemenang.

๐Ÿ† Hadiah Pemenang :
๐Ÿฅ‡ Tempat Pertama โ€“ Hamper bernilai RM 100.00
๐Ÿฅˆ Tempat Kedua โ€“ Hamper bernilai RM 70.00
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ Hamper bernilai RM 50.00

๐Ÿ“… Tarikh tutup penyertaan : 21 September 2026
๐Ÿ“… Tempoh undian : 22โ€“25 September 2026

Borang Penyertaan :
https://forms.gle/vZvfmYHvzLZaLQhh8

Jom kongsikan aktiviti gaya hidup sihat anda! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ˜






28/08/2026
26/08/2026

Minum air kosong diutamakanโœ…๏ธ

๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿณ Salam sejahtera semua, Nutritionist Sabah Kembali lagi dengan Latihan Katering Sihat dihoskan oleh Pusat Maklumat P...
26/08/2026

๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿณ Salam sejahtera semua, Nutritionist Sabah Kembali lagi dengan Latihan Katering Sihat dihoskan oleh Pusat Maklumat Pemakanan Papar pada ketetapan berikut:

๐Ÿ—“๏ธ 28 Ogos 2026 (Jumaat)
โฐ 2.30 petang
๐Ÿ“ Facebook Live โ€“ Nutritionist Sabah

Latihan Katering Sihat (LKS), adalah latihan yang disasarkan kepada pengendali makanan di semua premis makanan dengan tujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran pengendali makanan mengenai penyediaan hidangan yang sihat dan selamat.

๐Ÿ–‹๏ธKlik pautan berikut untuk daftar
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdMtSO0-RFCREvLRXe9EuSTwZT-csTtLCLMBEB26qwgbvK53w/viewform

๐Ÿ“ฃ Penyertaan adalah PERCUMA dan Sijil Elektronik disediakan.

๐ŸŽ‰๐‘จ๐‘ต๐‘ซ๐‘จ ๐‘ฒ๐‘น๐‘ฌ๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ญ? ๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐‘จ๐‘ต๐‘ซ๐‘จ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘บ๐‘ฌ๐‘ด๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ป? ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ผ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘จ๐‘ต๐‘ซ๐‘จ! ๐ŸŒŸ๐‘ฑ๐’๐’Ž ๐’”๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’Š ๐’‘๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’๐’…๐’Š๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’‚๐’Ž๐’Š ๐’…๐’‚๐’ ๐’‹๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’๐’†๐’‘๐’‚๐’”๐’Œ๐’‚๐’ ๐’‘๐’†๐’๐’–๐’‚๐’๐’ˆ ๐’–๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐’Ž๐’†๐’...
13/07/2026

๐ŸŽ‰๐‘จ๐‘ต๐‘ซ๐‘จ ๐‘ฒ๐‘น๐‘ฌ๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ญ?
๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐‘จ๐‘ต๐‘ซ๐‘จ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘บ๐‘ฌ๐‘ด๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ป?

๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ผ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘จ๐‘ต๐‘ซ๐‘จ! ๐ŸŒŸ

๐‘ฑ๐’๐’Ž ๐’”๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’Š ๐’‘๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’๐’…๐’Š๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’‚๐’Ž๐’Š ๐’…๐’‚๐’ ๐’‹๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’๐’†๐’‘๐’‚๐’”๐’Œ๐’‚๐’ ๐’‘๐’†๐’๐’–๐’‚๐’๐’ˆ ๐’–๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐’Ž๐’†๐’๐’‚๐’๐’ˆ๐’Š ๐’‰๐’‚๐’…๐’Š๐’‚๐’‰ ๐’Ž๐’†๐’๐’‚๐’“๐’Š๐’Œ!๐Ÿ†๐Ÿ…

๐‘ป๐’†๐’“๐’ƒ๐’–๐’Œ๐’‚ ๐’Œ๐’†๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’”๐’†๐’Ž๐’–๐’‚ ๐’‚๐’‰๐’๐’Š ๐‘ฒ๐’–๐’Ž๐’‘๐’–๐’๐’‚๐’ ๐‘บ๐’๐’Œ๐’๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’๐’š๐’–๐’”๐’–๐’‚๐’ ๐‘บ๐’–๐’”๐’– ๐‘ฐ๐’ƒ๐’– (๐‘จ๐‘ฒ๐‘บ๐‘บ๐‘ฐ) ๐’…๐’‚๐’ ๐’Œ๐’๐’Ž๐’–๐’๐’Š๐’•๐’Š ๐’…๐’Š ๐’”๐’†๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚๐’“ ๐‘ฉ๐’†๐’๐’–๐’“๐’‚๐’, ๐‘ป๐’†๐’๐’–๐’‘๐’Š๐’… ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ท๐’‚๐’Š๐’•๐’‚๐’.

๐‘ป๐’‚๐’“๐’Š๐’Œ๐’‰ ๐’•๐’–๐’•๐’–๐’‘: 22 ๐‘ถ๐’ˆ๐’๐’” 2026

๐Ÿฉต๐‘บ๐’†๐’•๐’Š๐’‚๐’‘ ๐’‘๐’†๐’๐’š๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’‚๐’ ๐’Ž๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’˜๐’‚ ๐’Ž๐’†๐’”๐’†๐’‹ ๐’”๐’๐’Œ๐’๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’†๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’‘๐’†๐’๐’š๐’–๐’”๐’–๐’‚๐’ ๐’”๐’–๐’”๐’– ๐’Š๐’ƒ๐’– ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’”๐’Š๐’‰๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐’Š๐’ƒ๐’– ๐’”๐’†๐’“๐’•๐’‚ ๐’‚๐’๐’‚๐’Œ.
๐Ÿคฑ๐Ÿป๐Ÿ’ž

๐‘ฑ๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’•๐’–๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’– ๐’”๐’‚๐’‚๐’• ๐’‚๐’Œ๐’‰๐’Š๐’“.

๐‘ซ๐’‚๐’‡๐’•๐’‚๐’“ ๐’‰๐’‚๐’“๐’Š ๐’Š๐’๐’Š! ๐Ÿซต๐Ÿป








22/02/2026

Kardio perut kosong, waktu emas jam 6 petang untuk bakar lemak organ secara ekstrem.

Ramai yang mengeluh saiz pinggang makin bertambah walaupun puasa sebulan penuh. Sebenarnya ada satu rahsia biologi atau waktu emas yang selalu kita terlepas pandang. Waktu ini adalah peluang terbaik untuk memusnahkan lemak degil yang bersarang di sekitar organ dalaman atau perut anda.

Waktu tersebut adalah sekitar 45 minit sebelum waktu berbuka puasa.

Mari kita fahami apa yang berlaku pada anatomi badan jika anda bersenam pada waktu emas ini.

1. Tangki gula sudah kosong sepenuhnya.
Selepas berbelas jam berpuasa, simpanan gula atau glikogen dalam hati dan otot kita sudah habis digunakan. Apabila anda mula bersenam pada waktu ini, badan akan mengalami krisis tenaga sementara. Ia tiada pilihan lain selain terpaksa mencari sumber tenaga sandaran yang lain.

2. Sasaran utama adalah lemak organ dalaman.
Sumber tenaga sandaran yang paling banyak dalam badan kita adalah lemak organ atau visceral fat. Proses yang dipanggil fasted cardio ini akan memaksa badan membakar lemak degil 20 peratus lebih banyak berbanding jika anda bersenam pada waktu pagi atau selepas makan malam. Inilah proses paling ekstrem untuk kempiskan perut.

3. Senaman ringan sudah memadai.
Anda tidak perlu angkat besi atau berlari pecut. Memandangkan badan kurang air, cukuplah sekadar jalan laju, mengayuh basikal secara santai, atau berkebun di halaman rumah selama 30 minit. Senaman yang terlalu berat berisiko menyebabkan sel otot terurai dan mengundang dehidrasi teruk.

4. Jangan rosakkan fasa pembakaran waktu berbuka.
Proses pembakaran lemak ini masih berjalan walaupun anda sedang berehat menanti azan. Kesilapan besar berlaku bila azan berbunyi, anda terus teguk air balang manis. Kejutan gula yang mendadak akan merembeskan insulin tahap tinggi dan mematikan terus enjin pembakaran lemak tadi.

Gunakan sebulan ini untuk perbaharui sistem metabolisme badan. Bersenam sedikit pada waktu petang jauh lebih baik daripada tidur meniarap di depan televisyen menunggu azan.

Bantu kongsikan fakta biologi ini supaya keluarga dan rakan anda tahu cara sebenar untuk kempiskan perut pada bulan Ramadan ini.

17/11/2025

๐Ÿฅ›โœจ 6 Manfaat Hebat Susu & Produk Tenusu!

Tahukah anda, susu bukan sekadar minuman biasa? Susu dan produk tenusu seperti yogurt & keju mengandungi pelbagai khasiat penting:

โœ… Probiotik dalam yogurt bantu keseimbangan kesihatan usus ๐Ÿฆ 
โœ… IGF-1 (hormon tumbesaran) menyokong tumbesaran kanak-kanak & remaja ๐Ÿ“ˆ
โœ… Rendah risiko berat badan berlebihan & obesiti โš–
โœ… Tryptophan & melatonin membantu kualiti tidur yang lebih baik ๐Ÿ˜ด
โœ… Mencegah kerosakan & kehilangan gigi ๐Ÿฆท
โœ… Kalsium membantu metabolisme lemak & kawal selera makan ๐Ÿ’ช

๐ŸŒŸ Keperluan pengambilan susu mengikut umur:
๐Ÿ‘ง Kanak-kanak bawah 9 tahun โžก 2 gelas sehari (500 ml)
๐Ÿง‘ Remaja 10โ€“18 tahun โžก 2โ€“3 gelas sehari (500โ€“750 ml)

Jadikan susu sebahagian daripada diet harian untuk tulang kuat, tumbesaran sihat & bertenaga sepanjang hari! ๐Ÿ’™

Address

Jalan Jkr
Beluran
90107

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pemakanan, Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share