CDO - UPPM DUN N.48 Sugut

CDO - UPPM DUN N.48 Sugut Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from CDO - UPPM DUN N.48 Sugut, Government Official, Beluran.

18 Julai 2025 | Jumaat.Saya berbesar hati memenuhi jemputan Tuan Pangojil Ompolog melawat jalan Kampung dan kebun sawit ...
18/07/2025

18 Julai 2025 | Jumaat.
Saya berbesar hati memenuhi jemputan Tuan Pangojil Ompolog melawat jalan Kampung dan kebun sawit penduduk Kg Tangkasoi. Selepas melawat saya berkunjung kepada Tuan Bansiau Mantan Ketua Kampung semasa era pemerintahan PBS. Beliau ini salah seorang diantara pemimpin IDOL saya.

Sebelum bergerak ke Kg Tangkasoi. Sekitar jam 10:00am saya dengan ditemani Tuan Roseland Taip PKhas CDO saya. Kami berkesempatan menyaksikan kejohanan bola tampar bersama-sama dengan Tuan Martin Mais Ketua Kampung, Tuan Johari Okoh Pengerusi JKKK Kg Tagupih dan rakan-rakan. Kejohanan diadakan di gelanggang bola tampar di Kg Tagupih Baru, di LOT hutan simpan dibubarkan.

Bercerita sikit tentang gelanggang bola tampar dan sepak takraw Kg Tagupih Baru. Sewaktu saya sedang menunggu Watikah Pelantikan CDO pada tahun 2021. Dengan penuh yakin dan percaya Tuan Johari Okoh lah Pengerusi JKKK yang pertama menjemput saya, melawat tapak-tapak cadangan pembangunan di Kg Tagupih Baru ini. Tuan Johari Okoh jugalah Pengerusi JKKK yang pertama memohon peruntukan projek kepada YB Datuk James Ratib melalui saya pada waktu itu. Benarlah rezeki TUHAN tidak pernah salah alamat..dan, inilah gelanggang bola tampar dan sepak takraw yang pertama dibina di dalam kawasan LOT hutan simpan dibubarkan.

Apabila kita tekad berusaha bersungguh-sungguh bikin sampai jadi buat sampai siap. Tiada yang mustahil semua pasti ON dan OKEY dengan IZIN TUHAN☝️.

Assalamualaikum WBT Dan Salam Sejahtera.Saya (Admin) selaku CDO - UPPM DUN N.48 Sugut ingin merespon lawatan dsrk ke Kg ...
18/06/2025

Assalamualaikum WBT Dan Salam Sejahtera.
Saya (Admin) selaku CDO - UPPM DUN N.48 Sugut ingin merespon lawatan dsrk ke Kg Babagu Jambongan tetapi bukan menafikan tujuan lawatan dia. Dsrk selaku mp beluran walaupun dia di blok PEMBANGKANG dia ada hak melawat ke Kampung-kampung dalam kawasan dia, kita tau itu. Meskipun agak menghairankan jugalah sekian lama macam bertapa di gua time mendekat mau bubar baaaru tunjuk muka batang hidung jumpa-jumpa Rakyat hanya sekadar mendengar masalah Rakyat sahaja.

Kg Babagu diantara 7 buah Kampung dalam Mukim Jambongan kawasan DUN Sugut adalah termasuk dalam kawasan hutan simpan. Alhamdulillah, melalui usaha YB Datuk James Ratib (YBM DJR) dan Kerajaan serta pihak-pihak terbabit maka semua Kampung yang termasuk dalam kawasan hutan simpan di kawasan DUN Sugut termasuk Kg Babagu, telah dikeluarkan dari hutan simpan. Walaupun proses pengeluaran Kg Babagu belum selesai secara total oleh pihak Jabatan Perhutanan, tetapi lambat atau cepat Kg Babagu tetap dikeluarkan dari hutan simpan.

Diantara inisiatif YBM DJR dalam usaha mengeluarkan 7 buah Kampung dalam Mukim Jambongan dari hutan simpan khususnya Kg Babagu, adalah :-
1. Membawa Pemimpin dan Wakil penduduk di 7 buah Kampung tersebut bermesyuarat dengan Pengarah Jabatan Perhutanan di bilik mesyuarat Pejabat Perhutanan Sandakan.
2. Mengujudkan Kuota Baru Jawatan Ketua Kampung dan JKKK di 4 daripada 7 buah kampung tersebut iaitu Kg Babagu, Kg Cahaya Baru, Kg Tawakkal dan Kg Mamahat. Ini salah satu antara SEJARAH dicipta YBM DJR yang mungkin belum pernah dilakukan oleh Pemimpin lain di Sugut.
3. YBM DJR telah meluluskan peruntukan projek naiktaraf jambatan kayu Kg Babagu ke jambatan Konkrit.
4. Pelbagai bentuk bantuan diterima oleh beberapa penduduk Kg Babagu melalui usaha dan sokongan YBM DJR seperti bantuan daripada Kebajikan Daerah Paitan..termasuk, pelbagai sumbangan melalui inisiatif YBM DJR seperti kos perubatan di hospital dan sebagainya.

Melalui Peruntukan Khas CDO Sugut yang diperuntukkan oleh YBM DJR selaku ADUN Sugut daripada atau melalui peruntukan kerajaan ke ADUN Sugut. Saya selaku CDO Sugut telah mencadangkan kelulusan permohonan projek, iaitu ;-
1. Membina Baru Gelanggang Sepak Takraw.
2. Membina Baru Jety.
Selepas mesyuarat dengan Pengarah Jabatan Perhutanan, saya datang ke Kg Babagu membawa beberapa penduduk Kg Babagu mengadakan mesyuarat Pembentukan Ahli Jawatankuasa BERTINDAK Pengeluaran Kampung Dari Hutan Simpan. Mesyuarat saya adakan di rumah Ayah kepada Tuan Lamri Ayok yang saya lantik sebagai PKhas CDO pada masa itu. Ini diantara usaha terkecil saya.

Bukanlah niat saya membangga-banggakan usaha YBM DJR selaku ADUN Sugut san saya selaku CDO Sugut lalu membanding-bandingkan dengan dsrk. Sudah pasti ada jugalah sumbangan dsrk biarpun siiikit kepada beberapa penduduk Kg Babagu khususnya pengerusi penganjur program lawatan dsrk ke sana, kan..?. Dsrk kasi peruntukan kepada penganjur untuk pelaksanaan program lawatan dia mendengar masalah Rakyat di Kg Babagu itu juga salah satu sumbangan buat program, betulkan..?.

Saya menyarankan supaya lain kali kalau dsrk posting di FB janganlah bah hanya tajuk MENDENGAR MASALAH RAKYAT saja. Kasi serta juga apa masalah di dengari itu..?. Seterusnya apa p**a inisiatif atau sekurang-kurangnya dsrk selaku mp PEMBANGKANG kasilah bah cadangan macam mana menyelesaikan masalah yang di dengari itu..?. Kalau sekadar ayat gantung dihidangkan itu seolah tidak ikhlas mendengari masalah macam hanya gimik politik drama senetron berepisod time mendekat bubar, meminta perhatian Pengundi semata-mata, ngamkah..?

9 Jun 2025 | Isnin | Kg Sungai-Sungai Sugut, Daerah Paitan.Saya berbesar hati memenuhi jemputan dan sebagai mewakili kep...
09/06/2025

9 Jun 2025 | Isnin | Kg Sungai-Sungai Sugut, Daerah Paitan.
Saya berbesar hati memenuhi jemputan dan sebagai mewakili kepada YB Datuk James Ratib ke Lawatan Kerja Dan Naziran Ketua Balai Bomba Beluran Ke Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kg Sungai-Sungai Sugut, bertempat di rumah Puan Rinah Binti Doing Ketua Pergerakan Wanita Bahagian PGRS N.48 Sugut yang juga selaku Pengerusi PBS Kg Sungai-Sungai Sugut.

PBS Kg Sungai-Sungai Sugut Ditubuhkan oleh Puan Rinah pada tahun 2019, merupakan PBS ketiga di Daerah Beluran selepas penubuhan PBS Kg Kolapis dan Kg Keniogan.

Syabas dan tahniah Puan Rinah. Walaupun menghadapi pelbagai kesulitan, cabaran, rintangan sejak dari mula-mula menubuhkan PBS ini hingga pada masa ini. Tidak sedikitpun mematahkan semangat Puan Rinah dari terus mengaktifkan PBS malahan melakukan lagi penambahbaikan PBS tersebut.

~ Admin ~
Abdul Kadir Cdo

31 Januari 2025 (Jumaat)Sebelah pagi sebelum Solat Jumaat, saya bersama PKhas CDO saya Tuan Roseland Taip memenuhi jempu...
31/01/2025

31 Januari 2025 (Jumaat)
Sebelah pagi sebelum Solat Jumaat, saya bersama PKhas CDO saya Tuan Roseland Taip memenuhi jemputan ke Majlis Perkahwinan anak buah kami di Bukit Perumahan Sungai-Sungai Sugut.

Selepas menunaikan Solat Jumaat berkesempatan melawat mangsa terjejas banjir di PPS Kg Sungai-Sungai Sugut. Kemudian meninjau keadaan air di salah satu kawasan jalan Kg Sungai-Sungai Sugut digelar "Jalan Putus" yang ditenggelami air pada kelmarin, 30 januari 2025.

Walaupun cuaca hujan, banjir melanda beberapa buah Kampung di sekitar DUN Sugut termasuk Kampung saya. Alhamdulillah, ALLAH SWT mempermudahkan urusan.

~ Admin ~
Abdul Kadir Cdo


6 Disember 2024 (Jumaat).Bersama Kepimpinan dan penduduk Kampung memenuhi perjumpaan diketuai oleh Puan Hjh Rosnah Haji ...
06/12/2024

6 Disember 2024 (Jumaat).
Bersama Kepimpinan dan penduduk Kampung memenuhi perjumpaan diketuai oleh Puan Hjh Rosnah Haji Anging Ketua Kampung Kg Sungai-Sungai Sugut, melakukan kerja-kerja akhir persediaan Pengukuran PANTAS. Mesyuarat diadakan di rumah Puan Azlinah Belun Pengerusi JKKK, jam 8:00am.

Selepas Sholat Jumaat, jam 2:00pm saya mempengerusikan Mesyuarat bersama Pemimpin setempat dari tiga buah Kampung iaitu Kg Munungan, Kg Agad dan Kg Pulau. Mesyuarat diadakan di rumah Tuan Tamu Asang Ketua Kampung Kg Munungan, dihadiri oleh beberapa Pemimpin Mukim Sungai-Sungai. Diantara agenda Mesyuarat saya bagi pihak UPPM N.48 Sugut memberi penerangan tentang Solar Hibrid disamping mendengar permasalahan penduduk Kampung.

Terima kasih diatas komitmen dan kerjasama Tuan Tamu Asang, Tuan Saimin MD Salleh Wajah Kesayangan Hamba mantan Pengerusi JKKK dan penduduk Kg Munungan yang hadir. Tuan Asip Bangku Ketua Kampung bersama Tuan Amban Kuyong Pengerusi JKKK juga mewakili penduduk Kg Agad. Tuan Robin Anglit Ketua Cawangan PGRS juga mewakili penduduk Kg Pulau. Terima kasih diatas kehadiran YBhg Tuan Jalang Agak Ketua Anak Negeri (KAN) N.48 Sugut, Tuan Imam Muda Abdul Malik Kifli Imam Kariah Kg Binsulong merangkap Jawatankuasa Badan Dakwah DUN Sugut, YDP PIBG SK Sungai-Sungai Sugut dan Pengerusi Ahli Penal Penasihat Klinik Kesihatan Sungai-Sungai dan Tuan Sarjan Rosminy Miny Anggota Polis merangkap Pengerusi Masjid Al-Jannatul Firdaus dan Timbalan YDP PIBG SK Sungai-Sungai Sugut.

"Saya Tidaklah Terbaik, Tetapi Saya Dikelilingi Orang Yang BAIK-BAIK"





28 November 2024 | Jam 9:30am | Kg Sungai-Sungai Sugut.Saya dengan di iringi Puan Azlinah Belun Pengerusi JKKK Kg Sungai...
28/11/2024

28 November 2024 | Jam 9:30am | Kg Sungai-Sungai Sugut.
Saya dengan di iringi Puan Azlinah Belun Pengerusi JKKK Kg Sungai-Sungai Sugut dan Saudara Lamri Ayok PKhas CDO saya yang juga Pengerusi JKKK Kg Semangat Jambongan. Melawat rumah Saudara Yusri Adnan yang roboh terhempap sepohon pokok mangga yang tumbang oleh angin kencang pada 24 november 2024. Kebetulan pada hari ini juga anggota JPAM Paitan tiba melakukan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok mangga yang tumbang itu. Saya amat sedih dengan keadaan ini, syukurlah tiada kemalangan jiwa.

Dalam perbualan dengan Puan Pengerusi JKKK dan Saudara Yusri Adnan. Saya menerima penerangan tentang urusan yang telah dan akan dilakukan oleh Puan Pengerusi JKKK. Saya yakin dan percaya Kerajaan dapat mempertimbangkan memberi peruntukan SMJ kepada Saudara Yusri Adnan menggantikan rumahnya yang roboh tidak boleh didiami lagi.

Tahniah dan terbaik diatas komitmen Puan Pengerusi JKKK, kerja-kerja anggota JPAM membersihkan pokok mangga yang tumbang itu dan Kebajikan yang telah menyalurkan bantuan kepada Saudara Yusri Adnan baru-baru ini. Alhamdulillah, selepas lawatan saya menyampaikan sumbangan peribadi saya kepada Saudara Yusri Adnan. Mudah-mudahan sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban tanggungan.





24 Julai 2024 | Kg Sungai-Sungai Sugut.YBhg Tuan Abdul Kadir Cdo CDO UPPM DUN merangkap Setiausaha Bahagian PGRS N.48 Su...
24/07/2024

24 Julai 2024 | Kg Sungai-Sungai Sugut.
YBhg Tuan Abdul Kadir Cdo CDO UPPM DUN merangkap Setiausaha Bahagian PGRS N.48 Sugut bersama Pemimpin dan orang ramai menyaksikan Kejohanan Olahraga Sukan Sekolah ZON Sugut (MSSZ) 2024, di padang SK Sungai-Sungai Sugut.

MSSZ berlangsung masuk hari ke-2 hari ini. Acara penutupan pada 25hb julai yang bakal disempurnakan oleh YB Datuk James Ratib Menteri KPMKR merangkap ADUN dan Ketua Bahagian PGRS N.48 Sugut.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada Penganjur, Pengurus dan Ketua Pasukan, Guru-Guru dan para peserta.




Tuan Abdul Kadir Cdo UPPM DUN N.48 Sugut memenuhi jemputan Tuan Jos Mongigup Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) N.48 Sugut M...
29/05/2024

Tuan Abdul Kadir Cdo UPPM DUN N.48 Sugut memenuhi jemputan Tuan Jos Mongigup Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) N.48 Sugut Mukim Tangkarason, ke majlis penyerahan borang pemasangan meter elektrik kepada Tuan Alex Kontraktor SESB Beluran oleh 21 orang Penduduk Kg Tangkarason diketuai Tuan Jos, pada 28/5/2024 bertempat di rumah Tuan Laitin. Selepas acara penyerahan borang Tuan Jos menyampaikan borang permohonan penduduk Kg Tangkarason pemasangan 5 batang tiang elektrik untuk keperluan penduduk yang belum dipasangkan meter elektrik.

Dalam majlis itu juga Tuan CDO yang juga selaku Setiausaha Bahagian PGRS N.48 Sugut menerima borang penambahan Ahli PGRS daripada Tuan Jos yang juga selaku Ketua Cawangan PGRS Kg Permata Paitan. Manakala Puan Rinah Doing Ketua Pergerakan Wanita Bahagian PGRS N.48 Sugut berkesempatan beramah mesra dengan Ahli2 Wanita Cawangan PGRS Sugut ZON Tangkarason.

Selesai majlis tersebut Tuan CDO bersama rombongannya Puan Rinah Doing, Tuan Lamri Ayok Pengerusi JKKK merangkap Ketua Cawangan PGRS Kg Semangat dan PKhas CDO, Puan Narmah Indap Isteri Tuan CDO dengan di iringi oleh Tuan Molundim Maginjoh AJK Bahagian PGRS N.48 Sugut, meninjau ke tapak pembinaan bangunan baru Klinik Kesihatan Tangkarason. Tuan CDO berkesempatan bertemu bual dengan Tuan Kassim Ketua pekerja Kontrak membina bangunan Klinik Kesihatan Tangkarason. Dalam pertemuan itu Tuan Kassim memberikan penerangan ringkas kepada tuan CDO dan rombongan tentang perkembangan kerja-kerja pembinaan bangunan Klinik Kesihatan tersebut.

Sebelum p**ang Tuan CDO santai kopi-kopi Kaamatan bersama penduduk kampung di rumah Tuan Laitin. Salah seorang penduduk kampung bertanya kepada Tuan CDO tentang satu kenyataan seorang individu di FB berkaitan Kebakaran hutan di Tangkarason dan beberapa buah Kampung sekitarnya terjejas oleh kebakaran hutan tersebut baru-baru ini. "Sejurus berlakunya kebakaran hutan tersebut pihak Pejabat Daerah Kecil Paitan dan UPPM DUN N.48 Sugut sudah bertindak seperti membuat laporan kepada pihak berwajib iaitu Polis, BOMBA dan SKN. Selain itu YBhg Tuan Jalil PPM, YBhg Tuan Joe Majambu ADO Paitan, YBhg Tuan Kamri Ketua Daerah Paitan, Tuan Justinus Ketua Pergerakan Pemuda PGRS Bahagian N.48 Sugut merangkap SUPA KPMKR, Tuan Ali Said Pemaju Mukim bagi mukim Tangkarason dan beberapa lagi rombongan mereka telah memantau ke kawasan Kampung terjejas kebakaran hutan seterusnya menyampaikan sumbangan peribadi daripada YB Datuk James Ratib dan sumbangan daripada pihak-pihak tertentu berupa wang, meneral Water, makanan dan sebagainya kepada anggota BOMBA dan penduduk kampung. Pengerusi JKKK di Kampung-Kampung terjejas kebakaran hutan itu juga telah melakukan tindakan meyekat api bersama penduduk kampung masing-masing. Puan Rinah Doing yang juga selaku Pengerusi Penyelaras Anggota BOMBA Sungai-Sungai Sugut telah memantau ke kawasan kebakaran hutan di Tangkarason dan menyampaikan sumbangan peribadi beliau berupa meneral water kepada anggota BOMBA dan menyampaikan sumbangan peribadi YBhg Datuk Redonah Ketua Pergerakan Wanita PGRS Sabah berupa wang untuk keperluan anggota BOMBA. Puan Tirusah Minsu WKAN N.48 Sugut, Puan Azlinah Belun Pengerusi JKKK dan Puan Rimah Doing Setiausaha JKKK Kg Sungai-Sungai Sugut, Tuan Jalil Bakrin suami Puan Rimah dan tuan Ahada suami Puan Azlinah diantara rombongan Puan Rinah ke Tangkarason. Menyentuh tentang kenyataan seorang individu di FB kononnya usaha memohon bantuan helikopter pemadam api dilakukan oleh si bossnya itu adalah satu PEMBOHONGAN yang ketara kepada Rakyat Sugut juga kepada Rakyat Beluran amnya. Memang dasar si bossnya itu PAKAR CLAIM PAKAR CIPLAK usaha orang lain dari dulu sampai sekarang, kita tau itu..😁. Usaha memohon bantuan helikopter pemadam api itu adalah usaha Kerajaan melalui usaha YB Datuk James Ratib bersama pihak Pejabat Daerah Kecil Paitan dan UPPM DUN N.48 Sugut. Waktu bangunan Klinik Kesihatan Tangkarason terbakar beberapa bulan yang lepas dimana si boss individu itu berada dan apa yang si bossnya telah sumbangkan..?. Yang jelas batang hidung si bossnya tiada kenampakan. Saya dan bagi pihak UPPM DUN N.48 Sugut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diatas usaha Kerajaan, YB Datuk James Ratib, YBhg Tuan Joe, YBhg Tuan Jalil, YBhg Tuan Kamri, Tuan Justinus, Tuan Ali Said, YBhg Datuk Redonah, Puan Rinah, Pengerusi-Pengerusi JKKK Kampung terjejas kebakaran hutan, BOMBA, APAM Paitan dan mereka-mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menyekat api kebakaran hutan dan membantu penduduk Kampung terjejas kebakaran hutan tersebut di Tangkarason".. kata Tuan CDO.

Sewaktu p**ang Tuan CDO bersama rombongannya singgah membeli di pasar ikan Paitan sambil beramah mesra dengan Peniaga jual ikan di sana.








"Merdekakan Minda".. bilang si BossQu DJR
31/08/2023

"Merdekakan Minda".. bilang si BossQu DJR

28/06/2023
11/06/2023

Address

Beluran

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CDO - UPPM DUN N.48 Sugut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share