PAS Kawasan Beluran

PAS Kawasan Beluran Selamatlah Parti Islam Melangkah, Memimpin Ummah Ke Medan Siasah, Berpedomankan Al-Quran & As-Sunnah

02/09/2026
21/08/2026
21/08/2026

๐’๐š๐ฒ๐š ๐ฌ๐š๐ง๐ ๐š๐ญ ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐š๐ฉ๐ค๐š๐ง YAB Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah dapat mengambil ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐˜†๐—ฎ untuk mengurangkan harga ๐ญ๐ข๐ค๐ž๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง di antara Sabah dengan Semenanjung Malaysia.

SELAMAT MENGUNDI KEPADA SEMUA PENGUNDI PRN NEGERI SEMBILAN
01/08/2026

SELAMAT MENGUNDI KEPADA SEMUA PENGUNDI PRN NEGERI SEMBILAN

01/08/2026

Ya Allah, berikanlah KEMENANGAN buat PN & BN di Negeri Sembilan hari ini. Allahuma Ameen๐Ÿคฒ๐Ÿป

22/05/2026

PAS Sabah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Datuk Dr. Aliakbar Gulasan atas pelantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Sabah.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan kesatuan ummah, kestabilan politik serta memperkasakan agenda kebajikan rakyat di negeri Sabah.

PAS Sabah mendoakan agar YB Datuk Dr. terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan taufik daripada Allah SWT dalam memikul amanah kepimpinan demi agama, bangsa dan tanah air.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.

Salam Takziah
03/04/2026

Salam Takziah

ุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†
ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ู‡ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู‡ ูˆูŽุนูŽุงููู‡ ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡

PAS Sabah merakamkan ucapan takziah atas pemergian Almarhum Haji Mohamad bin Husain, Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau.

Sumbangan, khidmat bakti serta komitmen Almarhum dalam perjuangan dan pentadbiran parti akan sentiasa dikenang sebagai satu legasi yang bermakna.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum, mengampunkan segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkannya dalam kalangan para hamba-Nya yang soleh.

Takziah kepada seluruh ahli keluarga. Moga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Daripada:
PAS Sabah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Bersyukur atas kurniaan nikmat-nikmat Allah๏ทป. Syawal yang kunjung tiba adalah...
21/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Bersyukur atas kurniaan nikmat-nikmat Allah๏ทป. Syawal yang kunjung tiba adalah hari kemenangan, hari kemaafan dan hari penuh keberkatan.

Pergi ke sawah melihat padi,
Burung pipit terbang beriringan,
Semoga Syawal diberkati,
Hidup bahagia sepanjang zaman.

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua.

ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’

__________________
Mohamad Razlie bin Mohamad Omar
01 Syawal 1447H / 21 Mac 2026M

PAS Kawasan Beluran

09/02/2026

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS SABAH

PBT Diseru Sedia Surau Sementara di Bazar Ramadan

1. Saya menyeru kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah agar menyediakan surau sementara atau ruang solat yang sesuai di setiap tapak bazar Ramadan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

2. Bazar Ramadan bukan sekadar ruang ekonomi, tetapi juga medan menghidupkan syiar Islam. Dalam kesibukan peniaga mencari rezeki dan orang ramai membeli juadah berbuka, kewajipan solat tidak boleh diketepikan.

3. Kemudahan surau yang berdekatan akan membantu peniaga dan pengunjung menunaikan perintah Allah dengan mudah, teratur dan selesa. Dengan adanya ruang solat, mereka tidak perlu lagi tergesa-gesa meninggalkan tapak bazar atau berkejar mencari masjid dan surau yang jauh.

4. Apabila urusan ibadah dipermudahkan, peniaga juga dapat menguruskan perniagaan dengan lebih lancar tanpa kekangan masa. Insya-Allah, rezeki yang diperoleh akan menjadi lebih berkat.

5. Saya berharap semua pihak, termasuk penganjur dan agensi berkaitan, dapat memberi perhatian serius terhadap perkara ini supaya bazar Ramadan di negeri kita bukan sahaja meriah, malah dipenuhi nilai takwa serta menjadi contoh pengurusan yang mesra ibadah.

6. Negeri yang diberkati bukan diukur pada ramainya manusia berniaga, tetapi pada ramainya manusia yang taat kepada perintah Tuhan.

YB DATUK DR. ALIAKBAR GULASAN
Pesuruhjaya PAS Sabah
ADUN Karambunai
9 Februari 2026

Address

Beluran

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Beluran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Kawasan Beluran:

Shortcuts

Share