03/09/2026
๐ข SESI LIBAT URUS BAGI KAJIAN NAVIGASI DI BATANG RAJANG
Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Manis (PPLTM) telah dijemput untuk menyertai Sesi Libat Urus berkaitan Navigation Study and Design of Aids to Navigation (AtoN) and Surveillance System Installation at Batang Rajang anjuran Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dengan kerjasama Spartan Maritime (Sarawak) Sdn. Bhd.
Sesi libat urus ini bertujuan mendapatkan pandangan, maklum balas dan input teknikal daripada pihak berkepentingan bagi menyokong usaha meningkatkan keselamatan navigasi, pengurusan trafik perairan serta kelancaran aktiviti pengangkutan sungai di Batang Rajang.
PPLTM sentiasa menyokong usaha dan inisiatif yang dapat memperkukuh aspek keselamatan, kecekapan serta kelestarian aktiviti perikanan dan pengangkutan perairan di kawasan Batang Rajang.
Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Manis
Komited dalam menyokong pembangunan sektor perikanan dan komuniti maritim yang lebih selamat dan berdaya maju.