Jabatan Teknologi Digital Dan Inovasi Negeri Sabah Wilayah Pedalaman Bawah

Jabatan Teknologi Digital Dan Inovasi Negeri Sabah Wilayah Pedalaman Bawah Selamat Datang ke Laman Facebook Rasmi Jabatan Teknologi Digital Dan Inovasi Negeri Sabah Wilayah Pedalaman Bawah

PENGURUSAN MEDIA SOSIAL RASMI KERAJAANBerkomunikasi secara beretika, berinformasi dengan tepat, berintegriti demi keperc...
11/08/2026

PENGURUSAN MEDIA SOSIAL RASMI KERAJAAN

Berkomunikasi secara beretika, berinformasi dengan tepat, berintegriti demi kepercayaan rakyat.

Sebagai penjawat awam dan pengendali platform rasmi, pematuhan kepada etika serta panduan pengurusan media sosial amat penting bagi memelihara imej Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri Sabah (JTDI) membawakan panduan utama untuk perhatian bersama.

22/7/2026 - HEBAHAN KESEJAHTERAAN: TANGANI STRES DENGAN LATIHAN PERNAFASANAdakah anda rasa tegang atau penat selepas seh...
22/07/2026

22/7/2026 - HEBAHAN KESEJAHTERAAN: TANGANI STRES DENGAN LATIHAN PERNAFASAN

Adakah anda rasa tegang atau penat selepas seharian bekerja? Mari amalkan latihan pernafasan secara mendalam untuk meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida di dalam sel tubuh bagi melegakan stres.

20-21/7/26 - Kursus Lanjutan Pembinaan Dadshboard (Looker Studio) Pejabat Daerah Beaufort .Bagi meningkatkan kecekapan p...
22/07/2026

20-21/7/26 - Kursus Lanjutan Pembinaan Dadshboard (Looker Studio) Pejabat Daerah Beaufort .

Bagi meningkatkan kecekapan pengurusan data dan penyampaian perkhidmatan awam yang berteraskan digital, Pejabat Daerah Beaufort telah menganjurkan Kursus Lanjutan Pembinaan Dashboard (Looker Studio).

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperolehi sepanjang dua hari kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

#

16/07/2026
5-7/7/2026 - Audit Dalam MS ISO & Indeks AkauntabilitiPelaksanaan Audit MS ISO dan Indeks Akauntabiliti merupakan elemen...
10/07/2026

5-7/7/2026 - Audit Dalam MS ISO & Indeks Akauntabiliti

Pelaksanaan Audit MS ISO dan Indeks Akauntabiliti merupakan elemen penting dalam memperkukuh sistem pengurusan organisasi, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta memastikan pematuhan kepada standard dan peraturan yang berkuat kuasa. Sesi pengauditan ini telah dihadiri oleh dua orang Juruaudit Dalaman daripada Ibu Pejabat yang mana diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun. Antara tujuan pelaksanaan audit ini adalah :-

- Memastikan Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001) dilaksanakan mengikut keperluan standard.
- Menilai keberkesanan proses kerja.
- Mengenal pasti ketidakpatuhan (Non-Conformity) dan peluang penambahbaikan.
- Meningkatkan kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan berterusan.
- Memastikan pematuhan kepada peraturan kewangan.
- Meningkatkan integriti dan akauntabiliti.
- Mengurangkan risiko ketirisan.

Secara keseluruhannya, Audit MS ISO dan Indeks Akauntabiliti bukan sekadar memenuhi keperluan pensijilan atau penilaian, malah menjadi pemangkin kepada kecemerlangan organisasi melalui pengukuhan tadbir urus, peningkatan prestasi, pengurusan sumber yang lebih berkesan serta penyampaian perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan dan pihak berkepentingan.

HENTIKAN PENGGUNAAN PERISIAN HARAM!"Patuhi Peraturan, Lindungi Data Kerajaan Negeri."Penggunaan perisian haram atau vers...
08/07/2026

HENTIKAN PENGGUNAAN PERISIAN HARAM!

"Patuhi Peraturan, Lindungi Data Kerajaan Negeri."

Penggunaan perisian haram atau versi "crack" bukan sahaja melanggar undang-undang, malah membuka ruang kepada ancaman siber yang serius terhadap keselamatan data jabatan kita

1/7/2026 - Taklimat Kesedaran MS ISO 9001:2015 dan Pelaksanaan Simulasi Audit Dalam MS ISO 9001:2015 peringkat JTDI WPBS...
02/07/2026

1/7/2026 - Taklimat Kesedaran MS ISO 9001:2015 dan Pelaksanaan Simulasi Audit Dalam MS ISO 9001:2015 peringkat JTDI WPB

Sesi ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai Sistem Pengurusan Kualiti (QMS). Melalui slot simulasi yang dijalankan, pegawai JTDIWPB didedahkan secara praktikal mengenai kawalan dokumen, pengurusan risiko, dan penambahbaikan berterusan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan sentiasa berada pada tahap tertinggi.

🚨 JANGAN ASAL SCAN KOD QR! 🚨Sila ambil perhatian terhadap taktik Quishing Scam (Kombinasi Kod QR + Phishing). Scammer ki...
24/06/2026

🚨 JANGAN ASAL SCAN KOD QR! 🚨

Sila ambil perhatian terhadap taktik Quishing Scam (Kombinasi Kod QR + Phishing). Scammer kini menggunakan e-mel dengan kod QR berbahaya untuk mengodam atau mencuri maklumat anda.

Ingat 2 perkara ini:

- Jangan imbas kod QR yang tidak pasti kesahihannya.

- Hubungi BNMLINK di talian 1-300-88-5465 jika ada sebarang keraguan.

Sila rujuk infografik di bawah untuk panduan keselamatan anda. (Sumber Rujukan: Bank Negara Malaysia & JTDI Sabah).

Address

Tingkat 1, Bangunan Urusetia Daerah Beaufort
Beaufort
89807

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Teknologi Digital Dan Inovasi Negeri Sabah Wilayah Pedalaman Bawah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share