Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Pedalaman Bawah

Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Pedalaman Bawah Laman Rasmi Facebook Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pedalaman Bawah. Membakut | Kuala Penyu | Menumbok | Beaufort | Sipitang

LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH 2026 TELAH SELESAI DENGAN PENUH MERIAH.23 Mei 2026 β€” Liga Sukan K...
24/05/2026

LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH 2026 TELAH SELESAI DENGAN PENUH MERIAH.

23 Mei 2026 β€” Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah 2026 telah berlangsung dengan jayanya melibatkan beberapa acara sukan utama iaitu futsal, bola jaring dan bola tampar.

Bagi acara bola jaring wanita, pertandingan telah diadakan di SMK Pengiran Omar 2, Sipitang manakala pertandingan futsal lelaki berlangsung di Kg. Pengiran Omar, Sipitang. Sementara itu, acara bola tampar lelaki telah diadakan di Kompleks Sukan Beaufort.

Dalam pertandingan futsal lelaki, pasukan Balenciaga FT muncul sebagai johan manakala Brader FT berjaya meraih gelaran naib johan. Bagi pertandingan bola jaring wanita p**a, Netstarz Elite Netball Club telah dinobatkan sebagai johan, sementara La Flame Netball Club Sr muncul sebagai naib johan.

Majlis penyampaian hadiah bagi acara futsal lelaki dan bola jaring wanita telah disempurnakan oleh encik Zazali bin Zahari yang mewakili Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pedalaman Bawah.

Dalam acara bola tampar lelaki, pasukan MDB berjaya muncul sebagai johan manakala KBM menjadi naib johan. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh encik Mohd Raiful bin Madarun, Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pedalaman Bawah.

Johan dan naib johan bagi setiap pertandingan akan mewakili Bahagian Pedalaman Bawah ke peringkat Negeri Sabah.

Pihak Pejabat Belia dan Sukan merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pemenang yang telah menunjukkan semangat kesukanan dan komitmen tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Penghargaan turut diberikan kepada rakan kerjasama iaitu Netstarz Elite Netball Club, Menengah Football Club, MYWAY Volleyball Club dan La Flame Netball Club atas sokongan serta kerjasama dalam menjayakan program tersebut.

23/05/2026
23/05/2026

Final LSK Pedalaman Bawah Bola Jaring

23/05/2026

Perlawanan pertama bola jaring Liga sukan komuniti Pedalaman Bawah 2026.

22/05/2026

Nahhh…On the way ke Beaufort sudah gaisss sempena Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah 2026..jumpa dsana gaisss…

21/05/2026

πŸš£β€β™‚οΈ CABAR DIRI. UJI KETAHANAN. CIPTA PENGALAMAN! 🌊πŸ”₯

Jom sertai Kursus Asas Kayak Star One Peringkat Negeri Sabah 2026 dan rasai sendiri pengalaman mendayung penuh aksi bersama belia dari seluruh Negeri Sabah! πŸ’ͺ

πŸ“… 12 – 14 Jun 2026
πŸ“ Pusat Ko-Kurikulum Negeri Sabah, Kem Malangang Kiulu

✨ Pelajari asas kayak dengan lebih selamat, menyeronokkan dan penuh semangat berpasukan.
✨ Terbuka kepada belia yang aktif dan sukakan cabaran luar.
✨ Penyertaan adalah TERHAD kepada 30 peserta sahaja!

πŸ“² Imbas QR Code untuk pendaftaran sekarang!















Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

TAKLIMAT DAN CABUTAN UNDI PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN BAWA 202621 M...
21/05/2026

TAKLIMAT DAN CABUTAN UNDI PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN BAWA 2026

21 Mei 2026 - Sesi taklimat Peraturan Am dan Peraturan Khusus serta cabutan undi Pertandingan Bola Jaring Wanita LSK26 telah diadakan secara atas talian pada jam 08.00 malam.

Taklimat dan cabutan undi telah dilaksanakan oleh Puan Mardina Steley Binti Lakai, Presiden Netstarz Elite Netball Club dan dihadiri oleh pengurus - pengurus pasukan yang menyertai LSK26. Sebanyak 12 pasukan akan menyertai pertandingan pada kali ini.

Pada sesi taklimat ini, pihak pengelola menerangkan syarat dan peraturan pertandingan yang akan digunapakai semasa berlangsungnya kejohanan pada 23 Mei 2026 ini.

Pada akhir kata, pihak pengelola daripada Netstarz Elite Netball Club mengucapkan selamat datang ke daerah Sipitang kepada pasukan - pasukan yang akan menyertai kejohanan ini, selamat bertanding dan berharap agar setiap pasukan mengamalkan semangat kesukanan dan semangat berpasukan.

Address

Beaufort
89800

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Telephone

087211625

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Pedalaman Bawah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share