12/06/2026
Perhatian kepada seluruh warga Beaufort dan kawasan sekitarnya!
Anda mempunyai idea kreatif untuk menyelesaikan masalah sisa pepejal, kitar semula, pengasingan sampah, teknologi pemprosesan sisa, atau menghasilkan produk baharu daripada bahan buangan?
Inilah peluang anda!
Orang ramai dijemput menyertai Cabaran Inovasi Pengurusan Sisa Pepejal Borneo 2026, atau BSWMIC 2026, bagi Zon Beaufort.
Pertandingan ini memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi inovatif dan penyelesaian ekonomi kitaran bagi meningkatkan pengurusan sisa pepejal, pengurangan sisa dan penggunaan semula bahan di peringkat komuniti serta pihak berkuasa tempatan.
Pertandingan ini terbuka kepada semua, termasuk:
Komuniti tempatan, pelajar sekolah, IPTA dan IPTS, penyelidik, syarikat pemula, perusahaan kecil dan sederhana, usahawan serta inovator individu.
Pertandingan BSWMIC 2026 Zon Beaufort akan diadakan seperti berikut:
Tempat: Dewan Pa Musa, Beaufort
Tarikh pertandingan: 27 Jun 2026
Tarikh tutup pendaftaran: 13 Jun 2026
Penyertaan adalah percuma.
Terdapat tiga kategori pertandingan, iaitu:
Pertama, Pengurusan Sisa Pepejal, Pengasingan dan Teknologi Pemprosesan.
Kedua, Pengurusan Sisa Pepejal Berjadual, Pengasingan dan Teknologi Pemprosesan.
Ketiga, Produk Inovatif Berasaskan Bahan Sisa.
Peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM500 bagi Johan, serta menerima pengiktirafan. Selain itu, peserta juga berpeluang merealisasikan idea kepada impak dunia sebenar, berhubung dengan pakar, mentor dan pemimpin industri, serta menyumbang kepada Sabah yang lebih lestari dan ekonomi hijau.
Pendaftaran boleh dibuat melalui kod QR yang terdapat pada poster rasmi BSWMIC 2026 Zon Beaufort.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Dr. Avelinah Julius di talian 013-263 4128
atau emel [email protected]
Atau hubungi:
Ts. Dr. Carlos Silvester di talian 014-861 548321
atau emel [email protected]
Jangan lepaskan peluang ini.
Ayuh warga Beaufort! Sertai BSWMIC 2026 dan jadilah sebahagian daripada penyelesaian inovatif untuk pengurusan sisa pepejal di Sabah.
Inovasi hari ini, kelestarian masa depan.