03/04/2024
Assalamualaikum ... esok adalah harinya ya WORLD QURAN HOUR 2024 untuk itu kami lima buah Perpustakaan Desa yang berada di Daerah Beaufort akan berkumpul di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort bagi menghadiri program berkenaan, InshaAllah.
WORLD QURAN HOUR 2024
Pada 4 April 2024 (Khamis) bersamaan 24 Ramadan 1445H, World Quran Hour akan diadakan di seluruh dunia. Tahun ini, dengan mengangkat Surah Al-Jumu'ah dan bertemakan "Kesatuan dan Transformasi Sosial", Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dengan kerjasama Perpustakaan Negeri Sabah akan mengadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 4 April 2024 (Khamis)
Tempat: Masjid Negeri, Kota Kinabalu atau di lokasi masing-masing
Masa: 11.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Penyertaan sama ada di lokasi perdana Masjid Negeri ataupun di lokasi masing-masing boleh dihantar dengan mengimbas kod QR pada poster ataupun dengan mengisi pautan di alamat ini https://forms.gle/zF8CsVTa9LJq45gLA