PAS N27 Lumadan, Beaufort

PAS N27 Lumadan, Beaufort ALLAHUAKHBAR!!! �

Matlamat kami, Al-Quran & Hadis berada di atas sekali dalam perlembagaan...
Page INI BUKAN RASMI, ianya dibangunkan oleh pemuda² yang inginkan ISLAM ditegakkan di bumi Allah...
TAKBIR!!! Bila mana kita membantu agama Allah, Allah pasti akan membantu kita...
kata TOK GURU NIK AZIZ kita, "kita tak banyak bendera tetapi kita banyak berdoa"
Yakinlah, Allah bersama orang yang memperjuangkan agama-NYA

12/10/2025
02/10/2025

Kenyataan Media
Bantah Kedatangan Trump Adalah Mesej Diplomatik Menolak Pendirian AS Sokong Rejim Zionis

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) ingin menyatakan ketegasan membantah kedatangan Trump ke Malaysia di atas jemputan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. Bantahan terhadap kedatangan Trump ke Malaysia bukan sahaja memberikan signal terhadap solidariti Malaysia kepada umat Islam Palestin, bahkan juga menolak tindakan AS yang konsisten memberikan sokongan terhadap rejim Zionis.

Ironi sekali alasan menerima kedatangan Trump p**a cuba diadun dengan maqasid syariyyah dan ruang diplomatik sedangkan membatalkan jemputan terhadap Trump itu sendiri juga adalah tindakan diplomatik menandakan Malaysia tidak sesekali bersetuju dengan pendirian AS dalam konteks genosid yang sedang berlaku.

DUPP berpandangan isu ini harus dinilai dalam pandang sisi yang lebih meluas khususnya melihatkan peranan utama yang dimainkan AS dalam mendukung kezaliman rejim Zionis. Malah, Trump bukan sahaja pernah mengungkapkan ucapan genosid terancang terhadap Gaza suatu ketika, bahkan memberikan veto terhadap resolusi yang mahu merungkai pembantaian tanpa henti terhadap penduduk Gaza.

Rumah Putih hakikatnya telah mendapat maklumat yang mencukupi terhadap bantahan masyarakat dunia ke atas kekejaman rejim Zionis serta penglibatan aktif AS menyokong genosid yang sama, namun mereka masih berdegil meneruskan dasar tersebut.

DUPP menegaskan bahawa menolak kehadiran Trump adalah manifestasi rakyat Malaysia menolak pendirian Trump selaku Presiden AS dalam menangani konflik di sana. Mana mungkin alasan diplomatik dikemukakan untuk menjemput Trump hadir sedangkan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN seharusnya menyatakan ketegasan ini lebih awal. Sikap acuh tidak acuh dan separuh masak sebegini yang telah menyebabkan dunia Arab hilang taring terhadap isu Palestin.

Oleh itu, adakah layak Trump dirundingkan dalam konteks penyelesaian isu Palestin. Maka, tidak ada jalan lain melainkan menutup terus pintu jemputan tersebut. Trump bukanlah seorang tetamu yang harus dihormati tetapi binatang berbisa yang membahayakan tuan rumah.

Sekian.

YB DATO' USTAZ HAJI AHMAD BIN YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena.

2 Oktober 2025 Miladi bersamaan 10 Rabiulakhir 1447 Hijri

02/10/2025

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA PAS MALAYSIA

BEBASKAN RAKYAT MALAYSIA DAN PESERTA SUMUD FLOTILLA YANG DITAHAN REJIM ZIONIS

Pemuda PAS Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim pendudukan Israel (IOF) yang dikhabarkan telah menahan 7 orang rakyat Malaysia bersama beberapa lagi peserta Sumud Flotilla, sebuah misi kemanusiaan antarabangsa tanpa senjata yang menuju ke Gaza.

Tindakan tidak berperikemanusiaan ini jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva, yang menjamin keselamatan sukarelawan serta konvoi kemanusiaan. Israel telah sekali lagi menunjukkan sikap angkuh dengan mencabuli undang-undang dunia dan menzalimi aktivis keamanan.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Malaysia:

1. Menuntut pembebasan serta-merta tanpa syarat ke atas semua 7 rakyat Malaysia dan peserta flotilla yang ditahan.

2. Mendesak campur tangan segera Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra, saluran diplomatik, undang-undang antarabangsa dan tekanan politik serantau bagi menjamin keselamatan serta kep**angan mereka.

3. Menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dan seluruh komuniti antarabangsa supaya menekan Israel menghentikan pencabulan terhadap misi kemanusiaan yang sah.

Pemuda PAS Malaysia akan terus memantau rapat perkembangan isu ini, dan bersedia menggembleng kekuatan pemuda serta solidariti rakyat Malaysia bagi memastikan suara pembelaan terhadap Palestin dan aktivis kemanusiaan tidak dipadamkan.

Kami menegaskan bahawa usaha solidariti kemanusiaan tidak boleh dikekang oleh kuasa penjajahan. Kezaliman tidak akan kekal, kemanusiaan pasti menang.

YB Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

—————————

PRESS STATEMENT
PAS YOUTH MALAYSIA

FREE MALAYSIANS AND SUMUD FLOTILLA PARTICIPANTS DETAINED BY THE ZIONIST REGIME

PAS Youth Malaysia strongly condemns the actions of the Israeli Occupation Forces (IOF), who have reportedly detained 7 Malaysian citizens along with several other participants of the Sumud Flotilla — an unarmed international humanitarian mission bound for Gaza.

This inhumane act is a blatant violation of international law and the Geneva Conventions, which guarantee the safety of volunteers and humanitarian convoys. Israel has once again demonstrated its arrogance by defying international law and oppressing peace activists.

In light of this, PAS Youth Malaysia:
1. Demands the immediate and unconditional release of all 7 Malaysians and flotilla participants currently detained.

2. Urges the Malaysian Government through Wisma Putra, diplomatic channels, international law mechanisms, and regional political pressure to take swift action in safeguarding their security and ensuring their safe return.

3. Calls upon the United Nations (UN), the Organisation of Islamic Cooperation (OIC), and the international community at large to exert maximum pressure on Israel to cease its violations against legitimate humanitarian missions.

PAS Youth Malaysia will continue to closely monitor the developments of this matter and stands ready to mobilise the strength of youth and the solidarity of Malaysians to ensure that the voice of justice in defending Palestine and humanitarian activists will never be silenced.

We reaffirm that humanitarian solidarity cannot be suppressed by an occupying power. Tyranny will not prevail — humanity will triumph.

YB Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden
Chief
PAS Youth Malaysia

2 October 2025

18/09/2025

Address

Beaufort South

Telephone

+60138763621

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS N27 Lumadan, Beaufort posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS N27 Lumadan, Beaufort:

Share