Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja

Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja Sentiasa Tunjuk Belang

SYIAR ISLAM DISEMARAKKAN MELALUI PERTANDINGAN AZAN DAN TILAWAH AL-QURAN DI BATALION KEDUA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJASUN...
11/01/2026

SYIAR ISLAM DISEMARAKKAN MELALUI PERTANDINGAN AZAN DAN TILAWAH AL-QURAN DI BATALION KEDUA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA

SUNGAI ARA, PULAU PINANG (9 JAN 26): Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja telah menganjurkan Pertandingan Laungan Azan dan Pertandingan Tilawah Al-Quran bertempat di Surau As-Syuhada, Kem Sungai Ara.

Pertandingan Laungan Azan melibatkan penyertaan seramai lima orang peserta dari setiap kompeni. Setiap peserta telah melaungkan azan bagi mewakili waktu-waktu solat fardu mengikut konsep pertandingan yang ditetapkan. Program ini bertujuan memperkukuhkan penghayatan ibadah serta mencungkil bakat muazin di peringkat batalion.

Sementara itu, Pertandingan Tilawah Al-Quran p**a disertai seramai 10 orang peserta mewakili setiap kompeni. Johan pertandingan telah disandang oleh Kpl Hafizi bin Mohd Faudzi dari Kompeni Bantuan. Peserta masing-masing berjaya mempamerkan bacaan tilawah yang baik serta penuh penghayatan terhadap kemuliaan kalam Ilahi.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga program seumpama ini terus menjadi platform dalam membina sahsiah, disiplin serta kekuatan rohani warga Harimau Malaya.

"HARIMAU MALAYA"
"TUNJANG LEGASI PERJUANGAN"
"SENTIASA TUNJUK BELANG"
"THE ISLAND VANGUARD"

SEKALUNG TAHNIAHSeluruh warga Harimau Malaya mengucapkan sekalung tahniah kepada Jeneral Dato' Azhan bin Hj Md Othman di...
06/01/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Seluruh warga Harimau Malaya mengucapkan sekalung tahniah kepada Jeneral Dato' Azhan bin Hj Md Othman di atas kenaikan pangkat dan pelantikan sebagai Panglima Tentera Darat Ke-31.

"HARIMAU MALAYA"
"TUNJANG LEGASI PERJUANGAN"
"SENTIASA TUNJUK BELANG"
"THE ISLAND VANGUARD"

01/01/2026

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2026

Seluruh warga Harimau Malaya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026.

"HARIMAU MALAYA"
"TUNJANG LEGASI PERJUANGAN"
"SENTIASA TUNJUK BELANG"
"THE ISLAND VANGUARD"

DARI PULAU PINANG KE KUALA LUMPUR: WARGA BATALION KEDUA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA MENYERTAI LARIAN AMAL “WALK WITH WAR...
25/12/2025

DARI PULAU PINANG KE KUALA LUMPUR: WARGA BATALION KEDUA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA MENYERTAI LARIAN AMAL “WALK WITH WARRIORS” YAYASAN SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (YSAHMS)

KUALA LUMPUR (21 Dis 25): Seramai 141 pegawai, anggota dan keluarga dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) telah menyertai Larian Amal “Walk With Warriors” sejauh 7 km bertempat di Dataran DBKL, Kuala Lumpur pada 21 Dis 25. Program ini menyajikan pelbagai aktiviti seperti larian, berbasikal, cabutan bertuah dan pameran ketenteraan.

Larian amal ini dilaksanakan bertujuan untuk mengumpul dana YSAHMS bagi bantuan kebajikan dalam membantu mereka yang memerlukan. Turut hadir, Gembala Harimau Malaya Ke-41, Leftenan Kolonel Mohamad Aziz bin Ahmad Azhar.

“HARIMAU MALAYA”
“TUNJANG LEGASI PERJUANGAN”
“SENTIASA TUNJUK BELANG”
“THE ISLAND VANGUARD”

UPACARA SERAH TERIMA TUGAS KETUA KOMPENI CBAYAN LEPAS, PULAU PINANG (12 Dis 25): Upacara Serah Terima Tugas Ketua Kompen...
19/12/2025

UPACARA SERAH TERIMA TUGAS KETUA KOMPENI C

BAYAN LEPAS, PULAU PINANG (12 Dis 25): Upacara Serah Terima Tugas Ketua Kompeni C telah dilaksanakan pada 12 Dis 25 bertempat di perkarangan bangunan Kompeni C dengan melibatkan seramai 12 pegawai dan 35 anggota lain-lain pangkat (LLP).

Upacara dimulakan dengan taklimat GAQ oleh Ketua Kompeni C kepada Gembala Harimau Malaya, Lt Kol Mohamad Aziz bin Ahmad Azhar, sebelum diteruskan dengan majlis menandatangani Nota Serah Terima Tugas Ketua Kompeni C antara Mej Muhammad Ferdaus bin Zulkifli dan Kapt Muhammad bin Musa.

Upacara Serah Terima Tugas ini bukan sahaja menandakan peralihan kepimpinan, malah memperkukuh komitmen warga Kompeni C untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan profesionalisme. Semoga kepimpinan baharu dapat meneruskan kecemerlangan yang telah dibina dan membawa Kompeni C ke tahap yang lebih cemerlang.

“PANTAS BERBISA”
"HARIMAU MALAYA"
"TUNJANG LEGASI PERJUANGAN"
"SENTIASA TUNJUK BELANG"
"THE ISLAND VANGUARD"

PROGRAM CERAMAH KESEDARAN PENYALAHGUNAAN DADAH DAN KETUMSERTA UJIAN SARINGAN AIR KENCINGBAYAN LEPAS, PULAU PINANG (12 Di...
19/12/2025

PROGRAM CERAMAH KESEDARAN PENYALAHGUNAAN DADAH DAN KETUM
SERTA UJIAN SARINGAN AIR KENCING

BAYAN LEPAS, PULAU PINANG (12 Dis 25): Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja telah melaksanakan Program Ceramah Kesedaran Penyalahgunaan Dadah dan Ketum bertempat di Dewan Congo, 2 RAMD sebagai langkah proaktif meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan warga Harimau Malaya berkaitan bahaya bahan terlarang.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Ketua Unit Penguatkuasaan SPU, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), En. Azad Fahiman bin Aziz yang memberi penjelasan terperinci mengenai kesan buruk penyalahgunaan dadah dan ketum terhadap kesihatan fizikal, prestasi kerja serta masa depan anggota. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan peringatan kepada seluruh pegawai dan anggota agar sentiasa menjauhi aktiviti tidak sihat yang boleh menjejaskan disiplin dan imej pasukan.

Selesai sesi ceramah, program diteruskan dengan Ujian Saringan Air Kencing yang melibatkan semua anggota yang hadir. Pelaksanaan ujian ini merupakan komitmen 2 RAMD dalam memastikan setiap warga pasukan bebas daripada pengaruh dadah dan sentiasa mematuhi piawaian disiplin ketenteraan yang telah ditetapkan.

Program ini secara keseluruhan diharap dapat meningkatkan kesedaran, tanggungjawab serta integriti warga Harimau Malaya dalam membudayakan gaya hidup yang sihat dan bebas daripada gejala negatif.

"HARIMAU MALAYA"
"TUNJANG LEGASI PERJUANGAN"
"SENTIASA TUNJUK BELANG"
"THE ISLAND VANGUARD"

PERBARISAN PEGAWAI REKOD PASUKAN BATALION KEDUA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA TAHUN 2025BAYAN LEPAS, PULAU PINANG (12 Dis ...
19/12/2025

PERBARISAN PEGAWAI REKOD PASUKAN BATALION KEDUA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA TAHUN 2025

BAYAN LEPAS, PULAU PINANG (12 Dis 25): Perbarisan Pegawai Rekod Pasukan Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja telah dilaksanakan dengan penuh disiplin dan tertib di Padang Kawad, 2 RAMD melibatkan seluruh warga Harimau Malaya.

Perbarisan ini diketuai oleh Pegawai Risik, Kapt Raja Mohamad Atiq Ashraf bin Raja Zaid dan dimulakan dengan ketibaan Pegawai Rekod, Kapt Saifullah Syukri bin Abdul Samad. Upacara berlangsung dengan kemas dan teratur selaras dengan tradisi serta etika ketenteraan.

Dalam ucapannya, beliau menyeru semua anggota agar terus mengekalkan tahap disiplin yang tinggi sebagai seorang anggota tentera yang terlatih dan profesional. Beliau turut menegaskan kepentingan menjauhi sebarang perbuatan yang boleh mencemarkan nama baik pasukan.

Selain itu, Pegawai Rekod turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh anggota atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan urusan pentadbiran serta pendokumentasian pasukan sentiasa berada pada tahap yang membanggakan dan teratur.

Perbarisan ini mencerminkan komitmen berterusan warga Harimau Malaya dalam menjunjung nilai disiplin, integriti dan tanggungjawab demi memastikan kelangsungan kecemerlangan pasukan.

“HARIMAU MALAYA”
“TUNJANG LEGASI PERJUANGAN”
“SENTIASA TUNJUK BELANG”
“THE ISLAND VANGUARD”

PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMEN BATALION KEDUA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA TAHUN 2025BAYAN LEPAS, PULAU PINANG (12 Dis 2...
19/12/2025

PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMEN BATALION KEDUA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA TAHUN 2025

BAYAN LEPAS, PULAU PINANG (12 Dis 25): Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja telah dilaksanakan dengan penuh istiadat di Padang Kawad, 2 RAMD sebagai sebahagian daripada pengukuhan budaya rejimental di pasukan.

Perbarisan ini telah disempurnakan oleh Sarjan Mejar Rejimen (SMR), PW I Yusri bin AB Wahab. Upacara dimulakan dengan nyanyian lagu pasukan dan diikuti dengan pemeriksaan oleh SMR.

Dalam amanatnya, SMR menegaskan kepentingan memelihara disiplin sebagai teras kekuatan pasukan. Beliau turut menekankan aspek keterampilan diri, sikap kepimpinan serta keperluan setiap anggota memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai seorang askar laskar Rejimen Askar Melayu Diraja.

Upacara diakhiri dengan sesi bergambar bersama seluruh anggota sebagai simbolik sokongan, kesepaduan dan semangat setia kawan dalam kalangan warga Harimau Malaya.

“HARIMAU MALAYA”
“TUNJANG LEGASI PERJUANGAN”
“SENTIASA TUNJUK BELANG”
“THE ISLAND VANGUARD”

HARI ULANG TAHUN BATALION KEDUA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA KE-84 DIRAIKAN DENGAN PERBARISAN MENGARAK PANJI-PANJI DAN MA...
08/12/2025

HARI ULANG TAHUN BATALION KEDUA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA KE-84 DIRAIKAN DENGAN PERBARISAN MENGARAK PANJI-PANJI DAN MAJLIS MAKAN TENGAHARI

BAYAN LEPAS, PULAU PINANG (6 Dis 25): Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja telah melakar acara yang gilang-gemilang iaitu Perbarisan Mengarak Panji-Panji sempana Hari Ulang Tahun 2 RAMD yang Ke-84 bertempat di Padang Kawad 2 RAMD. Perbarisan ini diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Nurul Firdaus bin Reduiang dan SMR Perbarisan, PW I Yusri bin AB Wahab manakala Pegawai Panji-Panji Rejimen, Lt Muhamad Azrul Hisham bin Nazri.

Perbarisan ini diserikan dengan ketibaan Gembala Harimau Malaya Ke-41, Lt Kol Mohamad Aziz bin Ahmad Azhar dengan menerima tabik hormat dari seluruh kontinjen perbarisan. Seterusnya acara diteruskan dengan pemeriksaan barisan, berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat serta ucapan yang disampaikan oleh Gembala Harimau Malaya Ke-41.

Dalam ucapan Gembala Harimau Malaya, beliau merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pemimpin dan pejuang terdahulu yang telah menyediakan satu asas yang kukuh kepada pada pasukan Harimau Malaya ini. Gembala juga berpesan agar semua warga Harimau Malaya mengotakan apa yang dilafazkan dalam lagu pasukan iaitu Kami Anggota Dua Melayu Diraja, Pasukan Harimau Malaya, Taat Setia Yang Tak Terhingga, Sedia Berbuat Jasa.

Usai Perbarisan Mengarak Panji-Panji di Padang Kawad, seluruh warga Harimau Malaya diraikan dalam Majlis Makan Tengahari. Majlis dimulakan dengan ketibaan Gembala Harimau Malaya di Dewan Congo, 2 RAMD.

Majlis diteruskan dengan acara pemakaian pangkat pegawai bagi Lt Ahmad Azman bin Norizam daripada pangkat Leftenan Muda kepada pangkat Leftenan. Majlis diteruskan dengan acara memotong pulut kuning yang diwakili oleh setiap wisma dan kelab bersama-sama dengan Gembala Harimau Malaya. Majlis diakhiri dengan acara bergambar bersama seluruh warga Harimau Malaya.

"HARIMAU MALAYA"
"TUNJANG LEGASI PERJUANGAN"
"SENTIASA TUNJUK BELANG"
"THE ISLAND VANGUARD"

WARGA HARIMAU MALAYA - PEMANGKIN LEGASI PERJUANGAN: BACAAN YASIN DAN TAHLIL SERTA KHUTBAH KHAS SEMPENA HARI ULANG TAHUN ...
08/12/2025

WARGA HARIMAU MALAYA - PEMANGKIN LEGASI PERJUANGAN: BACAAN YASIN DAN TAHLIL SERTA KHUTBAH KHAS SEMPENA HARI ULANG TAHUN BATALION KEDUA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA YANG KE-84

BAYAN LEPAS, Pulau Pinang (5 Dis 25): Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja telah melaksanakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil serta Khutbah Khas Solat Jumaat sempena Hari Ulang Tahun 2 RAMD yang Ke-84 bertempat di Surau As-Syuhada, Kem Sungai Ara.

Majlis dimulakan dengan ketibaan Gembala Harimau Malaya Ke-41, Leftenan Kolonel Mohamad Aziz bin Ahmad Azhar di Padang Kawad, 2 RAMD untuk Perbarisan Solat Jumaat. Majlis diteruskan dengan perarakan warga Harimau Malaya dan diiringi oleh alunan dari Platun Tambor ke Surau As-Syuhada.

Bacaan Yasin dan Tahlil yang penuh berkat dipimpin oleh Pegawai Agama Pasukan, diikuti dengan Khutbah Khas yang disampaikan oleh Lt Benjamin Akhyar bin Akhiar bersempena Hari Ulang Tahun 2 RAMD yang bertajuk 'Warga Harimau Malaya - Pemangkin Legasi Perjuangan'. Majlis diteruskan dengan Solat Jumaat dan Solat Sunat Hajat, mendoakan agar warga Harimau Malaya dan seluruh umat Islam terus dilimpahi rahmat dan diberkati oleh Allah S.W.T. dalam usaha mencapai kecemerlangan bersama.

HARIMAU MALAYA
SENTIASA TUNJUK BELANG

ULANG TAHUN KE-84 2 RAMD DARI SUBUH PERDANA KE PUNCAK BUKIT PAPANBAYAN LEPAS, PULAU PINANG (1 Disember 2025): Batalion K...
02/12/2025

ULANG TAHUN KE-84 2 RAMD DARI SUBUH PERDANA KE PUNCAK BUKIT PAPAN

BAYAN LEPAS, PULAU PINANG (1 Disember 2025): Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja dengan jayanya telah melaksanakan Program Solat Subuh Perdana dan Latihan Jasmani Perdana Peringkat PMBTD Tahun 2025.

Program dimulakan dengan solat subuh berjemaah di Surau As-Syuhada dan seterusnya beralih ke Padang Kawad, 2 RAMD bagi Perbarisan Pagi. Selesai pemanasan badan, pegawai dan anggota telah diberikan taklimat keselamatan bagi aktiviti seterusnya iaitu pendakian ke Bukit Papan, Sungai Ara dengan jarak perjalanan sejauh 8.4km.

Gembala Harimau Malaya ke-41, Leftenan Kolonel Mohamad Aziz bin Ahmad Azhar serta seluruh warga Harimau Malaya telah berjaya mendaki hingga ke puncak setinggi 373m yang penuh dengan cabaran fizikal dan pengujian stamina. Aktiviti ini juga telah diadakan seiring dengan tarikh keramat Hari Ulang Tahun Pasukan 2 RAMD yang Ke-84.

HARIMAU MALAYA
SENTIASA TUNJUK BELANG

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE-84 BATALION KEDUA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (2 RAMD)Gembala Harimau Malaya, Leftenan Kolon...
30/11/2025

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE-84 BATALION KEDUA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (2 RAMD)

Gembala Harimau Malaya, Leftenan Kolonel Mohamad Aziz bin Ahmad Azhar bersama seluruh warga Harimau Malaya mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Pasukan 2 RAMD Ke-84.

Semoga segala usaha dan pengorbanan para anggota batalion ini terus mendapat keberkatan serta rahmat dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.

HARIMAU MALAYA
SENTIASA TUNJUK BELANG

Address

Kem Sungai Ara
Bayan Lepas
11900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category