Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru

SEMASA: [02 JUN 2026] | 18:30 PETANGAnggota bertugas pada hari ini telah melaksanakan kerja-kerja pertukaran peralatan ...
02/06/2026

SEMASA:

[02 JUN 2026] | 18:30 PETANG

Anggota bertugas pada hari ini telah melaksanakan kerja-kerja pertukaran peralatan operasi daripada Jentera Scania P1-10 (BBU) ke Jentera Mercedes Atego P1-07 (BJL) sebagai jentera gantian sementara.

Pertukaran ini dilaksanakan berikutan Jentera Scania P1-10 (BBU) akan dihantar ke Bahagian Kejuruteraan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Salak Tinggi bagi menjalani kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan utama (Major Service).

Kerja-kerja pemindahan peralatan melibatkan penyusunan semula kelengkapan operasi, peralatan pemadaman kebakaran serta logistik berkaitan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan operasi balai sentiasa berada pada tahap optimum sepanjang tempoh jentera tersebut berada di bahagian Kejuruteraan (Pembaikan)

PESANAN KOMUNITI:

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap keselamatan di rumah dan tempat kerja. Pastikan laluan kecemasan tidak dihalang serta peralatan keselamatan berada dalam keadaan baik.

Kesedaran dan tindakan awal mampu mencegah kejadian yang tidak diingini.

Ikuti TikTok rasmi Bomba Bayan Baru: https://shorturl.at/v3yDo

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang






.

TERKINI :KEBAKARAN KERETA BAYAN LEPAS, 2 Jun – Sebuah kereta mengalami kebakaran serius di bahagian enjin dalam kejadian...
02/06/2026

TERKINI :

KEBAKARAN KERETA

BAYAN LEPAS, 2 Jun – Sebuah kereta mengalami kebakaran serius di bahagian enjin dalam kejadian di kawasan berhadapan Idaman Lavender 1, Lintang Sungai Ara 9 petang tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada jam 2.26 petang sebelum sebuah jentera FRT dan EMRS digerakkan ke lokasi.

Komander Operasi, PBK II 14219 berkata, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran sedang berlaku pada bahagian enjin kenderaan terbabit. Anggota bertindak menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula daripada jentera Bomba sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Menurut beliau, kebakaran dianggarkan 80 peratus kerosakan pada bahagian enjin namun tiada mangsa dilaporkan cedera atau terlibat dalam kejadian tersebut.

Pihak bomba turut memaklumkan bahawa pegawai Forensik Kebakaran (FIO) telah dihubungi bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian.

Dua anggota Polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) turut berada di lokasi bagi membantu mengawal keadaan.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.12 petang setelah keadaan disahkan selamat dan terkawal.

Tonton & Follow kami di Tiktok Bomba Bayan Baru: https:

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang







KEBOCORAN HOS GAS LPGBAYAN LEPAS, 2 Jun – Kebocoran pada hos sambungan tong gas LPG dipercayai menjadi punca kebakaran k...
02/06/2026

KEBOCORAN HOS GAS LPG

BAYAN LEPAS, 2 Jun – Kebocoran pada hos sambungan tong gas LPG dipercayai menjadi punca kebakaran kecil di sebuah gerai di Taman Iping, Lintang Batu Maung 4, petang tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru menerima panggilan kecemasan pada jam 1.46 petang sebelum menggerakkan jentera ke lokasi. Bagaimanapun, kebakaran telah berjaya dipadamkan sebelum ketibaan pasukan bomba.

Komander Operasi melaporkan kebakaran hanya melibatkan hos sambungan tong gas LPG dengan anggaran kemusnahan sekitar lima peratus. Kejadian tidak melibatkan struktur bangunan atau peralatan di gerai berkenaan.

Pemeriksaan lanjut mendapati keadaan lokasi adalah selamat dan terkawal. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.09 petang dengan bantuan daripada Bomba Sukarela Batu Maung sebelum pasukan bertolak balik ke balai.

Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, segera hubungi 999 untuk tindakan pantas daripada pihak bomba.

Follow Tiktok Bomba Bayan Baru: https://shorturl.at/v3yDo

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang







KEBAKARAN KABEL TIANG ELEKTRIKBAYAN LEPAS, 2 Jun – Pasukan BBP Bayan Baru bergegas ke Persiaran Kelicap 2 selepas meneri...
02/06/2026

KEBAKARAN KABEL TIANG ELEKTRIK

BAYAN LEPAS, 2 Jun – Pasukan BBP Bayan Baru bergegas ke Persiaran Kelicap 2 selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran kabel pada tiang elektrik pada jam 12.27 tengah hari.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran pada tiang elektrik bernombor PKD 4/1 telah padam sebelum ketibaan bomba. Pemeriksaan lanjut dilakukan bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan di kawasan tersebut.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi ditamatkan pada jam 1.00 petang sebelum pasukan kembali ke balai. Pihak Polis turut berada di lokasi bagi membantu mengawal keadaan.

Ikuti TikTok rasmi Bomba Bayan Baru: https://shorturl.at/v3yDo

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang






SEMASA[02 JUN 2026] 08:00 - 20:00Panggilan Baris & Pemeriksaan JenteraProses panggilan baris pasukan BRAVO dan ALPHA , A...
02/06/2026

SEMASA

[02 JUN 2026] 08:00 - 20:00
Panggilan Baris & Pemeriksaan Jentera

Proses panggilan baris pasukan BRAVO dan ALPHA , Anggota bertugas turut menjalankan pemeriksaan ke atas jentera bomba serta peralatan operasi bagi memastikan tahap kesiapsiagaan operasi sentiasa berada dalam keadaan optimum.

**********

PESANAN KOMUNITI

"Keselamatan kebakaran bermula dengan langkah kecil tetapi bererti. Pastikan semua suis elektrik dimatikan sebelum keluar rumah, jauhkan bahan mudah terbakar daripada sumber api, dan ajar anak-anak tentang bahaya bermain dengan api. Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat. Sayangi nyawa, cegah kebakaran!"

Ikuti TikTok rasmi Bomba Bayan Baru: https://shorturl.at/v3yDo

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang






SEMASA:[02 JUN 2026] 07:00 PAGI: JASMANI PAGI DAN LARIAN 2.4KM.Tujuan aktiviti jasmani pagi adalah untuk meningkatkan ta...
02/06/2026

SEMASA:

[02 JUN 2026] 07:00 PAGI: JASMANI PAGI DAN LARIAN 2.4KM.

Tujuan aktiviti jasmani pagi adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, ketahanan mental, dan semangat kerjasama dalam kalangan anggota, serta mempersiapkan diri untuk tugasan harian dengan lebih bertenaga dan fokus.

PESANAN KOMUNITI:

Kami warga Bomba Bayan Baru sentiasa bersedia untuk membantu komuniti kekal selamat.Keperihatinan anda adalah keutamaan kami.Sekiranya ada kecemasan sila hubungi kami di talian kecemasan 999 untuk bantuan.

Follow Tiktok Bomba Bayan Baru: https://shorturl.at/v3yDo

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang





SEMASA: [01 JUN 2026] | 2130 MALAM : Kelas Teori Emrs PESANAN KOMUNITI :Peringatan: Pastikan masakan dimatikan sepenuhny...
01/06/2026

SEMASA:

[01 JUN 2026] | 2130 MALAM : Kelas Teori Emrs

PESANAN KOMUNITI :

Peringatan: Pastikan masakan dimatikan sepenuhnya sebelum meninggalkan dapur bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Ikuti kami di TikTok: shorturl.at/v3yDo

---

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang





SEMASA[01 JUN 2026] 2000-0800:Panggilan Baris & Pemeriksaan JenteraProses panggilan baris pasukan ALPHA dan CHARLIE. Ang...
01/06/2026

SEMASA

[01 JUN 2026] 2000-0800:
Panggilan Baris & Pemeriksaan Jentera

Proses panggilan baris pasukan ALPHA dan CHARLIE. Anggota bertugas turut menjalankan pemeriksaan ke atas jentera bomba serta peralatan operasi bagi memastikan tahap kesiapsiagaan operasi sentiasa berada dalam keadaan optimum.

**********

PESANAN KOMUNITI

"Keselamatan kebakaran bermula dengan langkah kecil tetapi bererti. Pastikan semua suis elektrik dimatikan sebelum keluar rumah, jauhkan bahan mudah terbakar daripada sumber api, dan ajar anak-anak tentang bahaya bermain dengan api. Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat. Sayangi nyawa, cegah kebakaran!"

Ikuti TikTok rasmi Bomba Bayan Baru: https://shorturl.at/v3yDo

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang






SEMASA[01 JUN 2026] 0800 PAGI :Panggilan Baris & Pemeriksaan JenteraProses panggilan baris pasukan CHARLIE dan BRAVO tel...
01/06/2026

SEMASA

[01 JUN 2026] 0800 PAGI :
Panggilan Baris & Pemeriksaan Jentera

Proses panggilan baris pasukan CHARLIE dan BRAVO telah dilaksanakan dengan lancar. Anggota bertugas turut menjalankan pemeriksaan ke atas jentera bomba serta peralatan operasi bagi memastikan tahap kesiapsiagaan operasi sentiasa berada dalam keadaan optimum.

**********

PESANAN KOMUNITI

"Keselamatan kebakaran bermula dengan langkah kecil tetapi bererti. Pastikan semua suis elektrik dimatikan sebelum
keluar rumah, jauhkan bahan mudah terbakar daripada sumber api, dan ajar anak-anak tentang bahaya bermain dengan api. Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat. Sayangi nyawa, cegah kebakaran!"

Ikuti TikTok rasmi Bomba Bayan Baru: https://shorturl.at/v3yDo

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang






DAULAT TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawa...
31/05/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan kedaulatan.

Menjunjung kasih Tuanku atas segala jasa, kepimpinan dan pengorbanan dalam memartabatkan Institusi Raja Berperlembagaan demi kemakmuran, kestabilan dan kesejahteraan Malaysia.

Menjunjung Kasih Tuanku.

Ingatan Tulus Ikhlas Daripada

Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Negeri Pulau Pinang

Ikuti TikTok rasmi Bomba Bayan Baru: https://shorturl.at/v3yDo

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang







Address

Jalan TENGAH
Bayan Lepas

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru:

Share