Pejabat MARA Daerah Bau/Lundu

Pejabat MARA Daerah Bau/Lundu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat MARA Daerah Bau/Lundu, Government Organization, Jalan Seringgok, Bau.

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya. Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

29/04/2026

Juh ngagak sia..

22/04/2026

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก-๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—จ๐—ง๐—ข๐— ๐—ข๐—ง๐—œ๐—™ ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข

JOM SERTAI KAMI DI DALAM:

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—”๐—จ๐—ง๐—ข๐— ๐—ข๐—ง๐—œ๐—™ ๐Ÿฏ๐Ÿฒ๐Ÿฌยฐ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐Ÿš—
Anjuran BPU MARA yang dikuasakan oleh Mannol Malaysia

๐Ÿ’ก Matlamat Program ini adalah:
โœ… Pendedahan kepada pemilihan peralatan dan perkakasan bengkel yang tepat dan efisien
โœ… Tatacara serta kaedah pengurusan ke arah bengkel yang lebih sistematik
โœ… Penerangan kepada servis pantas dan cara meningkatkan margin keuntungan bengkel melalui produk Mannol
โœ… Penerangan kepada struktur Program Pemerkasaan Bengkel (WEP) untuk membantu pengusaha bengkel membangun dan menaiktaraf bengkel

Informasi Kursus:
๐Ÿ“ฃ : WEP Sarawak Siri 2/2026
๐Ÿ“† : 28-30 April 2026
โฐ : 8.30am - 10.00pm
๐Ÿ“ : Riverside Majestic Hotel Puteri Wing
๐Ÿข : Penginapan hotel disediakan
๐Ÿฅ— : Makan minum disediakan
๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐Ÿ”ง : 20 Usahawan Automotif / Bengkel

Link Daftar Penyertaan:
https://myusahawan.mara.gov.my/public/Detail_Kursus_awam.aspx?Id=1011650019000020260428&idx=3578

๐Ÿ’ต : Yuran RM200
Link Pembayaran: https://bayar.maraeps.my

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Kursus ini mensasarkan pemilik-pemilik bengkel kereta yang terlibat di dalam industri automotif / bengkel

Maklumat Lanjut, Boleh Hubungi:
๐Ÿ“Œ 012-383 0980 (En. Fairul)
๐Ÿ“Œ 016-894 5547 (Pn. Nurulhuda)

Jak Muwah
10/04/2026

Jak Muwah

๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฅ๐ž๐ฉ๐š๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐ ! ๐ŸŽ“

Hadiri Karnival Pendidikan MARA 2026 di City One Mall, Aras 2, yang menghimpunkan pelbagai institusi pendidikan MARA seperti UniKL, Kolej Poly-Tech MARA, Kolej Profesional MARA, TVETMARA, dan banyak lagi!

๐Ÿ’ก Peluang terbaik untuk rancang masa depan anda bersama MARA!

๐Ÿ‘‰ Jangan lepaskan peluang ini โ€” kami tunggu anda di sana!





๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐ˆ๐“๐‚๐‡ ๐๐„๐‘๐…๐„๐‚๐“ ๐•๐ƒ๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”01 April 2026Kursus Pitch Perfect VDP yang berlangsung selama tiga hari ini t...
01/04/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐ˆ๐“๐‚๐‡ ๐๐„๐‘๐…๐„๐‚๐“ ๐•๐ƒ๐
๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

01 April 2026

Kursus Pitch Perfect VDP yang berlangsung selama tiga hari ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dari 30 Mac 2026 sehingga 01 April 2026 bertempat di Penview Hotel, Kuching.

Program ini memberi pendedahan kepada para peserta dalam membina keyakinan serta kemahiran menghasilkan dan menyampaikan pitch perniagaan yang lebih berkesan dan berimpak ๐Ÿ’ผโœจ

Sepanjang kursus, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti termasuk sesi perkongsian ilmu, latihan praktikal serta pembentangan idea perniagaan. Komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh semua peserta amat membanggakan ๐Ÿ’ช

Majlis penutupan telah diakhiri dengan tayangan video montaj serta penyampaian sijil kepada para peserta sebagai tanda penghargaan atas penglibatan mereka ๐ŸŽ“

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada En. John Anak Michael, Pegawai MARA Daerah Bau/Lundu serta penceramah jemputan Ts. Suria Affendi atas sokongan, bimbingan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkembangkan lagi perniagaan masing-masing.







27/03/2026

๐Ÿš€PROGRAM BIZSTART โ€“ PERMULAAN STRATEGIK USAHAWAN KOMPETEN ๐Ÿš€

Anda usahawan Bumiputera yang sedang mencari hala tuju lebih jelas, strategi lebih kemas dan ilmu yang praktikal untuk naikkan perniagaan?
Inilah peluang anda!

๐Ÿ“Œ Program BizStart direka khas untuk membantu usahawan membina asas perniagaan yang kukuh, meningkatkan kompetensi dan bersedia melangkah ke fasa seterusnya dengan lebih yakin.
๐Ÿ—“ Tarikh: 7 โ€“ 8 April 2026 (Selasa & Rabu)
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Li Hua Hotel, Bintulu
๐Ÿ’ฐ Yuran Komitmen: RM100

โœ… Syarat Penyertaan (Ringkas):
โ€ข Warganegara Malaysia & Bumiputera
โ€ข Berumur 18 โ€“ 40 tahun
โ€ข Mempunyai perniagaan aktif (SSM / Lesen PBT berkaitan)
โ€ข Menjalankan perniagaan sepenuh masa
โ€ข Perniagaan patuh Syariah
โ€ข Tidak disenaraihitamkan MARA

Pendaftaran:
https://forms.gle/jF5bZh9fM8s15shU8 atau hubungi pegawai bertugas.

๐Ÿ“ž Pegawai untuk dihubungi:
1. Pn. Anastasia Anak Aron - 014 779 5870
2. Pn. Siti Farah Binti Edwin - 012 850 5081








๐Ÿš€ ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘น๐‘บ๐‘ผ๐‘บ ๐‘ท๐‘ฐ๐‘ป๐‘ช๐‘ฏ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ญ๐‘ฌ๐‘ช๐‘ป ๐‘ฝ๐‘ซ๐‘ท Usahawan, ini peluang anda!Sertai Kursus Pitch Perfect VDP untuk belajar teknik membentangkan...
05/03/2026

๐Ÿš€ ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘น๐‘บ๐‘ผ๐‘บ ๐‘ท๐‘ฐ๐‘ป๐‘ช๐‘ฏ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ญ๐‘ฌ๐‘ช๐‘ป ๐‘ฝ๐‘ซ๐‘ท

Usahawan, ini peluang anda!

Sertai Kursus Pitch Perfect VDP untuk belajar teknik membentangkan idea perniagaan dengan lebih tersusun, yakin dan meyakinkan.

๐Ÿ“… 30 Mac โ€“ 1 April 2026
๐Ÿ“ Pen View Hotel, Kuching
๐Ÿ’ฐ RM100 sahaja
โš ๏ธ Terhad kepada 20 peserta

๐Ÿ“ฒ Daftar segera dengan scan QR pada poster!

02/03/2026

๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—›

Dalam lipatan sejarah pembangunan negara, tersulam sebuah hikayat yang terbit rasa tanggungjawab dan amanah untuk membela nasib bangsa dan kemajuan di bumi pertiwi.

Tatkala bara nasionalisme menyala marak di dada anak watan, suara bumiputera bergema lantang menuntut keadilan dan peluang yang saksama dalam arus perubahan zaman.

Tanggal 1 Mac 1966, lahirlah Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah nama keramat yang menjadi lambang era baharu, sebuah badan berkanun yang termaktub di bawah Akta Parlimen, hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama tahun 1965. MARA, era baharu yang meneruskan amanah perjuangan dan mandat bagi memaju, menggalak serta melaksanakan pembangunan sosioekonomi dan kemasyarakatan, khususnya di wilayah luar bandar yang sekian lama mendambakan pembelaan.

Kini genaplah enam dekad berlalu.

Dalam tempoh yang panjang itu, MARA berkembang mekar menjadi institusi unggul bertaraf dunia. Dari ruang kuliah yang sederhana hingga ke pusat inovasi yang canggih, dari desa terpencil hingga ke pentas antarabangsa, jejak langkah MARA terpahat megah dalam lembaran pembangunan negara. Ia tidak sekadar menunaikan mandat yang diamanahkan, bahkan mencipta legasi yang diwariskan daripada satu generasi ke satu generasi.

Maka terzahirlah logo MARA 60 Tahun, sebuah angka yang bukan sekadar bilangan tetapi lambang perjalanan kegemilangan daripada akar sejarah yang kukuh hingga ke pengukuhan peranan MARA dalam membentuk masa depan bangsa yang gemilang.

Di sebalik angka itu terhimpun usaha, pengorbanan, serta keringat warga yang setia menjunjung amanah selama enam dekad, sehingga nama MARA masyhur di persada dunia. MARA bukan hanya sebuah institusi. MARA ialah suara harapan yang tidak pernah sepi. MARA ialah tiang kekuatan yang tidak pernah rapuh. MARA ialah amanah yang terus dijunjung, bukan sekadar dipikul, dipelihara bukan sekadar dilafazkan demi agama, bangsa dan negara, selagi hayat dikandung badan.

๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž ๐™ˆ๐˜ผ๐™๐˜ผ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ ๐™š 60 ๐™ฉ๐™–๐™๐™ช๐™ฃ.








๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡๐€๐ ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐€๐‘๐€ (๐˜๐๐Œ) ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€...
10/02/2026

๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡๐€๐ ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐€๐‘๐€ (๐˜๐๐Œ) ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“
๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐”

Pejabat Pendidikan Daerah Bau telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) pada 10 Februari 2026 (Selasa) bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Bau. Dalam majlis ini, bantuan persekolahan berjumlah RM100 secara one-off telah disalurkan kepada 50 orang pelajar daripada golongan B40 di kawasan Parlimen Mas Gading, di bawah Program Pemerkasaan Wanita 2025.

Majlis ini bertujuan membantu pelajar yang layak dalam meringankan beban kewangan serta menyokong keperluan pendidikan mereka.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Puan Ajar @ Siti Ajar binti Yasin (Ahli Majlis MARA) dan turut dihadiri oleh Naziela binti Shahdan Osman (Pegawai Perhubungan Pendidikan, YPM Negeri Sarawak), Siti Sarah binti Hussein (Pegawai Latihan dan Kerjaya, MARA Negeri Sarawak), Encik Mathew Anak Apok (Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, PPD Bau) serta Encik John Anak Michael (Pegawai MARA Daerah Bau/Lundu).

Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat dan menjadi pemangkin kejayaan kepada para pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik.







๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€๐‡๐€๐ ๐Œ๐€๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐†๐ˆ๐€๐“๐Œ๐€๐‘๐€ ๐Œ๐€๐’ ๐†๐€๐ƒ๐ˆ๐๐† ๐๐€๐” ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Taklimat kemudahan MARA telah disampaikan oleh Pegawai Mara...
15/01/2026

๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€๐‡๐€๐ ๐Œ๐€๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐†๐ˆ๐€๐“๐Œ๐€๐‘๐€ ๐Œ๐€๐’ ๐†๐€๐ƒ๐ˆ๐๐† ๐๐€๐” ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Taklimat kemudahan MARA telah disampaikan oleh Pegawai Mara Daerah, Encik John Anak Michael & Penolong Pegawai Mara Daerah,Puan Joana Ngilo pada 15.01.2026 (Khamis) di GiatMara Mas Gading, Bau bagi sesi Januari tahun 2026.

Taklimat ini merupakan perkongsian kepada para pelatih GiatMara berkaitan memberikan peluang perniagaan dalam kemudahan Mara untuk memperluaskan perniagaan sama ada untuk memperluaskan perniagaan yang diusahakan atau bagi mereka yang berminat menceburi sektor keusahawan serta bidang-bidang kerjaya yang bersesuian selepas melanjutkan pembelajaran atau latihan bersama GiatMara.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan panduan kepada pelatih di masa akan datang.

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐€๐Š๐’๐€๐Š ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐” ๐๐€๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”MAKSAK Daerah Bau telah mengadakan mesyuarat Penyelaras...
14/01/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐€๐Š๐’๐€๐Š ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐” ๐๐€๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

MAKSAK Daerah Bau telah mengadakan mesyuarat Penyelarasan aktiviti Daerah Bau tahun 2026 pada 14/01/2026 (Rabu) bertempat di Majlis Daerah Bau.

Agenda mesyuarat melibatkan pembentangan aktiviti tahun 2025 dan pembentangan rancangan aktiviti 2026 serta program yang melibatkan bersama komuniti.

Address

Jalan Seringgok
Bau
94000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082763990

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat MARA Daerah Bau/Lundu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share