JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju

PENGARAH BAHARU JBSN PULAU PINANG SANTUNI WARGA KERJA, TEKANKAN INTEGRITI DAN TADBIR URUS CEMERLANGPULAU PINANG, 18 Sept...
18/09/2026

PENGARAH BAHARU JBSN PULAU PINANG SANTUNI WARGA KERJA, TEKANKAN INTEGRITI DAN TADBIR URUS CEMERLANG

PULAU PINANG, 18 September 2026 โ€“ Pengarah baharu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBSNPP), Puan Wan Nor Iza Binti Mohd Nor, telah mengadakan sesi perjumpaan dan amanat bersama warga kerja Jabatan serta pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pulau Pinang.

Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat JBSNPP itu bertujuan memperkenalkan kepimpinan baharu jabatan di samping mengeratkan hubungan antara pengurusan tertinggi dan seluruh warga kerja JBSNPP.

Dalam amanat sulung beliau, Puan Wan Nor Iza menekankan kepentingan integriti, tatakelola pentadbiran yang baik serta pengurusan organisasi yang cekap dan berkesan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada golongan belia dan masyarakat dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Beliau turut mengingatkan warga kerja agar sentiasa mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan, mengamalkan budaya kerja berintegriti serta memperkukuhkan semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan setiap tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Selain itu, beliau berharap seluruh warga JBSNPP dan PBSD dapat terus komited dalam mendukung aspirasi Kementerian Belia dan Sukan serta memperkasakan agenda pembangunan belia dan sukan di Negeri Pulau Pinang.

Perjumpaan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni serta memberi peluang kepada warga kerja untuk berinteraksi secara langsung dengan Pengarah baharu bagi berkongsi pandangan dan memperkukuhkan hala tuju organisasi ke arah kecemerlangan perkhidmatan awam.

๐Ÿ”ฅ HARI SUKAN NEGARA PULAU PINANG 2026! ๐Ÿ”ฅJom sertai Klinik Pickleball bersama Coach Aiman dan Affiq..๐Ÿ’ช๐ŸŽถ๐Ÿ“… 10 Oktober 2026 ...
17/09/2026

๐Ÿ”ฅ HARI SUKAN NEGARA PULAU PINANG 2026! ๐Ÿ”ฅ

Jom sertai Klinik Pickleball bersama Coach Aiman dan Affiq..๐Ÿ’ช๐ŸŽถ

๐Ÿ“… 10 Oktober 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Pickle Bross @ Kompleks Sukan dan Rekreasi Jalan Betek, Bukit Mertajam

Penyertaan terhad kepada 24 peserta terawal sahaja! Paddle dan bola disediakan..

๐Ÿ“ฒ Daftar sekarang melalui kod QR!

๐Ÿ†โœจ MENGHARGAI SUMBANGAN, MENGANGKAT POTENSI, MEMPERKASA GENERASI MASA HADAPAN! โœจ๐Ÿ†MAJLIS ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PE...
17/09/2026

๐Ÿ†โœจ MENGHARGAI SUMBANGAN, MENGANGKAT POTENSI, MEMPERKASA GENERASI MASA HADAPAN! โœจ๐Ÿ†
MAJLIS ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026

๐Ÿ“… 12 September 2026
๐Ÿ“ Bahang Bay Hotel
โฐ 2.00 Petang โ€“ 5.00 Petang

Telah berlangsung Majlis Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang yang disempurnakan oleh YB Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang sebuah majlis yang menghimpunkan calon-calon belia yang telah mencurahkan idea, tenaga, masa dan komitmen dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat serta pembangunan belia di Negeri Pulau Pinang 2026. ๐ŸŒŸ
Majlis ini turut meraikan penyertaan calon bagi tiga kategori utama iaitu:
๐Ÿ”น Individu Belia Lelaki
๐Ÿ”น Individu Belia Wanita
๐Ÿ”น Pertubuhan Belia
Anugerah Perdana Belia Negara bukan sekadar sebuah pengiktirafan, malah menjadi wadah untuk menghargai usaha, meraikan pencapaian dan mengangkat potensi anak muda yang sentiasa berani mencetuskan idea serta membawa perubahan positif dalam komuniti.
๐Ÿ‘๐Ÿป Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang telah mengambil bahagian!
Setiap penyertaan adalah bukti bahawa anak muda Pulau Pinang mempunyai potensi, kepimpinan, kreativiti dan semangat yang tinggi untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan negara.
๐Ÿ’ซ Anda bukan sekadar calon.
Anda adalah inspirasi.
Anda adalah penggerak perubahan.
Anda adalah masa depan.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang akan terus komited dalam menyokong serta memperkasa golongan belia agar terus melangkah ke hadapan, mencipta peluang dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri dan negara.
Belia Diperkasa, Negara Sejahtera!
Syabas Belia Pulau Pinang! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ”ฅ

5 September 2026 | TVET MARA Balik Pulau, Pulau PinangLENSA TOWN HALL SANTAI BERSAMA YB TUAN MORDI ANAK BIMO, TIMBALAN M...
17/09/2026

5 September 2026 | TVET MARA Balik Pulau, Pulau Pinang

LENSA TOWN HALL SANTAI BERSAMA YB TUAN MORDI ANAK BIMO, TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN

Program ini menghimpunkan para belia tidak berpersatuan terdiri daripada pelajar daripada pelbagai institusi pendidikan di sekitar Pulau Pinang dalam suasana yang santai, terbuka dan interaktif. Sesi Town Hall ini menjadi platform untuk para pelajar dan anak muda bertukar pandangan, berkongsi idea serta menyuarakan aspirasi dan cadangan berkaitan pembangunan belia dan masa depan generasi muda di Pulau Pinang.

Perbincangan secara dua hala ini turut memberi peluang kepada anak muda untuk berinteraksi secara lebih dekat bersama YB Timbalan Menteri serta berkongsi pandangan mengenai peluang, cabaran dan keperluan generasi muda pada masa kini.

Majlis ini turut dihadiri oleh Saudara Vincent Tan Chor Lim, Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, serta Pegawai Penyelaras KADUN YBhg. Dato' Haji Mohd Tuah bin Ismail yang turut bersama-sama menyokong usaha memperkukuhkan platform komunikasi dan penglibatan anak muda dalam agenda pembangunan negeri.

Suara anak muda merupakan elemen penting dalam membentuk masa depan. Justeru, ruang seperti Town Hall Santai perlu terus diperkasakan agar pandangan, idea dan aspirasi generasi muda dapat didengar, dihargai dan diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat kepada mereka.

Anak muda bukan sekadar pewaris masa depan, tetapi merupakan rakan strategik dalam mencorakkan masa depan hari ini.

Daripada anak muda, bersama anak muda, untuk masa depan yang lebih baik.

**aupinang

**aupinang


โšฝ๐Ÿ”ฅ JOM SERTAI KLINIK BOLA SEPAK DNA FAISAL HALIM!Bawa anak-anak menyertai pengalaman latihan bola sepak bersama DNA Fais...
17/09/2026

โšฝ๐Ÿ”ฅ JOM SERTAI KLINIK BOLA SEPAK DNA FAISAL HALIM!

Bawa anak-anak menyertai pengalaman latihan bola sepak bersama DNA Faisal Halim sempena Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah 2026! ๐Ÿ’ช๐Ÿฝ

๐Ÿ“… 10 Oktober 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Kompleks Sukan dan Rekreasi Jalan Betek, Bukit Mertajam
๐Ÿ‘ฆ๐Ÿป Terbuka kepada peserta berumur 12 tahun ke bawah

โš ๏ธ Penyertaan terhad kepada 100 peserta terawal sahaja!

๐ŸŽ Anugerah istimewa menanti:

๐Ÿ† Anugerah Kemahiran Mengelecek Terbaik
๐Ÿ† Anugerah Penyudah Terbaik
๐Ÿ† Anugerah Hantaran Terbaik
๐Ÿ† Anugerah Semangat Kesukanan Terbaik
๐Ÿ† Anugerah Pemain Harapan

๐Ÿ“ฒ Daftar sekarang melalui kod QR yang disediakan!

๐Ÿ”ฅ JOM GEGARKAN HARI SUKAN NEGARA 2026! ๐Ÿ”ฅSertai Pound Fitness bersama Pro Afiqah dan rasai pengalaman senaman penuh tenag...
16/09/2026

๐Ÿ”ฅ JOM GEGARKAN HARI SUKAN NEGARA 2026! ๐Ÿ”ฅ

Sertai Pound Fitness bersama Pro Afiqah dan rasai pengalaman senaman penuh tenaga, muzik serta keseronokan bersama komuniti! ๐Ÿ’ช๐ŸŽถ

๐Ÿ“… 10 Oktober 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Kompleks Sukan dan Rekreasi Jalan Betek, Bukit Mertajam

๐ŸŽ Hadiah menarik menanti:
๐Ÿ† 2ร— Most Energetic Pose Award
๐Ÿ† 2ร— Best Dress Award
๐Ÿ† 1ร— Best Movement Award

Penyertaan terhad kepada 100 peserta terawal sahaja! Sila bawa yoga mat dan air minuman. Ripstix akan disediakan dan perlu dip**angkan selepas sesi.

๐Ÿ“ฒ Daftar sekarang melalui kod QR!

โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธHARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธJom meriahkan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pu...
16/09/2026

โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธHARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

Jom meriahkan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธTerdapat pelbagai aktiviti menarik untuk disertai....

๐Ÿ—“๏ธ 10 October 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•’ 7.00 pagi
๐Ÿ“ Kompleks Sukan dan Rekreasi Jalan Betek, Pulau Pinang

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅJumpa anda disanaaa๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป Fun Walk 3KM/Fun Run 5KM :

https://howei.com/event_details/penanghsnxmalaysiaaktiffunrun2026

Penganjur :

- JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG

โšฝ PERTANDINGAN SEPAK PENALTI HSN PENANG 2026! ๐Ÿ†๐Ÿ”ฅ Hadiah utama RM400 + hadiah tempat ke-2 hingga ke-4!๐Ÿ“… 10 Oktober 2026 (...
15/09/2026

โšฝ PERTANDINGAN SEPAK PENALTI HSN PENANG 2026! ๐Ÿ†

๐Ÿ”ฅ Hadiah utama RM400 + hadiah tempat ke-2 hingga ke-4!
๐Ÿ“… 10 Oktober 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Kompleks Sukan & Rekreasi, Jalan Betek, Bukit Mertajam

๐Ÿ‘ฅ 3โ€“5 pemain setiap pasukan
๐Ÿ’ฐ Yuran komitmen RM30 (dikembalikan semasa pendaftaran)

โฐ Pendaftaran sebelum 30 September 2026!

๐Ÿ“ฒ Nak join? Hubungi Nazrin: 018-666 1610

Slot terhad โ€” daftar sekarang! โšฝ๐Ÿ”ฅ

โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธHARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—”๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ:Tarikh : 10 October 2026 (Sabtu)Flag off : 7....
15/09/2026

โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธHARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—”๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ:
Tarikh : 10 October 2026 (Sabtu)
Flag off : 7.15 pagi
Lokasi : Kompleks Sukan dan Rekreasi Jalan Betek, Pulau Pinang

Acara :
Fun Walk 3KM
Fun Run 5KM

๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—ง๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป:
30 September 2026

๐—ฌ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป Penyertaan :
RM27

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป:

https://howei.com/event_details/penanghsnxmalaysiaaktiffunrun2026

Race Kit

- T-Shirt
- Medal
- Snack Pack
- Lucky Draw
- E-cert

Race Kit Collection

8/10/2026 - Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
10.00 AM - 8.00 PM

9/10/2026 - Kompleks Sukan dan Rekreasi Jalan Betek, Bukit Mertajam
10.00 AM - 8.00 PM

Penganjur :

- JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG

PERTANDINGAN AEROBIC DANCE PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026 13 September- Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri ...
13/09/2026

PERTANDINGAN AEROBIC DANCE PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026

13 September- Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 telah melabuh tirai dengan jayanya. 13 pasukan yang bertanding terdiri dari sekolah rendah hingga sekolah menengah.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai Tuan Yoganraj Thever A/L Kathiravelu.

Tahniah kepada pasukan The Girls dari SKJC PEREMPUAN CHINA yang telah menjadi Johan dan membawa p**ang wang tunai sebanyak RM1,000.00 dan akan ke peringkat kebangsaan mewakili negeri Pulau Pinang.

Seterusnya Naib Johan disandang oleh The Greenhorns dari SK BAYAN LEPAS 2 dengan membawa p**ang wang tunai sebanyak RM800.00.

Bagi tempat ketiga p**a disandang oleh The Top Notch dari SK BAYAN LEPAS 2 juga dan membawa p**ang wang tunai sebanyak RM600.00

Terima kasih kepada Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (2020), Kelab Sukan Kecergasan Sri Tanjung, IKTBN Bukit Mertajam, Para Cikgu, Pengurus Pasukan dan kepada semua peserta yang menyokong dalam menjayakan program ini.

Address

Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor
Batu Uban
11700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6046554444

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share