Galeri Dato Onn Batu Pahat

Galeri Dato Onn Batu Pahat Sebuah galeri yang mempamerkan maklumat riwayat hidup serta perjuangan Dato Onn Jaafar. Dibuka setiap hari kecuali jumaat dan cuti umum dr jam 9pg - 430ptg

27/08/2021

Nama Dato’ Onn bin Jaafar tidak asing lagi dalam sejarah tanah air kita, terutamanya apabila berbicara berkenaan tokoh-tokoh nasionalis Melayu zaman pra-kemerdekaan negara. Dalam penulisan pendek ini, penulis akan berbicara berkenaan biografi ringkas tokoh nasionalis ini dan juga berkenaan tokoh-t...

03/04/2021

Kampung Pantai Minyak Beku

Kampung Pantai Minyak Beku terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar Batu Pahat dan dipercayai didiami oleh kumpulan orang-orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Ahmad.

Mereka telah mendarat di tebing Kuala Sungai Batu Pahat dalam tahun 1811 dan membuat penempatan awal di suatu kawasan berpasir berhampiran sebuah anak sungai.

Menurut cerita, nama Minyak Beku diambil apabila penduduk kampung sering mengambil minyak daripada sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok ‘keruing’ untuk disapu pada dinding rumah dan perahu.

Minyak daripada pokok keruing mudah ditemui di kawasan hutan berhampiran pantai dan dikatakan mampu menahan dinding rumah dari serangan anai-anai.

Walau bagaimanapun, ketika penduduk ingin mengutip minyak tersebut, mereka terkejut melihat ketulan minyak pokok keruing membeku di dalam mangkuk yang ditadah beberapa hari sebelumnya.

Melihat keadaan itu, penduduk terus menamakan kampung mereka sebagai Kampung Minyak Beku.

Sumber: Koleksi Pusat Dokumentasi Johor, Bahagian Persuratan dan Sejarah, Yayasan Warisan Johor





𝙅𝙤𝙢 ‘𝙎𝙪𝙗𝙨𝙘𝙧𝙞𝙗𝙚, 𝙇𝙞𝙠𝙚 & 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬’ 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙖 𝙍𝙖𝙨𝙢𝙞 𝙔𝙖𝙮𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙒𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧 !

Website: www.ywj.gov.my


𝓞𝓯𝓯𝓲𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓢𝓸𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓜𝓮𝓭𝓲𝓪:

🄵🄰🄲🄴🄱🄾🄾🄺: Yayasan Warisan Johor
🄸🄽🅂🅃🄰🄶🅁🄰🄼: instagram.com/yayasanwarisanjohor
🅈🄾🅄🅃🅄🄱🄴: Yayasan Warisan Johor

21/03/2021
21/03/2021

𝓢𝓐𝓢𝓣𝓔𝓡𝓐𝓦𝓐𝓝 𝓙𝓞𝓗𝓞𝓡 𝓗𝓐𝓙𝓘 𝓜𝓓. 𝓘𝓢𝓜𝓐𝓘𝓛 𝓩𝓐𝓜𝓩𝓐𝓜 (𝓩𝓐𝓜 𝓘𝓢𝓜𝓐𝓘𝓛)


Zam Ismail atau nama sebenarnya Md. Ismail Jamjam @ Zamzam dilahirkan pada 19 Mei 1943 di Kampung Parit Rasipan, Batu Pahat, Johor. Dalam bidang penulisan, Zam Ismail telah mengasaskan penubuhan Persatuan Penulis Johor (PPJ) sejak 1966 dan dekad 1970-an.

Berkhidmat selama 15 tahun di Yayasan Warisan Johor sebagai Timbalan Pengarah dari Januari 1998 hingga Disember 2012, jasa dan sumbangannya sangat besar sehingga membawa nama Yayasan Warisan Johor hingga ke peringkat antarabangsa.

Zam Ismail bergiat aktif dalam bidang penulisan khususnya genre puisi, drama, cerpen dan novel remaja.

Antara puisi beliau seperti Perempuan yang Kutemui (PPJ, 1973), Setelah Dinihari (Teks Book Malaysia, 1983), Mari Berpantun – Siri pantun kanak-kanak (K. Publishing, 2001), Mencari Akar di Ladang Terbakar (YWJ Citra Holdings Sdn. Bhd, 2011) dan Merentas Cakerawala Enam Dasawarsa : Puisi Pilihan 1960-2013 (ITBM, 2015).

Manakala, karya novelnya ialah Mencari Pembunuh (DBP, 1973), Yang Resah Gelisah (Marwillis Publisher & Distributors, 1990) dan Trilogi Novel Remaja Zam Ismail (YWJ Citra Holdings Sdn. Bhd, 2014).

Penglibatannya dalam dunia sastera dan penulisan telah mengangkat nama Zam Ismail sehingga ke peringkat antarabangsa. Beliau penerima S.E.A Write Award 2014 (Malaysia) oleh kerajaan negara Thailand, selain namanya terukir sebagai penerima Anugerah Sasterawan Johor pada 2019 oleh Kerajaan Negeri Johor.


Sumber: Koleksi Pusat Dokumentasi Johor, Bahagian Persuratan dan Sejarah, Yayasan Warisan Johor






𝙅𝙤𝙢 ‘𝙎𝙪𝙗𝙨𝙘𝙧𝙞𝙗𝙚, 𝙇𝙞𝙠𝙚 & 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬’ 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙖 𝙍𝙖𝙨𝙢𝙞 𝙔𝙖𝙮𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙒𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧 !

Website: www.ywj.gov.my


𝓞𝓯𝓯𝓲𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓢𝓸𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓜𝓮𝓭𝓲𝓪:

🄵🄰🄲🄴🄱🄾🄾🄺: Yayasan Warisan Johor
🄸🄽🅂🅃🄰🄶🅁🄰🄼: instagram.com/yayasanwarisanjohor
🅈🄾🅄🅃🅄🄱🄴: Yayasan Warisan Johor

21/03/2021

𝚂𝙸 𝙶𝙰𝙳𝙸𝚂 𝙱𝙴𝚁𝚂𝙰𝙽𝙶𝙶𝚄𝙻 𝙻𝙸𝙼𝙰𝚄 𝙼𝙰𝙽𝙸𝚂 🍊

𝚂𝚊𝚔𝚒𝚝 𝚔𝚊𝚔𝚒 𝚍𝚒𝚝𝚒𝚔𝚊𝚖 𝚝𝚞𝚗𝚐𝚐𝚞𝚕,
𝚃𝚞𝚗𝚐𝚐𝚞𝚕 𝚔𝚎𝚌𝚒𝚕 𝚍𝚒 𝚝𝚎𝚗𝚐𝚊𝚑 𝚑𝚞𝚖𝚊,
𝚂𝚊𝚔𝚒𝚝 𝚑𝚊𝚝𝚒 𝚖𝚎𝚖𝚊𝚗𝚍𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚊𝚗𝚐𝚐𝚞𝚕,
𝚂𝚊𝚗𝚐𝚐𝚞𝚕 𝚔𝚎𝚌𝚒𝚕 𝚋𝚎𝚛𝚒𝚜𝚒 𝚋𝚞𝚗𝚐𝚊.

“Sanggul Limau Manis atau Sanggul Dua” ini kebiasaannya dihias berdasarkan Sanggul Siput. Wanita yang berambut panjang dan lebat juga sering membuat dandanan sanggul ini dengan membahagikan rambut kepada dua bahagian iaitu sama tengah dan sama banyak, kemudian dibuat dua sanggul siput yang letaknya di sebelah kanan dan kiri di belakang telinga. Sanggul Limau Manis atau Sanggul Dua biasanya dihiasi dengan suntingan bunga kerana sanggul itu agak kecil. Cucuk sanggul jarang digunakan kecuali bagi rambut yang lebat dan sanggul yang besar.

𝙎𝙪𝙢𝙗𝙚𝙧: 𝙍𝙪𝙥𝙖 𝘿𝙖𝙣 𝙂𝙖𝙮𝙖 𝘽𝙪𝙨𝙖𝙣𝙖 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙮𝙪, 𝘼𝙯𝙖𝙝 𝘼𝙯𝙞𝙯 & 𝘽𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙨𝙪𝙧𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙎𝙚𝙟𝙖𝙧𝙖𝙝, 𝙔𝙖𝙮𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙒𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧





𝙅𝙤𝙢 ‘𝙎𝙪𝙗𝙨𝙘𝙧𝙞𝙗𝙚, 𝙇𝙞𝙠𝙚 & 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬’ 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙖 𝙍𝙖𝙨𝙢𝙞 𝙔𝙖𝙮𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙒𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧 !

Website: www.ywj.gov.my


𝓞𝓯𝓯𝓲𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓢𝓸𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓜𝓮𝓭𝓲𝓪:

🄵🄰🄲🄴🄱🄾🄾🄺: facebook.com/yayasanwarisanjohor
🄸🄽🅂🅃🄰🄶🅁🄰🄼: instagram.com/yayasanwarisanjohor
🅈🄾🅄🅃🅄🄱🄴: Yayasan Warisan Johor

21/03/2021

DATO’ ABDUL HAMID BIN YUSOF

Dato’ Abdul Hamid bin Yusof dilahirkan pada 17 Oktober 1876 dan memulakan kerjaya dalam pasukan Timbalan Setia Negeri Johor pada 9 Jun 1892.

Pada September 1897, Dato’ Abdul Hamid bin Yusof dilantik menjadi Leftenan sehingga awal 1903 apabila beliau ditukarkan ke Muar untuk menjadi pemerintah askar Timbalan Setia Negeri (TSN).

Kedudukan beliau dalam perkhidmatan tentera meningkat hingga ke pangkat Kapten dan seterusnya Mejar. Semasa berpangkat Mejar, beliau mendapat penghargaan daripada Menteri Jajahan Takluk British kerana jasanya semasa Perang Dunia Pertama.

Dato’ Abdul Hamid bin Yusof telah dianugerahkan bintang kebesaran Darjah Paduka Mahkota Johor (DPMJ) serta dilantik menjadi Ahli Jemaah Menteri pada awal Februari 1931. Pada 23 November 1931 beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang kelima.

Dato’ Abdul Hamid bin Yusof telah meninggal dunia pada 28 Disember 1934 dan jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Mahmoodiah, Johor.

𝙎𝙪𝙢𝙗𝙚𝙧 : 𝙏𝙪𝙖𝙣 𝙃𝙟 𝙈𝙙. 𝙄𝙨𝙢𝙖𝙞𝙡 𝙕𝙖𝙢 𝙕𝙖𝙢






𝙅𝙤𝙢 ‘𝙎𝙪𝙗𝙨𝙘𝙧𝙞𝙗𝙚, 𝙇𝙞𝙠𝙚 & 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬’ 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙖 𝙍𝙖𝙨𝙢𝙞 𝙔𝙖𝙮𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙒𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧 !

Website: www.ywj.gov.my


𝓞𝓯𝓯𝓲𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓢𝓸𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓜𝓮𝓭𝓲𝓪:

🄵🄰🄲🄴🄱🄾🄾🄺: Yayasan Warisan Johor
🄸🄽🅂🅃🄰🄶🅁🄰🄼: instagram.com/yayasanwarisanjohor
🅈🄾🅄🅃🅄🄱🄴: Yayasan Warisan Johor

04/02/2021

𝐓𝐞𝐥𝐨𝐤 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚 𝐬𝐢𝐦𝐛𝐨𝐥𝐢𝐤 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 💙❤️

𝙱𝚊𝚓𝚞 𝙺𝚞𝚛𝚞𝚗𝚐 𝚃𝚎𝚕𝚘𝚔 𝙱𝚎𝚕𝚊𝚗𝚐𝚊 𝚒𝚗𝚒 𝚍𝚒𝚔𝚊𝚝𝚊𝚔𝚊𝚗 𝚝𝚎𝚕𝚊𝚑 𝚍𝚒𝚒𝚕𝚑𝚊𝚖𝚔𝚊𝚗 𝚜𝚎𝚛𝚝𝚊 𝚍𝚒𝚛𝚎𝚔𝚊 𝚜𝚎𝚗𝚍𝚒𝚛𝚒 𝚘𝚕𝚎𝚑 𝚂𝚞𝚕𝚝𝚊𝚗 𝙰𝚋𝚞 𝙱𝚊𝚔𝚊𝚛 𝚙𝚊𝚍𝚊 𝚝𝚊𝚑𝚞𝚗 𝟷𝟾𝟼𝟼. 𝙻𝚊𝚋𝚞𝚑 𝙱𝚊𝚓𝚞 𝙺𝚞𝚛𝚞𝚗𝚐 𝚃𝚎𝚕𝚘𝚔 𝙱𝚎𝚕𝚊𝚗𝚐𝚊 𝚒𝚗𝚒 𝚑𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊 𝚔𝚎 𝚙𝚊𝚛𝚊𝚜 𝚙𝚞𝚗𝚐𝚐𝚞𝚗𝚐 𝚍𝚊𝚗 𝚖𝚎𝚖𝚙𝚞𝚗𝚢𝚊𝚒 𝟹 𝚔𝚘𝚌𝚎𝚔 𝚍𝚊𝚗 𝚖𝚎𝚖𝚙𝚞𝚗𝚢𝚊𝚒 𝚙𝚎𝚜𝚊𝚔 𝚍𝚊𝚗 𝚔𝚎𝚔𝚎𝚔.

𝙸𝚍𝚎𝚗𝚝𝚒𝚝𝚒 𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝙹𝚘𝚑𝚘𝚛 𝚖𝚞𝚕𝚊 𝚍𝚒𝚔𝚎𝚗𝚊𝚕𝚒 𝚊𝚙𝚊𝚋𝚒𝚕𝚊 𝚖𝚎𝚛𝚎𝚔𝚊 𝚖𝚎𝚖𝚊𝚔𝚊𝚒 𝙱𝚊𝚓𝚞 𝙼𝚎𝚕𝚊𝚢𝚞 𝚊𝚝𝚊𝚞 𝙱𝚊𝚓𝚞 𝙺𝚞𝚛𝚞𝚗𝚐 𝚜𝚎𝚍𝚘𝚗𝚍𝚘𝚗 𝚍𝚎𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚌𝚊𝚛𝚊 𝚖𝚎𝚖𝚊𝚔𝚊𝚒 𝚔𝚊𝚒𝚗 𝚜𝚊𝚖𝚙𝚒𝚗𝚐 𝚍𝚒𝚜𝚎𝚋𝚎𝚕𝚊𝚑 𝚍𝚊𝚕𝚊𝚖 𝚋𝚊𝚓𝚞. 𝙷𝚊𝚕 𝚒𝚗𝚒 𝚔𝚎𝚛𝚊𝚗𝚊 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚖𝚎𝚗𝚞𝚗𝚓𝚞𝚔𝚔𝚊𝚗 𝚍𝚞𝚊 𝚔𝚘𝚌𝚎𝚔 𝚋𝚎𝚜𝚊𝚛 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚝𝚎𝚛𝚍𝚊𝚙𝚊𝚝 𝚍𝚒𝚋𝚊𝚑𝚊𝚐𝚒𝚊𝚗 𝚋𝚊𝚠𝚊𝚑 𝚋𝚊𝚓𝚞 𝚍𝚊𝚗 𝚔𝚊𝚒𝚗 𝚜𝚊𝚖𝚙𝚒𝚗𝚐 𝚑𝚊𝚗𝚢𝚊 𝚔𝚎𝚕𝚒𝚑𝚊𝚝𝚊𝚗 𝚍𝚒 𝚋𝚊𝚑𝚊𝚐𝚒𝚊𝚗 𝚋𝚊𝚠𝚊𝚑 𝚙𝚞𝚗𝚐𝚐𝚞𝚗𝚐.

𝙰𝚍𝚊 𝚍𝚒𝚊𝚗𝚝𝚊𝚛𝚊 𝚜𝚊𝚞𝚍𝚊𝚛𝚊 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚖𝚊𝚜𝚒𝚑 𝚖𝚎𝚗𝚢𝚒𝚖𝚙𝚊𝚗 𝚔𝚘𝚕𝚎𝚔𝚜𝚒 𝚋𝚞𝚜𝚊𝚗𝚊 𝚋𝚊𝚓𝚞 𝚔𝚞𝚛𝚞𝚗𝚐 𝚝𝚎𝚕𝚘𝚔 𝚋𝚎𝚕𝚊𝚗𝚐𝚊 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚕𝚊𝚖𝚊?

𝙎𝙪𝙢𝙗𝙚𝙧: (𝙈𝙤𝙝𝙙 𝙎𝙖𝙞𝙙 𝙎𝙪𝙡𝙖𝙞𝙢𝙖𝙣. (2008). 𝙋𝙖𝙠𝙖𝙞 𝙋𝙖𝙩𝙪𝙩 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙮𝙪. 𝙐𝙣𝙞𝙫𝙚𝙧𝙨𝙞𝙩𝙞 𝙆𝙚𝙗𝙖𝙣𝙜𝙨𝙖𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖)





𝙅𝙤𝙢 ‘𝙎𝙪𝙗𝙨𝙘𝙧𝙞𝙗𝙚, 𝙇𝙞𝙠𝙚 & 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬’ 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙖 𝙍𝙖𝙨𝙢𝙞 𝙔𝙖𝙮𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙒𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧 !

Website: www.ywj.gov.my


𝓞𝓯𝓯𝓲𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓢𝓸𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓜𝓮𝓭𝓲𝓪:

🄵🄰🄲🄴🄱🄾🄾🄺: facebook.com/yayasanwarisanjohor
🄸🄽🅂🅃🄰🄶🅁🄰🄼: instagram.com/yayasanwarisanjohor
🅈🄾🅄🅃🅄🄱🄴: Yayasan Warisan Johor

04/02/2021

‘𝙱𝙰𝙿𝙰 𝙿𝙴𝙼𝙱𝙰𝙽𝙶𝚄𝙽𝙰𝙽 𝙻𝚄𝙰𝚁 𝙱𝙰𝙽𝙳𝙰𝚁’

Tan Sri Haji Othman bin Mohd Saat dilahirkan di Kampung Sungai Terap, Muar pada 4 April 1924. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Sekolah Arab di Johor Bahru.

Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor pada 18 Mei 1969 sehingga 29 April 1982. Antara jasa beliau semasa menjadi Menteri Besar adalah :

1. Menyelaraskan tangga gaji yang sama bagi Pegawai Johor Civil Service (JCS) / Pegawai Tadbir Negeri Johor ;

2. Menaikkan taraf bandar Johor Bahru sebagai pusat pentadbiran dan perniagaan pada tahun 1977 ;

3. Mengasaskan penubuhan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ;

4. Pembukaan Lembaga Pelabuhan Johor, Lapangan Terbang Sultan Ismail, serta beberapa jabatan kerajaan Persekutuan bagi membantu pembangunan negeri Johor.

Antara anugerah yang diperolehi adalah Bintang Kebesaran SPMJ, P*S, Pingat BSI Kelas I dan II, Pingat Jasa pekerja serta Pingat daripada Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.

Tan Sri Haji Othman bin Mohd Saat meninggal dunia pada 27 Oktober 2007 dan jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

𝙎𝙪𝙢𝙗𝙚𝙧 : 𝙏𝙣 𝙃𝙟 𝙈𝙙 𝙄𝙨𝙢𝙖𝙞𝙡 𝘽𝙞𝙣 𝙕𝙖𝙢 𝙕𝙖𝙢





𝙅𝙤𝙢 ‘𝙎𝙪𝙗𝙨𝙘𝙧𝙞𝙗𝙚, 𝙇𝙞𝙠𝙚 & 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬’ 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙖 𝙍𝙖𝙨𝙢𝙞 𝙔𝙖𝙮𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙒𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧 !

Website: www.ywj.gov.my


𝓞𝓯𝓯𝓲𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓢𝓸𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓜𝓮𝓭𝓲𝓪:

🄵🄰🄲🄴🄱🄾🄾🄺: Yayasan Warisan Johor
🄸🄽🅂🅃🄰🄶🅁🄰🄼: instagram.com/yayasanwarisanjohor
🅈🄾🅄🅃🅄🄱🄴: Yayasan Warisan Johor

04/02/2021

CAPING

Caping adalah sejenis alat perhiasan Melayu yang digunakan untuk menutup alat sulit kanak-kanak kecil lelaki dan perempuan pada masa dahulu. Caping diperkenalkan ke negara ini oleh orang India yang mula bertapak di negeri ini pada abad ke 7 masihi hingga abad ke 13, iaitu pada zaman Sriwijaya.

Caping berbentuk daun ara dan diperbuat daripada logam seperti emas, perak, dan juga tembaga. Motif berbentuk flora biasanya digunakan untuk kanak-kanak perempuan manakala corak palang untuk kanak-kanak lelaki. Penggunaan caping popular di negeri-negeri pantai timur antara abad ke 18 hingga awal abad ke 20 masihi.

Cara pemakaian caping adalah dengan mengikat tali dipinggang dan diletakkan di bahagian sulit kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak lelaki dan perempuan menggunakan caping ketika berumur empat bulan hingga satu tahun.

Sumber :
Dewan Bahasa dan Pustaka
Muzium Warisan Melayu UPM






Jom Subscribe, Like & Follow Media Rasmi Yayasan Warisan Johor!

Website: www.ywj.gov.my


Official Social Media:

Facebook: Yayasan Warisan Johor
Instagram: instagram.com/yayasanwarisanjohor
Youtube: Yayasan Warisan Johor

04/02/2021

𝐑𝐄𝐍𝐂𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 🍲🍵🍛

𝐇𝐚𝐫𝐢𝐬𝐬𝐚 ialah makanan dari Timur Tengah yang pada awalnya dikenali sebagai makanan istana. Ia berasaskan daging lembu, kambing atau ayam yang dicampur dengan gandum segera (instant oats) dan berempah. Adunan dikacau dalam periuk tembaga untuk mendapatkan kepanasan serata dan dimasak lama sehingga likat. Harissa dimakan dengan madu, sambal garam lada dan perahan limau nipis. Ia juga dihidangkan sebagai juadah Hari Raya. Keunikan kombinasi rasa manis, pedas dan masam merupakan ciri khasnya tersendiri.





𝙎𝙪𝙢𝙗𝙚𝙧: 𝙆𝙤𝙡𝙚𝙠𝙨𝙞 𝙋𝙪𝙨𝙖𝙩 𝘿𝙤𝙠𝙪𝙢𝙚𝙣𝙩𝙖𝙨𝙞 𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧, 𝘽𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙨𝙪𝙧𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙎𝙚𝙟𝙖𝙧𝙖𝙝, 𝙔𝙖𝙮𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙒𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧

𝙅𝙤𝙢 ‘𝙎𝙪𝙗𝙨𝙘𝙧𝙞𝙗𝙚, 𝙇𝙞𝙠𝙚 & 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬’ 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙖 𝙍𝙖𝙨𝙢𝙞 𝙔𝙖𝙮𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙒𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧 !


𝓞𝓯𝓯𝓲𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓢𝓸𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓜𝓮𝓭𝓲𝓪:

🄵🄰🄲🄴🄱🄾🄾🄺: facebook.com/yayasanwarisanjohor
🄸🄽🅂🅃🄰🄶🅁🄰🄼: instagram.com/yayasanwarisanjohor
🅈🄾🅄🅃🅄🄱🄴: Yayasan Warisan Johor
🅆🄴🄱🅂🄸🅃🄴: www.ywj.gov.my

27/01/2021

𝐂𝐞𝐫𝐢𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐍𝐚𝐬𝐢 𝐀𝐦𝐛𝐞𝐧𝐠 🍛

Nasi Ambeng ialah hidangan nasi campur masyarakat Jawa yang popular terutamanya di Johor. Ia biasanya disajikan di atas dulang yang dilapisi daun pisang.

Nasi Ambeng membawa rasa yang unik kerana campuran jenis makanan dan dimakan secara berkongsi dengan empat hingga lima orang yang duduk di sekitar dulang.

Hidangan yang disajikan dalam Nasi Ambeng ialah nasi putih bersama mi goreng, ayam ungkep, rempeyek, sambal belacan, sambal goreng Jawa, serunding kelapa, telur masin rebus, ikan masin goreng, dan sayur-sayuran kering. Sambal goreng Jawa yang disediakan adalah daripada suun, tempe, tauhu, kacang panjang yang digoreng bersama bagi memberi rasa yang berbeza.

Nasi Ambeng sinonimnya disediakan pada waktu tengah hari dan malam serta waktu kenduri. Para tamu yang diundang akan menjamah sedikit dan selebihnya akan dibawa pulang buat keluarga.

Bilakah kali terakhir anda makan nasi ambeng menggunakan dulang? ☺️

𝑺𝒖𝒎𝒃𝒆𝒓: Koleksi Pusat Dokumentasi Johor, Bahagian Persuratan & Sejarah, Yayasan Warisan Johor





𝙅𝙤𝙢 ‘𝙎𝙪𝙗𝙨𝙘𝙧𝙞𝙗𝙚, 𝙇𝙞𝙠𝙚 & 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬’ 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙖 𝙍𝙖𝙨𝙢𝙞 𝙔𝙖𝙮𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙒𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧 !

Website: www.ywj.gov.my


𝓞𝓯𝓯𝓲𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓢𝓸𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓜𝓮𝓭𝓲𝓪:

🄵🄰🄲🄴🄱🄾🄾🄺: facebook.com/yayasanwarisanjohor
🄸🄽🅂🅃🄰🄶🅁🄰🄼: instagram.com/yayasanwarisanjohor
🅈🄾🅄🅃🅄🄱🄴: Yayasan Warisan Johor

Address

Jkr 525 Jalan Dato Mohd Shah Gunong Soga Batu Pahat
Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Friday 07:00 - 17:00
Saturday 07:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6074317220

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Galeri Dato Onn Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Galeri Dato Onn Batu Pahat:

Share