15/01/2023
PERMOHONAN GERAN USAHAWAN BANGSA JOHOR 2023 KINI DIBUKA!
Berita baik buat semua usahawan di Johor. Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) kini sudah membuka permohonan bantuan geran perniagaan sehingga RM10,000.00 menerusi Geran Usahawan Bangsa Johor (GUBJ 2023) mulai jam 10 malam tadi.
Antara kluster yang layak memohon ialah:
1. Pembuatan dan pemprosesan makanan dan minuman, termasuk perniagaan perkhidmatan catering, penjaja/peniaga kecik dan peniaga kopi jalanan (barista).
2. Pendidikan (merangkumi bidang perkhidmatan yang berkaitan seperti pusat asuhan dan tadika).
3. Percetakan.
4. Automotif (merangkumi bidang perkhidmatan kenderaan bermotor seperti bengkel motorsikal dan bengkel kereta).
5. Perkhidmatan pengurusan acara.
Kepada yang berminat dan tergolong dalam kluster yang dinyatakan, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai butiran syarat permohonan di pautan berikut :
https://www.pujb.my/gubj/
Permohonan juga boleh terus dibuat di PADU dan rujuk menu urus borang menerusi :-
https://padu.pujb.my
Permohonan dibuka sehingga 06 Februari 2023, Isnin, jam 5.00 petang. Kepada usahawan yang berminat dan mahu membuat permohonan, saya doakan semoga anda semua berjaya.
Kepada Allah Berserah
Allah Berkati Johor