Pejabat Tanah Batu Pahat

Pejabat Tanah Batu Pahat Jika terdapat sebarang pertanyaan , sila hubungi kami di Tel: 07-4341043, 07-4343549
Fax: 07-4316330

06/09/2026

Keadaan cuaca panas dan kering yang berlaku ketika ini memerlukan perhatian serta kerjasama daripada semua pihak bagi mengurangkan sebarang risiko terhadap kesihatan awam dan alam sekitar. Dalam situasi sebegini, sikap bertanggungjawab setiap individu amat penting, khususnya dalam mengelakkan sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan kualiti udara.

Orang ramai diseru agar sentiasa peka terhadap keadaan semasa, mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan mematuhi nasihat serta arahan pihak berkuasa. Bersama kita tingkatkan kesiapsiagaan, jaga kesihatan diri dan keluarga serta memastikan keadaan alam sekitar Johor terus terpelihara.









06/09/2026

Empat daripada lapan stesen pemantauan kualiti udara di Segamat, Tangkak, Kluang dan Batu Pahat masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 12 tengah hari ini.

Orang ramai khususnya di kawasan terlibat dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti fizikal di luar, mengikuti perkembangan bacaan IPU semasa serta mengelakkan pembakaran terbuka.









05/09/2026

Keadaan kualiti udara di Negeri Johor setakat jam 8 malam ini masih memerlukan perhatian yang sewajarnya apabila lima daripada lapan stesen pemantauan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori Tidak Sihat, manakala tiga lagi berada pada tahap Sederhana.

Berikutan situasi ketika ini, orang ramai disaran untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengehadkan aktiviti di luar serta menggunakan pelitup muka mengikut keperluan. Pastikan pengambilan air mencukupi dan segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom kesihatan yang berpanjangan. Sama-sama kita peka terhadap keadaan semasa dan utamakan kesihatan diri serta keluarga.








05/09/2026

Lima daripada lapan stesen pemantauan kualiti udara di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori Tidak Sihat setakat jam 5 petang ini.

Terus ikuti perkembangan bacaan IPU semasa dan elakkan pembakaran terbuka dalam keadaan cuaca panas dan kering yang boleh memburukkan lagi pencemaran udara.









๐Ÿ“ธ SEKITAR MAJLIS | SAMBUNGAN IV ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พHimpunan foto diteruskan dengan lebih banyak detik menarik dan kenangan bermakna sepan...
02/09/2026

๐Ÿ“ธ SEKITAR MAJLIS | SAMBUNGAN IV ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Himpunan foto diteruskan dengan lebih banyak detik menarik dan kenangan bermakna sepanjang Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Batu Pahat.

Terima kasih atas sokongan, kerjasama dan semangat patriotisme yang dizahirkan oleh semua pihak dalam memeriahkan sambutan ini. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SEKITAR SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN | BAHAGIAN IIILebih banyak momen menarik sekitar Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-...
02/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SEKITAR SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN | BAHAGIAN III

Lebih banyak momen menarik sekitar Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Batu Pahat untuk tatapan bersama.

Koleksi foto kali ini merakamkan lagi detik-detik kemeriahan, semangat patriotisme dan kebersamaan seluruh warga Batu Pahat dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Teruskan menikmati himpunan kenangan indah di sebalik sambutan yang penuh warna-warni ini.

๐Ÿ“ธ Sekitar Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Batu PahatBerikut dikongsikan sebanyak lebih 80 keping ...
02/09/2026

๐Ÿ“ธ Sekitar Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Batu Pahat

Berikut dikongsikan sebanyak lebih 80 keping foto yang merakam pelbagai detik, kemeriahan serta semangat patriotisme sepanjang berlangsungnya sambutan.

Jom kita imbas kembali momen-momen menarik dan penuh bermakna yang telah diabadikan sepanjang majlis. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69!

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT DAERAH BATU PAHATBatu Pahat sekali lagi menyemarakkan semangat patriotis...
02/09/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT

Batu Pahat sekali lagi menyemarakkan semangat patriotisme apabila Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Batu Pahat berlangsung penuh gemilang dan meriah di Stadium Batu Pahat.

Sorakan, kibaran Jalur Gemilang dan semangat para peserta yang memenuhi ruang stadium menjadi simbol kukuh perpaduan serta kecintaan terhadap tanah air. Sambutan ini bukan sekadar sebuah perayaan, malah menjadi wadah untuk menyatukan seluruh lapisan masyarakat dalam menghayati erti kemerdekaan dan menghargai keamanan yang dikecapi.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Hairi bin Mohd Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor, Datoโ€™ Onn Hafiz bin Ghazi, serta diiringi Yang Berbahagia Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Batu Pahat.

Turut hadir bersama ialah Yang Berbahagia Tuan Haji Nur Faiz bin Jamil, Pentadbir Tanah Daerah Batu Pahat, serta barisan pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai pentadbiran dan agensi kerajaan yang terlibat.

Kehebatan sambutan terserlah menerusi lintas hormat Rejimen Askar Melayu Diraja yang membawa Jalur Gemilang, disusuli perarakan kontinjen yang terdiri daripada pelbagai jabatan kerajaan, badan beruniform, NGO, persatuan veteran serta aset dan kenderaan khas PDRM, ATM, APM dan JBPM.

Derapan langkah, kibaran Jalur Gemilang dan semangat yang ditunjukkan setiap kontinjen menjadikan perarakan berlangsung penuh bertenaga serta meninggalkan kesan yang cukup bermakna kepada para hadirin.

Sambutan turut disemarakkan dengan deklamasi sajak, persembahan koir, bacaan ikrar kemerdekaan serta penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan perbarisan bagi kategori Jabatan Kerajaan, Mukim, IPT/Sekolah dan NGO.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.โ€

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh jabatan, agensi, badan beruniform, NGO, persatuan, kontinjen, urus setia, sukarelawan serta semua pihak yang telah mencurahkan tenaga, masa dan komitmen dalam memastikan sambutan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan penuh jayanya.

Sesungguhnya, kejayaan sesebuah sambutan tidak hanya terletak pada kemeriahan acara, tetapi pada semangat kebersamaan, perpaduan dan kecintaan kepada negara yang dizahirkan oleh seluruh warga Batu Pahat.

Ayuh terus semarakkan jiwa merdeka. Bersama kita pertahankan perpaduan, bina masa depan dan terus melangkah sebagai sebuah Malaysia yang gemilang.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

MALAYSIA MADANI โ€ข JIWA MERDEKA โ€ข NEGARA SEJAHTERA

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 28 OGOS 2026 | JUMAAT7.30 PAGI๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ RAPTAI PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2026PERINGKAT DAERAH BATU PAHATSemangat patriotism...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 28 OGOS 2026 | JUMAAT
7.30 PAGI

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ RAPTAI PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2026

PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT

Semangat patriotisme terus disemarakkan menerusi Sesi Raptai Kontinjen Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Batu Pahat Tahun 2026 yang berlangsung pagi ini.

Sesi raptai telah disempurnakan dengan kehadiran YBhg. Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Batu Pahat, bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Raptai perbarisan melibatkan laluan dari Jalan Rahmat โ†’ Jalan Ampuan โ†’ Jalan Pejabat โ†’ Padang Stadium Batu Pahat, dengan setiap kontinjen memperkemas pergerakan, susunan dan disiplin bagi memastikan acara kemuncak nanti berlangsung dengan lancar dan penuh tertib.

Turut mengambil bahagian ialah pelbagai kontinjen yang terdiri daripada jabatan kerajaan, badan beruniform, badan berkanun, institusi pendidikan serta Ketua-Ketua Kampung.

Kesungguhan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua peserta jelas mencerminkan semangat kebersamaan, kecintaan kepada negara serta komitmen dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan di daerah ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen serta semua pihak yang bertungkus-lumus membuat persiapan. Semoga semangat yang ditunjukkan terus berkobar sehingga berlangsungnya Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Batu Pahat Tahun 2026. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

AYUH BERSAMA-SAMA KITA SEMARAKKAN JIWA MERDEKA!

๐Ÿ’™ Bersatu Hati, Teguh Berdiri, Demi Malaysia Tercinta. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ


28/08/2026

Address

Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 16:30

Telephone

+6074341043

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tanah Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tanah Batu Pahat:

Shortcuts

Share