27/05/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐ข๐๐๐ง ๐ฆ๐จ๐ก๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐๐ฌ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ง๐จ ๐ฃ๐๐๐๐ง ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐ / ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ๐
, 27 Mei 2026 โ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menganjurkan Program Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Peringkat IPD Batu Pahat bagi Tahun 1447H / 2026M bertempat di Surau Al-Amin 1, Perumahan Tanjung Laboh, Batu Pahat.
โProgram dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam, ahli PERKEP IPD Batu Pahat serta ahli keluarga masing-masing.
โMajlis dimulakan dengan gemaan Takbir Raya Aidiladha sebelum diteruskan dengan taklimat ringkas mengenai kaifiat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha yang disampaikan oleh Ustaz Zainuddin bin Othman. Seterusnya, Solat Sunat Hari Raya Aidiladha dan khutbah Hari Raya disampaikan oleh Ustaz Mohd Zawawi bin Kasbullah dari Cawangan BAKA IPD Batu Pahat. โSelesai ibadah solat, majlis diteruskan dengan sesi bersalaman dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
โPenganjuran program seumpama ini bukan sahaja menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidiladha, malah menjadi platform terbaik dalam memperkukuh ikatan silaturahim serta semangat kekeluargaan dalam kalangan seluruh warga IPD Batu Pahat.