Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Pahat

Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Pahat Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Pahat
Jalan Mohd Khalid
83000 Batu Pahat , Johor
TEL : 07-4338444
FAX : 07-4348675

BERITA KEMATIAN PEGAWAI BOMBAاِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْناَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاع...
15/06/2026

BERITA KEMATIAN PEGAWAI BOMBA
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
DUKACITA dimaklumkan bahawa PB Mohd Shariza bin Mamat (44 tahun) yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, JBPM Negeri Pulau Pinang telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.20 malam, 15 Jun 2026 (Isnin) di Hospital Bachok, Kelantan.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada jam 9.00 pagi, 16 Jun 2026 di Tanah Perkuburan Masjid Kampung Kok Lintang, Gunung Bachok, Kelantan.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
𝙔𝙖 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃 𝙔𝙖 𝙏𝙪𝙝𝙖𝙣𝙠𝙪 𝙖𝙢𝙥𝙪𝙣𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙖, 𝙧𝙖𝙝𝙢𝙖𝙩𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙖, 𝙢𝙖𝙖𝙛𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙖, 𝙢𝙪𝙡𝙞𝙖𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙢𝙖𝙩𝙞𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖, 𝙡𝙖𝙥𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙪𝙗𝙪𝙧𝙣𝙮𝙖, 𝙟𝙖𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙮𝙪𝙧𝙜𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙜𝙖𝙣𝙩𝙞 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩 𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙨𝙖𝙗𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙖𝙝𝙡𝙞 𝙠𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧𝙜𝙖𝙣𝙮𝙖, 𝙨𝙚𝙢𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙧𝙬𝙖𝙝 𝙙𝙞 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜-𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖𝙣...
آمــــــــين آمينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
𝘼𝙡-𝙁𝙖𝙩𝙞𝙝𝙖𝙝...

15/06/2026
15/06/2026

🔴 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗪𝗔𝗠 🔴

Perhatian kepada semua pelanggan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

Perkhidmatan di Klinik Pakar dan Unit Pengambilan Darah Berpusat Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat akan ditutup bersempena dengan Awal Muharam pada ketetapan berikut:

📆 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗧𝘂𝘁𝘂𝗽 : 17 Jun 2026 (Rabu)
📆 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗕𝗲𝗿𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 : 18 Jun 2026 (Khamis)

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 07-436 3000 (Unit Komunikasi Korporat).

Terima Kasih

15/06/2026

Bentong: Empat nyawa dilaporkan terkorban termasuk seorang bayi berusia setahun selepas sebuah kereta dihempap treler dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Ini bukan sekadar satu lagi berita kemalangan.

Ini satu peringatan besar bahawa keselamatan jalan raya bukan hanya terletak pada pemandu kereta kecil, penunggang motosikal atau pengguna jalan raya biasa. Kenderaan berat membawa risiko yang jauh lebih besar apabila hilang kawalan.

Sebuah treler bukan sekadar kenderaan. Ia membawa berat, momentum dan impak yang boleh memusnahkan sebuah keluarga dalam beberapa saat.

Lebih menyedihkan, pemandu treler tersebut dilaporkan positif dadah jenis methamphetamine selepas ujian saringan air kencing. Laporan juga menyebut beliau mempunyai rekod saman lampau.

Kita harus berhati-hati dalam menunggu siasatan penuh. Tetapi pada masa yang sama, tragedi seperti ini tidak boleh dilihat sebagai nasib semata-mata.

Ia membuka persoalan besar.

Bagaimana seseorang yang membawa kenderaan berat boleh terus berada di jalan raya jika ada risiko penyalahgunaan dadah?

Bagaimana rekod kesalahan trafik lampau dipantau sebelum seseorang diberi tanggungjawab mengendalikan kenderaan yang boleh membahayakan ratusan pengguna jalan raya lain?

Bagaimana sistem pemeriksaan, pemantauan majikan, audit keselamatan dan penguatkuasaan dapat diperkukuhkan supaya tragedi seperti ini tidak berulang?

Dalam kesihatan awam, kemalangan jalan raya bukan hanya isu trafik. Ia adalah isu pencegahan kecederaan, keselamatan komuniti dan perlindungan nyawa.

Setiap kali sebuah kenderaan berat bergerak di jalan raya, ia bukan membawa muatan sahaja. Ia membawa amanah keselamatan awam.

Salam takziah kepada keluarga mangsa.

Semoga tragedi ini menjadi titik penting untuk kita melihat semula keselamatan kenderaan berat, pemantauan pemandu berisiko dan perlindungan pengguna jalan raya yang tidak berdosa.

15/06/2026
14/06/2026
14/06/2026
📸 SEMBILAN DEKAD BALAI BOMBA BATU PAHAT BERKHIDMAT UNTUK RAKYATBalai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat merupakan ant...
14/06/2026

📸 SEMBILAN DEKAD BALAI BOMBA BATU PAHAT BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat merupakan antara balai bomba terawal dibina di negeri ini, dengan bangunan asalnya didirikan pada tahun 1935. Terletak di Jalan Mohd Khalid, Batu Pahat, balai ini telah memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat selama lebih sembilan dekad.

Menariknya, pembinaan balai ini pernah diluluskan sebagai sebahagian daripada Belanjawan Perkhidmatan Khas bagi tahun 1956 dengan peruntukan sebanyak $77,000 Dolar Selat. Bangunan bersejarah ini turut mempunyai nilai warisan tersendiri menerusi reka bentuk asal bercirikan seni bina Art Deco yang masih kekal sehingga hari ini.

Seiring peredaran masa, BBP Batu Pahat telah melalui pelbagai proses naik taraf bagi memenuhi keperluan operasi semasa. Kini, balai ini dilengkapi aset dan peralatan moden, beroperasi sepanjang masa serta terus aktif melaksanakan tugas kebombaan, program pendidikan keselamatan kebakaran dan aktiviti kemasyarakatan.

Sumber: Laman rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia








14/06/2026

Address

Jalan Mohd Khalid
Batu Pahat
83000

Telephone

+6074338444

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Pahat:

Share

Category