Batu Pahat 峇株巴辖

Batu Pahat 峇株巴辖 Page ini adalah kesinambungan untuk berkongsi info-info semasa trending media sosial terutama Batu Pahat.

Address

Batu Pahat
83000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batu Pahat 峇株巴辖 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Batu Pahat

Batu Pahat (Jawi:باتو ڤاهت) merupakan sebuah daerah di Johor, Malaysia. Daerah ini terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahat ialah satu daripada sepuluh daerah di Johor. Pada tahun 2008, Batu Pahat di tangga ke-12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi.

Pada tahun 2012, Batu Pahat menjadi bandar ke-16 di seluruh Malaysia yang pesat membangun, akibat limpahan perkembangan perindustrian dan juga bidang pendidikan. Selain itu, Batu Pahat juga terkenal dalam kalangan warga Singapura dan mereka menggelarnya sebagai 'Syurga Membeli-Belah di Johor Utara'.

Batu Pahat terletak sejauh 239 kilometer dari Kuala Lumpur. Bandar terdekat dengan Batu Pahat ialah Muar yang terletak 50 kilometer ke utaranya. Bandar Kluang p**a berada 52 kilometer di timur. Johor Bahru terletak lebih kurang 70 hingga 100 kilometer ke arah tenggara. Batu Pahat juga menghadap ke Selat Melaka.

Asal usul nama Batu Pahat disusur kembali melalui legenda abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang dipahat di kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka. Ketika itu, mereka sedang dikejar oleh tentera Melaka pimpinan Tun Perak, bendaharadari kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Pada tahun 1456, tentera Siam yang dipimpin oleh Laksamana Awi Di Chu telah menduduki Batu Pahat dahulu sebelum menyerang Melaka. Menurut kisah lain, selepas Portugismenduduki Melaka, dipercayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosadiperoleh daripada muara Sungai Batu Pahat. Maka bandar Batu Pahat mendapat namanya daripada "batu yang dipahat" di muara itu.