12/12/2025
*Majlis Permasyhuran Guru Utama, Guru Muda & Pemangku Perguruan Seni Silat Warisan Nusantara Malaysia*
Tarikh : 15 November 2025
Tempat : Teratak Rumah Mahaguru
Sesi 17: Penyerahan Penghargaan Kepada Perguruan dan NGO bersama
Jutaan Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Jawa Parit Bugis, Gamelan Nadasukma dan anak-anak SK Parit No.5 kerana berkerjasama dengan pihak kami dalam menjayakan majlis ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada PERSILAT Negeri Johor, Dewan Guru Muda Persilat Johor, Pesaka Muar dan Mahaguru, barisan guru dan anak seni yang lain kerana sudi hadir bersama meraikan majlis bersejarah ini.
Semoga tuan-tuan dan puan-puan dipermudahkan segala urusan dan semoga ukhwah dalam meneruskan Seni Silat ini berpanjangan hingga bila-bila.
Taat Setia , Beriman , Beramal