Pejabat Peladang Daerah Batu Pahat

Pejabat Peladang Daerah Batu Pahat Makanan Kita Masa Depan Kita

Program Gotong-royong Perdana Pembersihan Dan Pencucian Tali Air Masuk Ke Sawah Sagil anjuran PPK Parit Raja pada 12.9.2...
12/09/2021

Program Gotong-royong Perdana Pembersihan Dan Pencucian Tali Air Masuk Ke Sawah Sagil anjuran PPK Parit Raja pada 12.9.2021 bertempat di Parit Utama Sawah Sagil, Pt Raja Batu Pahat. Program dimeriahkankan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato' Sawalludin b. Ahmad Pengarah LPP Johor dan Pn Juriah bt Dahalan PPD Batu Pahat & Team. Turut sama En. Ramlan b. Othman Timbalan Pengarah LPP Johor, PPNJ, Ketua Kompok Sawah Sagil, Pejabat Pertanian Daerah, JPS Daerah dan lain-lain agensi. Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara LPP Johor, PPD Batu Pahat, PPK Pt Raja bersama ahli-ahli PP dan masyarakat Sawah Sagil. Dengan kejayaan dan usaha baik ini dapat dijalinkan dan dipereratkan lagi pada masa akan datang.

10/09/2021

*Tazkirah Pagi*

*Assalamualaikum wbt...*

*10/9/2021 (Jumaat)*

*Jadikan Kejujuran Sebagai Tabiat*

Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas'ud) RA daripada Nabi SAW bersabda:
*Sesungguhnya kejujuran akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga, sesungguhnya jika seseorang yang sentiasa berlaku jujur hingga dia akan dicatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya kedustaan itu akan menghantarkan pada kejahatan, dan sesungguhnya kejahatan itu akan menggiringi ke neraka. Dan sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga akan dicatat baginya sebagai seorang pendusta.*

Pengajaran:

Islam adalah agama yang menuntut kepada setiap Muslim supaya sentiasa jujur dan menjauhi kedustaan dalam setiap perkara sama ada perkataan, perbuatan mahupun pekerjaan...

*Seorang Muslim yang sentiasa jujur dari segi percakapan, perbuatan, akhlak, dan pekerjaan, ia akhirnya akan menjadi kebiasaan dalam amalannya. Kebiasaan yang jujur dan baik dalam amalannya menyebabkan ia dikenali oleh orang ramai sebagai orang yang jujur dan benar. Kebiasaan yang baik ini akan mendekatkannya kepada syurga...*

*Seorang yang sentiasa berdusta, berbohong mahupun menyampaikan berita palsu, perbuatan tersebut akan mendorongnya kepada kejahatan. Jika berterusan, perbuatan itu akan menjadi tabiat kebiasaan kepadanya. Perbuatan itu merupakan dosa yang akan menjadi penyebab dia dimasukkan ke neraka...*

*Setiap Muslim hendaklah sentiasa jujur dan benar dalam setiap pertuturan, penulisan dan perbuatan. Ucapkanlah perkataan yang betul, penulisan yang benar dan boleh mendatangkan kebaikan kerana ia akan menarik rahmat dan keampunan Allah SWT serta akan menyebabkan dirinya dikenali sebagai seorang yang benar. Ingatlah bahawa seseorang yang benar, sama sekali tidak pernah berdusta. Hindari berdusta kerana ia akan menghapuskan kebenaran...*

*Biasakan diri dengan sifat jujur dan benar dalam pertuturan, penulisan dan perbuatan sehingga kita akan dikenali sebagai orang yang jujur dan benar...*

Semoga bermanfaat...

07/09/2021
Mesyuarat status permohonan tanah dan bangunan Johor Barat (AIDP) Daerah Batu Pahat bil. 1/2021 pada 5.9.2021 secara VC....
05/09/2021

Mesyuarat status permohonan tanah dan bangunan Johor Barat (AIDP) Daerah Batu Pahat bil. 1/2021 pada 5.9.2021 secara VC. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Juriah bt Dahalan PPD Batu Pahat. Turut hadir semua pengurus besar PPK Daerah Batu Pahat dan wakil dari LPP Johor En Naim dan En Khairul. Mesyurat bertujuan untuk membincangkan status terkini permohonan dari 7 PPK Daerah Batu Pahat.

Majlis bacaan yassin anjuran KSK LPP Johor secara serentak (Maya) pada 1.9.2021 jam 8.30 malam. Majlis turut serta YBhg....
01/09/2021

Majlis bacaan yassin anjuran KSK LPP Johor secara serentak (Maya) pada 1.9.2021 jam 8.30 malam. Majlis turut serta YBhg. Dato' Sawalludin bin Ahmad, Pengarah LPP Johor. Bacaan diniatkan kepada kakitangan LPP dan keluarga yang sedang diuji covid19 serta kehilangan ahli keluarga.

31/08/2021

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 64..
MALAYSIA PRIHATIN

Mesyuarat Cadangan Pengukuhan Dan Penyusunan Semula Perjawatan Cawangan/PPD/PPK LPP Johor 2021 - 2025 Pada 23.8.2021 Sec...
31/08/2021

Mesyuarat Cadangan Pengukuhan Dan Penyusunan Semula Perjawatan Cawangan/PPD/PPK LPP Johor 2021 - 2025 Pada 23.8.2021 Secara Maya. Mesyuarat bagi membincangkan isu dan cadangan pertambahan pegawai LPP di semua peringkat termasuklah di PPK Daerah Batu Pahat.

Mesyuarat Pendaftaran Sijil MSPO secara VC melibatkan Pegawai MPOB Daerah Batu Pahat bersama PPD, Pengurus Besar dan Pen...
30/08/2021

Mesyuarat Pendaftaran Sijil MSPO secara VC melibatkan Pegawai MPOB Daerah Batu Pahat bersama PPD, Pengurus Besar dan Pengurus Pemasaran BTS PPK Daerah Batu Pahat pada 30.8.2021 jam 11.00 pagi. Mesyuarat dianjurkan oleh pengurusan PPD Batu Pahat.

07/08/2021

Address

No. 180 B Aras 2, Bangunan UMNO, Jalan Rogayah
Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6074314351

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Peladang Daerah Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Peladang Daerah Batu Pahat:

Share