28/11/2025
MAJLIS PENGHARGAAN & REFLEKSI CEMERLANG EKSA 2025 BERSAMA LEMBAGA PENGARAH (LPU) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
26 November 2025 : Majlis Penghargaan & Refleksi Cemerlang EKSA 2025 merupakan satu inisiatif yang bertujuan menghargai usaha serta komitmen para juruaudit integrasi EKSA dan penerima anugerah yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam merealisasikan objektif pelaksanaan EKSA di UTHM.
Majlis ini juga telah dihadiri oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mas Fawzi Bin Mohd Ali, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Pada Majlis tersebut, Team Integra X Five dibawah Team EKSA IIE, Institut Kejuruteraan Integrasi (IIE) yang dianggotai oleh En. Mohd Azwadi Bin Omar (Ketua), En. Amirzaki Bin Salikin, En. Mohd Azwan Bin Busu, Pn. Jalilah Binti Mohd Bajuri Serta Pn. Miskiah Binti Mohammad Ihsan memenangi tempat ke 2 bagi Pertandingan KIK peringkat UTHM 2025 dan tempat ke 3 bagi Pertandingan Quick Win 2025. Manakala En. Mohd Azwadi telah diiktiraf sebagai salah seorang Penyelaras PTJ EKSA Berwibawa 2023/2025.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Nik Hisyamudin Bin Muhd Nor, Prof. Madya. Dr. Shazarel Bin Shamsuddin, Ts. Ng Wee Fern serta barisan urusetia yang bertungkuslumus menjayakan majlis ini
Tahniah diucapkan kepada Team Integra X Five Dan Team EKSA IIE. Semoga terus cemerlang dimasa akan datang