21/05/2026
21 Mei 2026 | Khamis
PUSPEN Batu Kurau dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Kursus Sembelihan melibatkan kakitangan dan penghuni sebagai salah satu pengisian bermanfaat dalam meningkatkan ilmu serta kemahiran praktikal.
Program ini turut menampilkan tenaga pengajar berpengalaman iaitu Mohd Azmir Bin Zanaddin dari Masjid Al Khairiah Rantau Panjang yang telah berkhidmat sebagai juru sembelihan sejak tahun 2006 dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang sembelihan.
Melalui program ini, peserta didedahkan dengan tatacara sembelihan yang betul mengikut syariat Islam di samping memupuk nilai tanggungjawab, keyakinan diri dan semangat bekerjasama.
Semoga usaha seperti ini dapat memberi manfaat dan menjadi pengalaman bermakna kepada semua peserta.