Ameerah Larut

Ameerah Larut Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ameerah Larut, Political organisation, Batu Kurau.

08/06/2026

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

KERJASAMA POLITIK PAS–BERSATU

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut:

i. Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;

ii. Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;

iii. Menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU;

iv. Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan

v. Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 22 Zulhijjah 1447 / 8 Jun 2026

“Di bawah lembayung ayat-ayat suci, hati-hati dipaut dalam satu rasa—tenang, hening, penuh makna.Tadarus dan khatam ini ...
18/03/2026

“Di bawah lembayung ayat-ayat suci, hati-hati dipaut dalam satu rasa—tenang, hening, penuh makna.
Tadarus dan khatam ini bukan sekadar penamat, tapi permulaan perjalanan jiwa yang lebih dekat kepada-Nya.”

~ Ameerah Kawasan Larut ~

“Rezeki dikongsi bersama 🤍 Ameerah Larut hadir menyampaikan sumbangan, moga bermanfaat dan menceriakan hari mereka.”
18/03/2026

“Rezeki dikongsi bersama 🤍
Ameerah Larut hadir menyampaikan sumbangan, moga bermanfaat dan menceriakan hari mereka.”

17/02/2026
01/02/2026

🌸 WORLD HIJAB DAY 🌸

Hijab bukan tentang siapa paling sempurna.
Ia tentang ketaatan.

Hijab bukan sekadar trend atau gaya,
tetapi identiti diri seorang wanita beriman.

Dan hijab bukan paksaan,
ia adalah pilihan iman, lahir dari hati yang ingin dekat dengan Ilahi.

Semoga setiap langkah kita berhijab,
menjadi saksi cinta kepada Allah 🤍

Ikhlas daripada,
Ameerah Kemaman




Address

Batu Kurau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Larut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ameerah Larut:

Shortcuts

Share