Perpustakaan Desa Batu Kawan Seberang Perai Selatan Pulau Pinang

Perpustakaan Desa Batu Kawan Seberang Perai Selatan Pulau Pinang Waktu Operasi : 9.30 pg - 6.00 ptg
Tutup : Sabtu - Ahad
& Cuti Umum

12.09.2026Program Saringan Kesihatan Komuniti : Masyarakat Sihat Komuniti SejahteraDengan kerjasama Pusat Kanser Malaysi...
13/09/2026

12.09.2026
Program Saringan Kesihatan Komuniti : Masyarakat Sihat Komuniti Sejahtera
Dengan kerjasama Pusat Kanser Malaysia, Komuniti Madani, Dan Jabatan Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan

🩺 Pemeriksaan Kesihatan
🎨 Pertandingan Mewarna Keluarga
🚲 Pertandingan Basikal Berhias
💃 Pertandingan Pakaian Beragam
🎤 Nyanyian Lagu Kemerdekaan

Majlis dirasmikan oleh YB Gooh Choon Aik Exco Negeri Pulau Pinang . Terima kasih YB kerana memberi dua tablet kepada Perpustakaan Desa Batu Kawan untuk kegunaan pengunjung perpustakaan.
Terima kasih kepada anak - anak , ibu bapa Dan komuniti berhampiran perpustakaan sudi datang memeriahkan lagi program ini.






11.09.2026Aktiviti Maya🧠✨ JOM UJI MINDA BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA BATU KAWAN! ✨🧠Hai pengunjung Maya! 👋📚Sudah bersedia un...
11/09/2026

11.09.2026
Aktiviti Maya
🧠✨ JOM UJI MINDA BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA BATU KAWAN! ✨🧠

Hai pengunjung Maya! 👋📚
Sudah bersedia untuk menguji pengetahuan anda tentang INOVASI? 💡
🔍 Baca soalan kuiz dengan teliti dan pilih jawapan yang paling tepat.
💬 Jangan lupa tuliskan jawapan anda di ruangan komen!
🎯 Berani cuba? Jom jawab sekarang!
Mana tahu anda memang seorang yang kreatif dan penuh dengan idea baharu! 🌟
📖 Teruskan mengikuti aktiviti menarik daripada kami.
FB PERPUSTAKAAN DESA BATU KAWAN
TikTok PD BATU KAWAN







📚✨ ULASAN BUKU ✨📚Setiap buku menyimpan cerita, ilmu dan pengajaran yang berharga. 🌷Jom kita hayati ulasan buku kali ini ...
11/09/2026

📚✨ ULASAN BUKU ✨📚

Setiap buku menyimpan cerita, ilmu dan pengajaran yang berharga. 🌷
Jom kita hayati ulasan buku kali ini dan kenali kisah serta mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Semoga perkongsian ini dapat membuka ruang untuk kita mengenali lebih banyak buku yang menarik dan bermanfaat. 📖💕

📚 Sudah baca buku ini?
Kongsikan pandangan dan pendapat anda di ruangan komen. 💬

🌟 Jadikan membaca sebagai amalan, kerana sebuah buku mampu membuka jendela ilmu dan memperkayakan jiwa.

Ayuh, pengunjung Maya!
Jom singgah ke Perpustakaan Desa Batu Kawan, pilih buku yang menarik dan luangkan masa untuk membaca. 📖❤️

11/09/2026

KOPI BUKAN MASALAHNYA. TERLALU PANAS ITU YANG PERLU DIBERI PERHATIAN.

Satu kajian besar di UK melibatkan hampir 1 juta orang melihat tabiat minum teh dan kopi.

Peserta dibahagikan mengikut cara mereka biasa minum:

• suam
• panas
• sangat panas

Mereka kemudian diikuti selama lebih 10 tahun.

Hasilnya, mereka yang biasa minum minuman “panas” didapati mempunyai risiko kanser saluran makanan yang lebih tinggi berbanding mereka yang minum pada suhu lebih suam.

Bagi mereka yang memilih minuman “sangat panas”, risikonya lebih tinggi lagi.

Kajian itu juga menunjukkan satu corak yang menarik:

Semakin panas minuman, dan semakin kerap diminum, semakin tinggi risiko yang dilihat.

Kenapa?

Sebab lapisan saluran makanan kita sensitif.

Kalau berulang kali terkena cecair yang terlalu panas, ia boleh menyebabkan kecederaan kecil dan keradangan berulang.

Dalam jangka panjang, kerosakan yang berlaku berkali-kali inilah yang dipercayai boleh meningkatkan risiko perubahan sel.

Sebab itu, minuman yang diminum pada suhu sekitar 65°C ke atas sebelum ini juga telah diberi perhatian oleh badan antarabangsa berkaitan risiko kanser.

Tapi jangan salah faham.

Bukan kopi yang “bahaya”.

Bukan teh yang “bahaya”.

Isunya ialah suhu terlalu panas.

Dan kajian ini juga tidak bermaksud sesiapa yang s**a kopi panas pasti akan dapat kanser. Ia menunjukkan kaitan risiko, bukan kepastian.

Jadi tak perlu berhenti minum kopi.

Cuma kalau baru bancuh sampai berasap, bibir pun rasa menyengat dan kena tiup berkali-kali —

tunggu sekejap.

Kopi boleh tunggu.

Tekak dan saluran makanan kita nak guna lama.

11/09/2026

MAKANAN DIPANASKAN SEMULA, TERUS DIANGGAP TAK SIHAT?

“Rupanya dekat restoran tu, mereka panaskan sahaja?”

Ayat ini boleh terus mengubah selera seseorang. Tadi makan sedap. Selepas tahu makanan disediakan lebih awal, mula terbayang lauk lama yang keluar masuk peti sejuk.

Sebenarnya, ada proses yang lebih teratur di sebalik konsep dapur pusat.

Contohnya dalam sistem masak dan sejukkan, makanan dimasak terlebih dahulu, disejukkan dengan cepat dan disimpan pada suhu terkawal. Makanan itu kemudian dihantar untuk dipanaskan semula sebelum dihidangkan. Keselamatan setiap peringkat perlu dijaga, termasuk sepanjang perjalanan.

Jadi, apabila mendengar “dipanaskan semula”, ada beberapa perkara yang lebih berguna untuk kita tahu.

Selepas dimasak, berapa lama makanan itu berada di luar?

Semasa disimpan dan dihantar, suhunya terkawal atau tidak?

Apabila dipanaskan, adakah seluruh makanan benar-benar panas sampai ke bahagian tengah?

Semua ini mempengaruhi keselamatan makanan. Menjaga kebersihan, mengasingkan bahan mentah daripada makanan siap dimakan dan mengawal suhu tetap penting walaupun makanan dimasak di dapur restoran itu sendiri.

Bayangkan lauk tengah hari dibiarkan atas meja sampai malam. Sebelum makan, kita panaskan sampai menggelegak.

“Dah panas. Selamatlah.”

Belum tentu.

Sesetengah bakteria boleh menghasilkan toksin yang tahan panas. Bakteria mungkin mati apabila dipanaskan, tetapi toksinnya boleh kekal dalam makanan. Sebab itu, makanan yang terlalu lama terbiar tidak semestinya boleh diselamatkan dengan memasaknya sekali lagi.

Prinsip yang sama terpakai pada bekal dan lebihan lauk di rumah.

Simpan makanan mudah rosak dalam peti sejuk dengan segera, dalam tempoh dua jam. Jika berada dalam keadaan panas melebihi kira-kira 32°C, pendekkan kepada satu jam. Jangan tunggu sampai hendak tidur baru teringat lauk masih di atas dapur.

Untuk menilai sama ada hidangan itu berkhasiat p**a, tengok juga apa yang ada dalam pinggan. Ada sayur? Portion sesuai? Berapa banyak garam, gula dan lemak tepu digunakan? Perkataan “fresh” sahaja belum menjawab semua soalan ini.

Pelanggan boleh memilih makanan yang dimasak selepas dipesan. Itu pilihan yang munasabah.

Pada masa yang sama, makanan yang disediakan lebih awal perlu dinilai berdasarkan bahan dan cara pengendaliannya.

Kalau hidangan yang sepatutnya panas sampai dalam keadaan sejuk di tengah, maklumkan kepada pihak restoran. Jangan diam dan terus makan kerana segan.

Kita boleh bertanya lebih daripada “Masak sini ke?”

“Macam mana makanan ini disimpan?” pun soalan yang penting.

11/09/2026
11/09/2026

30 Fakta Rukun Negara

#19 Penerangan Mengenai Rukun Negara

Pada 24 November 1970, Jabatan Perpaduan Negara telah mengeluarkan surat rasmi yang memberi mandat kepada Kementerian Penerangan dan Kebudayaan untuk mengedar, menghebahkan serta memberi penerangan tentang Rukun Negara kepada seluruh masyarakat.




11/09/2026

Kadar Bayaran Haji bagi jemaah Muassasah daripada kump**an B40 bagi musim 1448H/2027M kekal pada RM15,000 seorang, manakala Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) dikekalkan pada RM18,300 atau 55 peratus daripada kos keseluruhan. 🕋💳




11/09/2026

Kerajaan sedang memantau taktik licik pengedar yang menggunakan istilah berkod dan akaun palsu, bagi mengaburi pihak berkuasa serta mengelak dikesan penyedia platform e-dagang, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

11/09/2026

Address

Batu Kawan
14110

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Batu Kawan Seberang Perai Selatan Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category