BSPTD BATU GAJAH

BSPTD BATU GAJAH Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BSPTD BATU GAJAH, Government Organization, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Batu Gajah.

08/04/2026
🚫 MEREMPIT BUKAN KEBANGGAAN, TAPI KESALAHAN SERIUS!Masih ada yang anggap rempit tu “cool”?Hakikatnya…❌ Mengancam nyawa d...
07/04/2026

🚫 MEREMPIT BUKAN KEBANGGAAN, TAPI KESALAHAN SERIUS!

Masih ada yang anggap rempit tu “cool”?
Hakikatnya…

❌ Mengancam nyawa diri & orang lain
❌ Ganggu ketenteraman awam
❌ Boleh sebabkan kemalangan & kerugian
❌ Melanggar undang-undang
❌ Rosakkan masa depan anak muda
📌 Di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987:

➡️ Denda sehingga RM15,000
➡️ Penjara sehingga 5 tahun
➡️ Lesen digantung sehingga 2 tahun

💔 Sekali silap, hidup boleh berubah selamanya.
Fikir keluarga, fikir masa depan.
❤️ Sayangi diri, patuhi undang-undang.
🚔 Jangan merempit!

LAPORAN RINGKAS ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYAOp Selamat 26 Hari Raya AidilfitriBSPTD Batu Gajah, Perak📅 20/03/2026 (Ju...
20/03/2026

LAPORAN RINGKAS ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA

Op Selamat 26 Hari Raya Aidilfitri
BSPTD Batu Gajah, Perak

📅 20/03/2026 (Jumaat)
🕐 1300 – 1400 hrs
📍 Surau Al Ittiraqiyyah, Taman Bemban Raya
👮‍♂️ Kekuatan: 2 PKP & 2 PRP

Aktiviti:
Kempen advokasi keselamatan jalan raya sempena Op Selamat 26 dengan mesej
“Selamat di Jalan Raya, Selamat Sampai ke Destinasi”

Ulasan:
Program berjalan lancar dan mendapat sambutan positif daripada orang awam.

Program di bawah seliaan
ASP Khairul Norazmi bin Paiman
Ketua Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik ,IPD Batu Gajah Perak






19/03/2026

LAPORAN KLL KENDERAAN ROSAK

📍 19/03/2026 | 1330 hrs
📍 KM 14, Jalan Ipoh–Lumut

Semasa rondaan Op Selamat 26 HRA, anggota BSPTD Batu Gajah telah mengesan sebuah MPV rosak di kawasan lampu isyarat yang berpotensi mengganggu aliran trafik.
Tindakan segera diambil dengan membantu mengalihkan kenderaan ke bahu jalan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya. Keadaan trafik kembali lancar dan terkawal.

PROGRAM BACAAN YASIN &.  GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK BSPTD BATU GAJAHBatu Gajah 11/03/2026 :- Telah berlangsung d...
12/03/2026

PROGRAM BACAAN YASIN &. GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK BSPTD BATU GAJAH

Batu Gajah 11/03/2026 :- Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Bacaan Yasin Bulanan BSPTD Batu Gajah pada jam 8.30 pagi yang dihadiri oleh warga BSPTD Batu Gajah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan doa selamat, bersempena 10 Ramadan terakhir bagi memohon keberkatan serta memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini.

Selesai majlis bacaan Yasin, program diteruskan dengan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk yang melibatkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan warga BSPTD.

Program seperti ini bukan sahaja mengimarahkan bulan Ramadan, malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan antara anggota.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga BSPTD yang telah hadir dan memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

✨ Bersama Memperkukuh Ukhuwah, Menyemarakkan Ramadan.





🌙 Marhaban Ya Ramadan 1447H | 2026M 🌙Sempena kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini, kami dengan penuh keinsafan meng...
18/02/2026

🌙 Marhaban Ya Ramadan 1447H | 2026M 🌙

Sempena kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini, kami dengan penuh keinsafan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh warga Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta umat Islam sekalian.

Semoga Ramadan kali ini membawa sinar keimanan, ketenangan jiwa, keampunan dan keberkatan dalam setiap amal ibadah yang dilaksanakan. Mudah-mudahan kita semua dikurniakan kesihatan, kekuatan dan istiqamah dalam beribadah sepanjang bulan yang mulia ini.

✨ Ramadan disambut, ibadah diperkukuh, ukhuwah dipererat. ✨

Salam Ramadan Kareem 🌙🤲

Selamat tahun baru cina 2025
17/02/2026

Selamat tahun baru cina 2025

UCAPAN SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2026

Ketua Polis Daerah Batu Gajah YDH ACP Md Noor Aehawan bin Mohammad serta isteri YBhg Puan Noor Ain Binti Abdullah Pengerusi PERKEP IPD Batu Gajah Perak mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2026 kepada seluruh masyarakat cina yang meraikannya.

Semoga sambutan tahun baharu ini dilimpahi dengan keamanan, kemakmuran, lebih bertuah dan rezeki yang bertambah.

Berhati-hati ketika memandu balik ke kampung semoga semua selamat sampai ke destinasi. Jika meninggalkan rumah pastikan rumah telah dikunci dan boleh memaklumkan kepada Balai Polis yang berhampiran.

🐎🧧Gong Xi Fa Cai

17/02/2026

ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA
Op Selamat 25 Tahun Baru Cina 2026
BSPTD Batu Gajah

Batu Gajah 17/02/2026 : BSPTD telah melaksanakan kempen advokasi keselamatan jalan raya sempena Op Selamat 25 di KM 19 Jln Ipoh lumut yang diketuai Insp Rissi Dan (5) anggota Trafik dengan memberi nasihat kepada pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan memandu secara berhemah.

🚗 “Selamat Di Jalan Raya, Selamat Sampai Ke Destinasi”

Alhamdulillah, program berjalan lancar dan mendapat kerjasama baik daripada orang awam.




OP SELAMAT 25: ENAM KESALAHAN TRAFIK UTAMA Sempena Op Selamat 25 yang bermula pada 15 Februari sehingga 20 Februari 2026...
16/02/2026

OP SELAMAT 25: ENAM KESALAHAN TRAFIK UTAMA

Sempena Op Selamat 25 yang bermula pada 15 Februari sehingga 20 Februari 2026, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik menumpukan perhatian khusus kepada enam kesalahan trafik utama yang telah dikenal pasti menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan.

Pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan-kesalahan tersebut, akan dikenakan tindakan saman serta-merta.

"Sayangi diri, jauhi kemalangan".
"Rumah selamat, selamat sampai ke destinasi".







#15022026

SELAMAT TAHUN BARU CINA 🧧🏮Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada yang meraikannya. Semoga sambutan kali ini dilimpahi ...
16/02/2026

SELAMAT TAHUN BARU CINA 🧧🏮

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada yang meraikannya. Semoga sambutan kali ini dilimpahi dengan kasih sayang dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta dan sahabat handai.

Berhati-hatilah di Jalan Raya 🎊

Pandu Cermat, Sampai Selamat.

Ikhlas daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Batu Gajah




LOKASI HOTSPOT & BLACK SPOT OP SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2026
16/02/2026

LOKASI HOTSPOT & BLACK SPOT OP SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2026

Address

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik
Batu Gajah

Telephone

+6053629222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BSPTD BATU GAJAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share