22/08/2025
https://www.facebook.com/share/p/1F2TBv26ZE/?mibextid=wwXIfr
📢 HEBAHAN PROGRAM: HASIL TANI & DURIAN ORANG ASLI 📢
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa komuniti Orang Asli akan turut serta dalam Program Hasil Tani & Durian Orang Asli seperti ketetapan berikut:
🗓 Tarikh: 23 & 24 Ogos 2025
📍 Lokasi: Alfresco Wellness, AEON Mall Kinta City (berhampiran pintu masuk Supermarket)
🕘 Masa:
• Sabtu : 9.00 pagi – 10.30 malam
• Ahad : 9.00 pagi – 10.00 malam
Pelbagai hasil tani segar dan unik daripada komuniti Orang Asli ditawarkan, antaranya umbut bayas, buah kulim, rebung, ubi kayu, halia serta durian asli yang terkenal dengan keenakannya.
Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama menyokong inisiatif ekonomi komuniti Orang Asli serta menikmati hasil alam semula jadi yang penuh keunikan.