Laman Rasmi SK Pusing

Laman Rasmi SK Pusing Admin page Laman Rasmi SK Pusing

16/05/2026

Hari ini, kita meraikan nilai keunggulan para guru yang bukan sahaja membentuk individu berilmu, malah mampu menggerakkan denyut nadi kemajuan negara secara menyeluruh dan berterusan.

Terima kasih guru atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang tidak pernah bertepi dalam membimbing kami menjadi insan yang lebih baik dan bermakna.

Anda bukan sekadar pendidik, anda adalah pemacu harapan dan pembina peradaban yang menjadi nadi kepada kemajuan pendidikan negara.

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara, Nadi Negara”







DARE TO SPELL COMPETITION PERINGKAT DAERAH KINTA UTARASaringan 1Khamis, 14 Mei 2026Jam 8:00 pagi SK Jelapang, IpohSKP di...
15/05/2026

DARE TO SPELL COMPETITION PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA
Saringan 1

Khamis, 14 Mei 2026
Jam 8:00 pagi
SK Jelapang, Ipoh

SKP diwakili oleh adik Muhammad Khalish Imran. Syabas di atas usaha yang ditunjukkan. Kita cuba lagi di tahun hadapan



MAKLUMAN PELAKSANAAN UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK TAHUN 2026Makluman yang sama telah dilampirkan melalui aplikasi Wha...
14/05/2026

MAKLUMAN PELAKSANAAN UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK TAHUN 2026

Makluman yang sama telah dilampirkan melalui aplikasi Whatsapp/Telegram rasmi kelas masing-masing.

Semoga anak-anak didik SKP dikurniakan kesihatan yang baik untuk hadir dan diberikan ketenangan dan kemudahan untuk menjawab soalan ujian.



PERTANDINGAN BRIDGE BUILDING SR PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2026Peringkat SaringanKhamis,  7 Mei 20269:00 - 2:00 ...
08/05/2026

PERTANDINGAN BRIDGE BUILDING SR PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2026
Peringkat Saringan

Khamis, 7 Mei 2026
9:00 - 2:00 petang
SK St Michael, Ipoh

Syabas dan tahniah buat pasukan Bridge Building SKP kerana mendapat kejayaan tempat pertama di peringkat saringan. Mereka akan meneruskan cabaran ke peringkat akhir nanti.

Pasukan SKP diwakili oleh adik Nur Anis Farhana, adik Nur Airis Inarah dan adik Khaira Khadeeja Azra. Pasukan ini dibimbing oleh En Khairul Azli bin Yahya.

Semoga pasukan ini mendapat kejayaan di peringkat akhir nanti. Kita sama-sama doakan kejayaan mereka.



PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMATRabu, 6 Mei 20262:00 - 3:00 petangDewan Seri KasihProgram ini merupakan salah satu aktivi...
08/05/2026

PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT

Rabu, 6 Mei 2026
2:00 - 3:00 petang
Dewan Seri Kasih

Program ini merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab ICT SK Pusing dengan kerjasama JK Pusat Sumber Sekolah dan JK Pendigitalan Sekolah. Kali ini, aktiviti dijalankan bersama
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Semoga aktiviti yang telah dijalankan memberi impak terbaik kepada warga SKP dalam era dunia tanpa sempadan sekarang. Kebijaksanaan semasa menggunakan internet sangat penting bagi memastikan kita terlindung daripada kesan buruk internet yang menanti.

Terima kasih NADI Kg Tersusun Tasek Permai dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional -NADI Simpang Pulai




EPISOD 4 : BAZAR BUKU PERAK TAHUN 2026https://youtu.be/V71NYJpiL7o?si=xanjtEDYbRJNCCW9Terima kasih diucapkan kepada piha...
05/05/2026

EPISOD 4 : BAZAR BUKU PERAK TAHUN 2026

https://youtu.be/V71NYJpiL7o?si=xanjtEDYbRJNCCW9

Terima kasih diucapkan kepada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dan BSTP JPN Perak terutamanya USTP PPD Kinta Utara atas kepercayaan memilih Kru TVPSS Ujana Ilmu SK Pusing sebagai petugas rasmi TVPSS di Bazar Buku Perak 2026 📚🎥




Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

03/05/2026
KEJOHANAN BOLA TAMPAR L12 PERINGKAT DAERAH MSSD KINTA UTARA 202613 April 20267:30 pagi - 5:00 petangSJKC Wan Hwa 2, Ipoh...
03/05/2026

KEJOHANAN BOLA TAMPAR L12 PERINGKAT DAERAH MSSD KINTA UTARA 2026

13 April 2026
7:30 pagi - 5:00 petang
SJKC Wan Hwa 2, Ipoh

Syabas kepada pasukan bola tampar SKP yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap sesi perlawanan.

Terima kasih kepada juru latih, En Khairul Azli dan Pn Hjh Zurilawati dan En Mohd Adib Azri sebagai guru pengiring atas usahan komitmen berterusan yang diberikan.



Address

Batu Gajah
31550

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi SK Pusing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share