Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Batu Gajah

Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Batu Gajah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Batu Gajah, Government Organization, Jalan Haji Abdul Wahab, Batu Gajah.

🎣 JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM AIR MASIN CABARAN KSK 2026 πŸ†Assalamualaikum dan salam sejahtera,Sukaci...
09/08/2026

🎣 JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM AIR MASIN CABARAN KSK 2026 πŸ†

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Sukan dan Kebajikan MDBG (KSK) akan menganjurkan Pertandingan Memancing Kolam Air Masin Cabaran KSK 2026.

πŸ“ Lokasi: Fishing HUB 88, Kampar
πŸ“… Tarikh: 3 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ’° Yuran Penyertaan:~RM50~ RM25 SAHAJA
🎁 Yuran penyertaan ahli telah mendapat subsidi sebanyak RM65.

πŸ“’ Jom warga KSK
Luangkan masa bersama rakan-rakan, eratkan silaturahim serta meriahkan aktiviti KSK melalui pertandingan memancing yang pastinya penuh dengan cabaran dan keseronokan🎣πŸ”₯

πŸ’³ CARA PENYERTAAN:
Ahli yang berminat boleh membuat pembayaran ke akaun berikut dan sila tulis rujukan *Memancing Ksk* dan hantar resit pembayaran ke PPKP ASRUL

Nota kaki: *Tarikh tutup penyertaan sebelum 28 September 2026 (Isnin)*

558118513813
Kelab Sukan Dan Kebajikan MDBG (MBB)

πŸ“² Sebarang pertanyaan / pendaftaran:
PPKP ASRUL
☎️ 011-5146 8116

🎣 Jangan lepaskan peluang
Jom kita meriahkan Cabaran KSK 2026πŸ†πŸŽ£

07/08/2026
πŸ”΄ SIARAN LANGSUNG DI FACEBOOK KSK MDBG 🎱Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi Snooker Kontinjen Majlis Daerah B...
06/08/2026

πŸ”΄ SIARAN LANGSUNG DI FACEBOOK KSK MDBG 🎱

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi Snooker Kontinjen Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) yang akan berentap menentang Majlis Daerah Cameron Highlands, Pahang dalam temasya Sukan MALA 2026.

πŸ“… Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis)
πŸ•  Masa: 5.30 Petang

πŸ“² Saksikan secara LIVE di Facebook Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Daerah Batu Gajah (KSK MDBG).

Ayuh bersama-sama memberikan sokongan dan semangat kepada wakil MDBG! Semoga berjaya dan membawa pulang kemenangan. πŸ’šπŸ’›πŸ’ͺ

πŸ‡²πŸ‡Ύβ›³οΈπŸŽ±πŸŽ³ PELEPASAN KONTINJEN SUKAN MALA MDBG KE PULAU PINANG πŸŒοΈβ€β™‚οΈπŸŽ³πŸŽ±5 Ogos 2026 (Rabu)Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Dae...
05/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβ›³οΈπŸŽ±πŸŽ³ PELEPASAN KONTINJEN SUKAN MALA MDBG KE PULAU PINANG πŸŒοΈβ€β™‚οΈπŸŽ³πŸŽ±

5 Ogos 2026 (Rabu)

Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Batu Gajah (KSK MDBG) telah mengadakan Majlis Pelepasan Kontinjen Sukan MALA bagi acara Golf, Snooker dan Bowling yang akan berlangsung di Pulau Pinang.

Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah merangkap Penaung KSK MDBG di Lobi Utama MDBG.

Semoga seluruh kontinjen MDBG dikurniakan perjalanan yang selamat, dipermudahkan segala urusan serta berjaya memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.

Selamat berjuang dan semoga membawa pulang kejayaan buat Majlis Daerah Batu Gajah. πŸ’ͺπŸ†

Majulah Sukan untuk MDBG



🎱 PERLAWANAN PERSAHABATAN SNOOKER MDBG 🀝 MPMSedang berlangsung Perlawanan Persahabatan Snooker antara Majlis Daerah Batu...
22/07/2026

🎱 PERLAWANAN PERSAHABATAN SNOOKER MDBG 🀝 MPM

Sedang berlangsung Perlawanan Persahabatan Snooker antara Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Pusat Snooker Hi 5, BG Perdana.

Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak, malah turut memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta menyokong amalan work-life balance dalam kalangan warga kerja.

Semoga perlawanan ini berlangsung dengan lancar dalam suasana yang harmoni, kompetitif dan penuh semangat kesukanan.

🎳 MOH BOWLING KSK 2026 🎳✨ Alhamdulillah, Program Moh Bowling KSK 2026 telah berlangsung dengan jayanyaTerima kasih diuca...
13/07/2026

🎳 MOH BOWLING KSK 2026 🎳

✨ Alhamdulillah, Program Moh Bowling KSK 2026 telah berlangsung dengan jayanya

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Daerah Batu Gajah (KSK MDBG) yang telah menyertai dan memeriahkan kejohanan ini. πŸ€πŸŽ‰

Suasana yang penuh ceria, semangat kesukanan yang tinggi serta sokongan padu daripada semua peserta telah menjadikan program ini satu kejayaan yang cukup bermakna. πŸ’ͺ🎳

πŸ† Tahniah kepada para pemenang yang berjaya membawa pulang hadiah dan syabas juga kepada semua peserta yang telah memberikan saingan terbaik.

Semoga penganjuran program seperti ini dapat terus mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat berpasukan serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga MDBG. ❀️

Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua. Jumpa lagi dalam program KSK yang akan datang 🌟

🎳✨

🍈 MAJLIS MAKAN DURIAN KSK MDBG 2026 🍈Suasana penuh kemesraan dan keceriaan mewarnai Majlis Makan Durian Kelab Sukan dan ...
09/07/2026

🍈 MAJLIS MAKAN DURIAN KSK MDBG 2026 🍈

Suasana penuh kemesraan dan keceriaan mewarnai Majlis Makan Durian Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Batu Gajah (KSK MDBG) yang telah berlangsung pada 9 Julai 2026 di Depoh Landskap MDBG.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Penaung KSK MDBG merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, Tuan Mohamad Razif bin Ramli, Pengerusi KSK MDBG, Puan Muazatul Adawiyah binti Muhammad serta Timbalan Pengerusi KSK MDBG, En. Mohd Faizal bin Azizi, bersama-sama warga kerja MDBG.

Penganjuran program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekeluargaan serta menghargai komitmen warga kerja dalam suasana santai sambil menikmati keenakan raja buah.

Terima kasih diucapkan kepada Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Batu Gajah (KSK MDBG) serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan bagi memperkukuhkan semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan warga MDBG.

🍈 "Nikmati Durian, Eratkan Silaturahim"
πŸ’š KSK MDBG – Kita Gembira & Bersaudara

🍈 JOM MAKAN DURIAN BERSAMA KSK MDBG🍈Durian dah ada, suasana meriah pun dah menantiπŸ˜‹βœ¨Kelab Sukan dan Kebajikan MDBG (KSK ...
02/07/2026

🍈 JOM MAKAN DURIAN BERSAMA KSK MDBG🍈

Durian dah ada, suasana meriah pun dah menantiπŸ˜‹βœ¨

Kelab Sukan dan Kebajikan MDBG (KSK MDBG) menjemput semua ahli KSK MDBG untuk bersama-sama memeriahkan Program Makan Durian.

πŸ“… Tarikh: 9 Julai 2026 (Khamis)
πŸ•’ Masa: 3.00 Petang
πŸ“ Tempat: Depo Landskap MDBG

Mari luangkan masa bersama rakan sekerja sambil menikmati keenakan durian dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam keluarga besar MDBG. πŸ’›

"Nikmat Durian, Eratkan Silaturahim." 🀝🍈

πŸ“’ Semua ahli KSK MDBG dijemput hadir. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati durian bersama-sama.

πŸˆπŸ’š

🎱 CABARAN SNUKER KSK 2026 🎱Alhamdulillah, Cabaran Snuker KSK 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Jun 2026 (Sab...
29/06/2026

🎱 CABARAN SNUKER KSK 2026 🎱

Alhamdulillah, Cabaran Snuker KSK 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Jun 2026 (Sabtu) di HIFIVE Snooker Center (Perdana).

Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Mohamad Razif bin Ramli, Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah merangkap Penaung Kelab Sukan & Kebajikan (KSK) Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG). Kehadiran beliau telah menyuntik semangat kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli KSK MDBG serta berlangsung dalam suasana yang meriah, penuh semangat kesukanan dan persaingan yang sihat.

πŸ† Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan yang diraih. Kepada peserta yang lain, syabas atas semangat kesukanan dan penyertaan yang diberikan. Semoga terus berusaha dan berjumpa lagi dalam pertandingan akan datang.

πŸ‘ Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua urus setia, jawatankuasa penganjur serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

πŸ‘”πŸ’™ SAMBUTAN HARI BAPA MDBG 2026 πŸ’™πŸ‘”πŸ“ Batu Gajah | 26 Jun 2026 (Jumaat)Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Majlis Daerah Batu ...
27/06/2026

πŸ‘”πŸ’™ SAMBUTAN HARI BAPA MDBG 2026 πŸ’™πŸ‘”

πŸ“ Batu Gajah | 26 Jun 2026 (Jumaat)

Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) telah menganjurkan Sambutan Hari Bapa MDBG 2026 bagi menghargai jasa dan pengorbanan semua insan bergelar ayah. ❀️

🀲 Program dimulakan dengan Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Tazkirah bertajuk "Pengorbanan Seorang Ayah, Sayap Syurga Keluarga" yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Amir Hakim bin Mohamad Rashid, Imam Besar Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah. πŸ“–βœ¨

πŸŽ‰ Majlis telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah selaku Penaung KSK MDBG. Turut hadir ialah Pengerusi KSK MDBG, Puan Muazatul Adawiyah binti Muhammad serta Timbalan Pengerusi KSK MDBG, Encik Mohd Faizal bin Azizi. 🀝

πŸ’Œ Bagi menjadikan sambutan lebih bermakna, urus setia KSK MDBG telah menghubungi isteri dan ahli keluarga para bapa untuk menyediakan kad ucapan istimewa, yang kemudiannya disampaikan kepada mereka semasa majlis berlangsung. Momen ini nyata menyentuh hati para penerima. πŸ’™πŸ₯Ή

πŸ† Tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Bapa Mithali dan Anugerah Bapa Kepimpinan. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga MDBG. πŸ‘πŸŒŸ

πŸ’™ Selamat Hari Bapa kepada semua insan bergelar ayah. Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan jasa yang tidak ternilai. 🀲

Address

Jalan Haji Abdul Wahab
Batu Gajah
31000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Batu Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share